Bab 21- syarat

25.5K 1.4K 173
                                    

Selepas kejadian hari Sabtu lepas , aku sedaya upaya mengelak dari bertembung dengan Encik Ayriel . Bercakap dengan dia pun hendak tak hendak saja .

Sakit hati bila dia mainkan perasaan aku . Dia dah bagi aku harapan palsu , lepastu boleh pula buat muka tak bersalah .

Dengan Ayden dan Ayad pun tidak kurang hebat juga . Merajuk dengan dua orang budak tu . Bila berpanjang menjela Ayden dan Ayad bertanya atau bercakap , hanya sepatah sahaja aku balas . Kalau rasa malas sangat , aku tak akan jawab langsung . Diam lebih baik , bukan ?

Bohonglah kau aku tak terasa hati dengan anak beranak tu ? Sumpah aku terasa hati sangat ! Tapi aku sedar aku siapa . Memang patut pun aku terasa . Aku perasan , aku saja yang beria-ria percaya tetapi hakikatnya dia cuma bergurau . Yelah , April fool kan ?

" Nak syusyuu ! "

Termati lamunanku apabila Ayman bersuara . Tersenyum kecil aku memandang Ayman .

" Eh , Ayman sah bangun ? Lena tidur , sayang ? "

Ni lagi sorang , bila bangun tidur terus minta susu . Kuat betul minum susu Ayman ni . Kalau dah namanya lelaki , memanglah kuat menyusu .

" Akak bagi Ayman makan dulu , ya ? Lepastu baru Ayman boleh minum susu . Faham ? "

Ayman mengangguk kepala . Faham dengan apa yang dikatakan aku sebentar tadi . Pandai !

Ayman aku dukung dan kami keluar dari bilik turun ke dapur . Sampai di dapur , Ayman aku letakkan dia di atas kerusi .

" Ayman duduk sini diam-diam , tau ? Tak mahu lompat-lompat atas kerusi , meja ni . Nanti jatuh . Faham ? "

Sekali lagi Ayman menjatuhkan kepala . Lega aku bila Ayman faham . Aku langsung mencapai pinggan pada rak lalu mengambil sesenduk nasi yangemang sudah disediakan di atas meja makan itu . Seketul ayam goreng aku ambil dan sayur bayam aku letakkan ke dalam pinggan tadi .

Walaupun Ayman masih berumur dua tahun setengah , aku memang akan suruh dia makan sayur . Bagus untuk perkembangan tubuh badan dan mental . Ceh !

Nasi aku gaulkan perlahan lalu ayam goreng tadi aku cubit sedikit . Nasi bersama cubitan ayam dan sayur aku satukan lalu disuakan kepada Ayman . Ayman pula menggeleng tanda tidak mahu .

" Kenapa tak nak makan ni sayang ? Dah pukul 1.30 tengah hari ni tau . Nanti Ayman lapar kalau tak makan . Makan sikit , ya ? "

Aku cuba memujuk . Ayman kekal menggeleng kepala .

" Amauu ! Ada sayur , ite tak suka ! "

Aku mengeluh perlahan . Haih , budak ni lah . Macam mana nak ajar dia makan sayur kalau tak mahu ?

" Ayman kena makan sayur . Sayur ni bagus tau , banyak khasiat . Kalau Ayman tak makan sayur nanti Ayman sakit . Ayman nak sakit tak ? "

" Sakit ? Nanti tena enjit ke talau sakit ? "

" Haah , nanti kena injection . Kalau tak nak kena inject , Ayman mesti makan sayur . "

Ayman lantas mengangguk seraya membuka luas mulutnya . Aku terus memasukkan nasi dan lauk ke dalam mulut anak kecil itu .

" Liya , lepas suap Ayman jumpa aku dekat atas . Bilik kerja . "

Hampir sahaja pinggan ditanganku jatuh apabila suara Encik Ayriel tiba-tiba menyapa . Haish , terkejut aku !

Aku menoleh sekilas ke arah Encik Ayriel dan mengangguk kepala . Melihat aku mengangguk , lelaki itu terus pergi dari sini .

Terfikir juga dalam kepala otak ni , kenapa dia nak jumpa aku ?

SUPER MAMA Where stories live. Discover now