Bab 52- Sakit

28.2K 1.5K 610
                                    

Ayriel menyebak rambutnya yang terjuntai sehingga mencecah keningnya itu, manakala sebelah lagi tangan lincah menyembur body mist pada tubuh. Dari atas turun ke bawah habis semua disembur.

Bak kata isterinya, pakai minyak wangi satu hari satu botol!

Tangan yang baru hendak naik mengancing butang kemeja pada tubuh terbantut apabila ada satu tangan yang terlebih dahulu menepis.

Berkerut dahinya memandang gerangan yang menghalang. Siapa lagi kalau bukan Aliyah.

" Biar saya buat.".

Ayriel diam tidak membantah. Tangan menarik tubuh isteri merapat dengannya sebelum dipeluk erat pinggang Aliyah. Nampak macam hendak memudahkan kerja Aliyah, tapi sebenarnya tak pun. Saja nak clingy dengan bini kita. Hiks!

Wajah isteri Ayriel tilik dalam diam. Dari dahi, turun ke puncak hidung. Hidung tak mancung sangat, biasa-biasa je tapi comey loteyy!

Kemudian matanya turun ke bibir munggil Aliyah. Bahagian paling seksa jiwa dan raga seorang lelaki bernama Ayriel Ishraf. Seksi sangat kenapa? Kalau nak rasa sikit agak-agak bini bagi tak?

" Mata awak tu duduk diam boleh tak? "

geram betul aku dengan laki aku ni lah. Ingat kita ni nampak agaknya dia sibuk scan kita punya bibir? Tak senang aku nak buat kerja!

" Awak-awak! Abanglah, bukan awak. Babap kang! "

Aku menyengih. " Sorry, abang. "

Ayriel menjeling sekilas. Nasib sayang, kalau tak dah lama gigit.

" Sayang...". Aku menghayunkan dagu ke depan sambil kening dinaikkan ke atas membawa maksud 'apa'.

" Erm, kita nak ajak awak clingy-clingy dengan kita. Nak? "

" Jangan nak merepek. Abang kena masuk office awal tahu tak pagi ni? Kata semalam ada meeting lah, kena jumpa datuk lah. Mengada! "

Aku ketawa kecil melihat wajah Ayriel yang tadinya ceria kini sudah bertukar muram. Manja terlebih!

" Alah sayang, bolehlah.. Kalau aku rindu kau kat office nanti macam mana? "

Tanpa aba-aba tubuhku ditarik Ayriel masuk ke dalam dakapan lelaki itu. Terkaku aku sebentar. Bertuah punya suami! Bukan nak bagi signal dulu, dibuatnya aku jatuh tersadung tadi tak ke haru?

Aku diam tidak menolak. Tanganku juga naik memeluknya. Hm, suka peluk Ayriel. Sado! " Kenapa manja sangat ni hmm? "

Ayriel mengangkat bahu. Tubuhya sengaja digoyangkan ke kiri dan kanan sekaligus memaksa Aliyah untuk turut ikut.

" Tak nak pergi kerja. Nak duduk dalam bilik je dengan kau. "

" Tak boleh, abang kena pergi kerja. Nanti apa pula daddy cakap. "

" Alah daddy bukannya marah. Tu kan syarikat aku, aku boss. Suka hati akulah. "

Seraya itu pinggang lelaki itu aku cubit. Tidak menunggu lama, laju Ayriel meregangkan pelukan. Berdesis sakit Ayriel sambil mengusap pinggang yang dicubit Aliyah tadi. Sakit!

" Sakitlah, sayang! Sejak bila jari kau bertukar jadi sepit ketam ni? "

Aku sengih tak bersalah. " Abanglah manja sangat. Dah, jom turun bawah breakfast. Mesti diaorang dah tunggu kita tu. "

SUPER MAMA Where stories live. Discover now