Bab 17 - Mama

27.4K 1.6K 43
                                    

Taufiq dan Zarif memandang hairan ke arah rakan baik mereka yang seorang itu . Tersengih-sengih macam orang gila .

" Riel , kau okay tak ni ? "

Zarif menegur Ayriel . Tak boleh biar dia ni , kang teruk jadinya .

Ayriel seakan tersedar dari lamunan apabila ditegur rakannya .

" Okay . Kau ada nampak aku tak okay ke ? "

Jawab Ayriel dengan kening dikerutkan . Dah kenapa tiba-tiba tanya aku okay ke tak . Dia dah nampak aku sihat walafiat hari ni , boleh pula dia tanya okay ke tak .

" Tak , kau memang tak okay ni . Kau ni kenapa ? Tersengih sorang-sorang . Orang semua pandang kau pelik tahu tak ? Aduh , malu aku nak mengaku kau ni kawan aku . "

Giliran Taufiq pula yang bersuara . Sedari tadi dia perasan mata-mata pelanggan di kafe ini memandang hairan ke arah Ayriel yang tersengih . Sengih sebab diaorang berdua buat lawak tak apalah , ni masalahnya dia dan Zarif tak ada pula buat lawak .

" Biarlah diaorang nak pandang aku . Aku tahu aku handsome , sebabtu diaorang pandang tak lepas dari tadi .Kau berdua patut bersyukur ada kawan sekacak aku ni tahu ? "

Taufiq dan Zarif masing-masing mencebik menyampah .

" Aku sebenarnya pelik dengan kau ni , Riel . Angin tak ada , ribut tak ada , tiba-tiba angkut minah Ali tu pergi outstation kenapa ? "

Curiga Zarif . Ada yang tak kena dengan mamat duda ni .

Ayriel sekadar mengangkat bahu , malas  nak jawab . Salah ke aku bawa Aliyah ? Tak , bukan ?

" Sepatutnya kau kena angkut Tina pergi sana , bukan pengasuh anak kau . Bukankah kau dengan Tina yang kena handle project ni ? Why hari tu aku tengok Tina tu elok saja bertenggek dekat meja kerja dia masa kau outstation ? "

Giliran si Zarif pula yang curiga . Tina ,  merangkap setiausaha syarikat yang sepatutnya berada di sana . Bukan Aliyah .

" Kau gila nak suruh aku angkut mak buyung tu pergi Johor ? Dibuatnya dia terberanak dekat sana , siapa nak tanggung ? Aku ? "

Balas Ayriel tenang . Iyalah , Tina tu sudahlah mengandung . Kalau tak silap sudah masuk sembilan bulan . Bila-bila masa saja perut besar dia tu akan 'meletup' . Ayriel ada juga beri Tina cuti , tapi perempuan itu yang tidak mahu . Katanya bosan duduk rumah , nak settle kan semua kerja dekat office . Bila dia cuti bersalin tak adalah susah sangat nanti .

" Ouh , haah aku lupa . Bila due date Tina ? "

Zarif tersengih malu . Itulah , masa tanya tak mahu fikir dulu . Kan dah malu .

" Dia kata minggu depan . Aku dah bagi dia cuti semalam . "

Taufiq dan Zarif menjatuhkan kepala .

Jeda seketika .

" Kalau Tina tak ada , habis siapa yang akan ganti tempat dia buat sementara waktu ni ? "

Soal Taufiq gusar . Selama ni , Tjnalah orang yang selalu tolong handle apa-apa appoinment , meeting dan hal-hal penting yang melibatkan syarikat . Ni bila Tina tiada , mungkin syarikat akan tunggang langgang barangkali .

" Aku ingat nak hire pekerja baru untuk ganti tempat Tina . Lepas Tina naik , mungkin aku akan letak dia di bawah pengawasan kau . Aku nak dia belajar dulu selok-belok kewangan syarikat dengan kau . After that , it's up to you sama ada nak dia stay berada di bawah pantauan kau atau Zarif tarik dia jadi pembantu pengurusan pentadbiran syarikat . "

Kata Ayriel kepada Taufiq . Zarif hanya diam . Pandai-pandailah Ayriel selesaikan macam mana , lelaki itu boss . Kalau bantah pun , Ayriel tetap dengan keputusan dia . Kawan tak kawan , hal yang melibatkan syarikat memang Ayriel tegas orangnya .

" Aku tak kesah . Tapi 'dia' tu lelaki ke perempuan ? Kalau lelaki , aku on . Kalau perempuan , aku lagi on ! "

Seloroh Taufiq tersenyum miang . Ah , laki ni memang gatal !

" Perempuan , adik aku sendiri .  "

Taufiq dan Zarif memandang Ayriel terkejut .

" Waniy dah balik sini ke ? "

👶👶👶👶👶

Aku baru sahaja selesai mandikan budak kecil yang sorang ni , Ayman . Kini aku dan Ayman berada di ruang tamu . Ayden dengan Ayad macam biasalah , sekolah . Tinggallah aku dua ketul dengan Ayman . Mak Mah awal-awal dan keluar pergi pasar beli barang dapur dengan Azriel . Dato' dan Datin sama macam Ayriel , kerja .

Aku memandang Ayman penat . Budak kecil ni kan .. Aku baru je pakaikan dia baju , dia buka balik . Kalau buka baju saja tak adalah aku kisah sangat , ni dengan seluar sekali dia buka . Bogellah budak kecil dengan hanya berlapikkan pampers .

Penat aku kejar dia satu rumah semata-mata nak pakaikan baju , tapi hampeh . Tak jalan langsung !

" Ayman , pakailah baju . Nanti perut awak tu masuk angin , sayang .. Penat tau akak kejar Ayman dari tadi . Ayman tak sayang akak ke ? "

Aku pura-pura merajuk kecil , cuba memancing Ayman .

Ayman tersengih suka sambil menggeleng kepala . Ehh , budak ni !

" Ayman tak sayang kakak ? "

Sekali lagi Ayman menggeleng . Terkekek ketawa dia , sukalah tu .

" Sampai hati ! Akak tak naklah kawan Ayman . Akak nak nangis ! "

Aku cebikkan bibir . Kaki aku naikkan rapat sehingga paras dada , lalu tangan aku silangkan di atas lutut . Wajah aku sembamkan pada tangan yang disilang tadi , pura-pura nangis .

Aku pura-pura nangis di hadapan Ayman . Ayman pula aku lihat dia hanya diam memandang aku . Macam menjadi saja taktik aku ni .

" Ma..Ma .. "

Aku terkedu . Pantas wajah aku angkat lalu memandang Ayman yang kini berada di hadapanku .

Baju ditangan anak kecil itu dia hulurkan kepadaku langsung Ayman melabuhkan punggungnya di atas ribaku .

Aku masih lagi diam . Terkejut sebenarnya bila dia panggil aku mama . Ke aku salah dengar ?

" Anganlah angis .. Sorry .. Man janji tak uwat agi . "

Kata Ayman sambil memelukku erat . Wajah anak kecil itu disembamkan pada dadaku . Haih , macam manalah aku tak jatu sayang pada budak ni dah kalau Ayman selalu manja denganku , walaupun kadang-kadang dia punya nakal tu nauzubillah .

" Ma-ma .. Mama angan nangis . Tak antik nanti . "

Aku jadi kaku bila sekali lagi Ayman memanggil aku mama . Jadi , betullah tadi aku tak salah dengar .

Tangan kecil Ayman naik mengusap pipiku . Aku rasa dia cuba seka air mata palsu pada wajahku rasanya . Tapi yang lawaknya , mana ada air mata kat pipi aku . Hahahaha ..

Terharu aku dengan sikap Ayman . Pandai dia ambil hati aku , pujuk aku . Ni yang makin sayang . Tak sabar nak jadi mak tiri awak , Ayman . Ahakss !

" Janji tak mahu buat lagi macam tadi ? "

Tanyaku kepada Ayman . Rambut anak kecil itu aku belai . Pipi gebu Ayman juga aku kucup lembut . Ikutkan hati nak saja aku picit-picit pipi dia ni , tapi nanti nangis susah pula .

" Anji .. Ite tak uwat agi ! "

Aku simpul senyuman manis . Haih , bahagia hidup kalau hari-hari dengan Ayman ni .

" Good boy ! "

TO BE CONTINUE ...

A lot of thanks credit to trisflwr for beautiful ever cover book . Sumpah nice gila 😭❤






SUPER MAMA Where stories live. Discover now