Bab 39 - Maaf

28.2K 1.4K 125
                                    

Thanks for 100k reads Super Mama guys ! Sayang korang . Muahhh ! ❤️

____________________________________

Perjalanan pulang kami sekeluarga ke Kuala Lumpur hanya ditemani dengan suara dari corong radio dan suara Ayman berceloteh dengan bahasanya sendiri di belakang . Entah apalah budak tu bebelkan .

Aku memilih untuk berdiam diri . Ya , aku masih lagi terasa hati dengan encik suami di sebelah ni . Baru sehari berkahwin , dia sudah cakap soal cerai . Isteri mana yang tak sedih ?

Ayriel mengerling Aliyah di seat penumpang sebelahnya . Keluhan berat dilepas perlahan . Sampai bila isterinya itu mahu membisu dengannya ?

" Sorry . "

Aku menoleh memandang Ayriel . Sorry ? Lepastu buat lagi ? Giliran aku pula yang melepaskan keluhan .

Nak marah lama-lama pun tak boleh juga , risau dilabel isteri nusyuz pula nanti . " Saya maafkan . "

" Tapi apa yang aku cakap semalam , aku betul-betul maksudkannya . "

See ? Aku baru cakap tadi . Dah minta maaf lepastu buat lagi . Huh !

" Suka hati awaklah . Tapi ingat , saya manusia bukan patung . Ada hati perasaan .      "

" Aku tahu . Sebab tu aku buat syarat macam tu . Aku tak nak kau sakit . ", Balas Ayriel tenang.

Balasan dari Ayriel tadi aku buat tak endah . Kadang tertanya juga , apa motif dia kahwin dengan aku kalau penghujungnya dia mahu ceraikan aku ? Kau tak rasa benda ni semua macam bodoh ke ?

Ayriel merengus kasar . Sudah minta maaf pun , Aliyah masih lagi tidak mahu melayannya .Kata sudah maafkan , jadi kenapa sekarang isterinya itu masih lagi membisu . Cakap pun nak tak nak je .

" Please lah , Liya . Jangan childish sangat boleh tak ? Nak merajuk bagai . Aku tak reti nak pujuk perempuan faham tak ? "

Ayden di seat belakang menjongket kening sebelah . Papa tengah gaduh dengan Kak Liya ke ? Soalnya kepada diri sendiri sebelum senyuman sinis terukir di bibir . Satu peluang yang baik untuk buang nama wanita itu dari senarai ibu buatnya .

" Papa tak suka perempuan kuat merajuk . Kalau rasa nak merajuk , go on . Nobody care . ", bidas Ayriel selamba .

Ayad di sebelah Ayden membulatkan matanya . Seriously Ayden ? Langsung sikunya menyiku lengan abang sulungnya itu .

" She's our mom , papa's wife . Respect her even abang Ayd benci sangat kat mama . ", bisik Ayad di telinga Ayden .

Ayden menjeling . Nampaknya Ayad seakan sudah boleh menerima Aliyah masuk ke dalam keluarganya . Tapi bukan dia !

" Mom or not , whoose care ? Dalam hidup abang Ayd cuma ada mummy , bukan mama ! Mark it ! ", bidas Ayden keras bernada tegas . Sengaja suaranya dikuatkan sedikit supaya Aliyah dapat mendengarnya .

Ayad mati kata . Nak cakap banyak pun tak guna juga , bukannya Ayden mahu dengar .

Aku di hadapan tersentap . Bohonglah kalau aku cakap aku tak terasa dengan Ayden tadi . Aku ingat dia boleh terima aku sebagai mak dia , tapi rupanya .. hmm malaslah nak cakap .

Paling sakit hati bila suami aku sendiri cakap aku childish . Ya , mungkin betul aku ni childish . Tapi childish aku bertempat okay ?

" Aku malas nak gaduh . Sampai rumah nanti kita bincang balik . "

See ? Laki aku langsung tak tunjuk effort dia until pujuk aku . Ini ke perangai sebenar Ayriel Ishraf ?

SUPER MAMA Where stories live. Discover now