Bab 27 - Papa cepat !

24.2K 1.3K 17
                                    

Awal pagi lagi banglo mewah milik Dato' Ashraf sudah kecoh dengan suara Ayriel dan Azriel bergaduh . Mengganggu ketenteraman orang betul !

Kau tahu diaorang gaduh sebab apa ? Sekejap lagi aku bagitahu . Aku nak settle kan hero-hero ketot kesayangan aku . Kau sabar jap .

" Ah aku tak peduli ! Aku tetap nak pakai baju biru juga masa wedding Yasri nanti . Kau pakailah baju warna lain alamakk !  "

Azriel mempertahankan pendapatnya . Ayriel di hadapan dia pandang tajam . Nasib baik Ayriel ni abang sulungnya , kalau tak dah lama dia sumbat lelaki itu dalam pasu kesayangan mamanya .

" Oh no no .. Aku dah plan dulu nak pakai biru sama dengan anak-anak aku nanti . Jadi , dengan segala hormatnya sila tukar baju anda ke warna lain selain biru . Ada faham ? "

Balas Ayriel sambil berdiri memeluk tubuh . Badan pula disandarkan pada dinding . Mukanya kekal seperti biasa tanpa riak meskipun adik lelakinya itu sedang memandang tajam ke arahnya . Huh , ada dia kesah ?

" Suka hati akulah nak pakai warna apa . Badan aku , bukan badan kau . Aku tetap nak pakai baju biru ! "

" Aku kata tukar tukarlah ! "

" Tak nak ! Apahal tak boleh ? Haram ? Dosa "

Tanya Azriel sarkastik . Ayriel mengeluh perlahan .

" Kau ingat sweet ke pakai baju sama ? Kalau dengan anak aku okay lagi . Dengan kau ? Azab ! Seksa ! "

Azriel mengetap bibir . Sweet ?

" Jadah kau ! Kau ingat aku pun nak sangat ke pak-- "

Belum sempat Azriel menghabiskan ayatnya , jeans skinny yang dipakainya terasa seperti ada orang yang menariknya dari bawah .

Terus wajah dia bawa turun ke bawah . Melihat gerangan yang sedang memegang jeans-nya , Azriel menjongket kening .

" Apahal ni Ayad ? Papa hodoh Ayad tu haa dekat sana , bukan kat sini . "

Jari telunjuknya ditujukan ke arah Ayriel di hadapannya itu . Sempat juga dia mengutuk abang sulungnya itu .

Ayad mengerut dahi menikam wajah Azriel . Seketika kepala digeleng perlahan . Bukannya dia faham pun uncle nya itu cakap apa .

" Granny suruh turun bawah cepat . Kejap lagi dah nak gerak . "

Ayriel mengangguk kepala . Pantas luggage kepunyaannya ditarik lantas membawa diri pergi dari situ sambil tangan segera memaut lengan Ayad .

" Hoi , yang kau termenung lagi tu kenapa ? Cepatlah turun ! "

Jerkahan kuat Ayriel mematikan lamunan Azriel . Dalam hati sudah berbakul sumpahan dilemparkan buat abang sulungnya itu . Bersyukur jugalah perangai Waniy tak macam Ayriel .

Tanpa melengahkan masa , Azriel segera melangkah turun ke bawah . Sempat pintu biliknya dikunci . Kalau tak kunci , ada pula benda lain yang masuk . Hantu ~

Astaghfirullah , Azriel .. Kolot benor fikiran kau !

👶👶👶👶👶

" Papa cepatlah tak tahan ni ! Nak kencing ! Nak kencing ! "

" Papa laju sikitlah bawa kereta . Ayden nak berak ! Tak tahan ! "

" Papa ! "

" Papa ! "

Kalut Ayriel mempercepatkan kelajuan kereta . Dekat tengah-tengah highway ni lah anaknya nak berak kencing bagai . Dekat rumah tadi tak mahu pula .

Aku di sebelah Ayriel ketawa kecil . Macam-macam perangai ! Guess what , aku naik satu kereta dengan crush aku weyhh !

Kenapa aku satu kereta dengan dia ? Sebab aku yang nak . Ahaks ! Gedik tak saya ? Sebenarnya Waniy ada ajak aku satu kereta dengan Dato' dan Datin . Aku jenis yang tak kesah nak naik siapa pun , asalkan diaorang tak tinggalkan aku tepi highway nanti sudahlah .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now