Bab 14 - Cemburu

28.8K 1.6K 101
                                    

Petang itu kami berlima turun ke pantai . Bak kata Encik Ayriel , saja nak tenangkan diri . Ecehh !

Tak lupa juga aku bawa beberapa makanan sebagai bekal untuk kami berlima berkhelah di sana . Tak banyak pun aku bawa , hanya carbonara spaggeti , sandwich , salad , jus oren dan susu berperisa coklat Dutchlady untuk budak tiga orang tu .

Encik Ayriel menghamparkan tikar di sebuah pokok yang redang , manakala si Ayden dan Ayad sudah pun pergi bermain di gigi pantai . Ayman pula dari tadi bertenggek dengan badan aku . Dah macam koala . Bila diturunkan , mulalah nak mengamuk . Haish , sabar jelah .

" Bak sinilah Ayman tu . Kau susunlah barang-barang yang kita bawa tadi kat atas tikar ni . "

Encik Ayriel lantas mengambi Aymam dari tanganku . Pantas sahaja Ayman menghulurkan tangan minta didukung papanya itu . Tengok tu kalau dah dengan bapaknya , laju saja dia nak . Kalau aku , payah dipujuk barulah nak .

#sayajealous

Aku mula menyusun makanan yang dibawa tadi di atas tikar . Encik duda ni pula sudahpun melabuhkan punggung pada tikar itu sambil galak mengagah Ayman di atas ribanya . Ayman apa lagi , sukalah dia mengekek ketawa .

Seketika , Encik Ayriel memintaku menuangkan jus oren untuknya . Aku hanya mengakur . Jus oren aku hulurkan kepadanya . Selepas mengucapkan terima kasih kepadaku , dia meneguk perlahan jus itu . Aku merenung dirinya lama . Haih , minum air pun handsome !

" Encik tak penat ke ? Baru pagi tadi kita sampai , lepastu ecik terus pergi jumpa client . Sekarang , encik bawa pula kitaorang pergi picnic . "

Tegurku setelah lama 'cengkerik' menguasai suasana kami di situ . Botol susu aku berikan kepada Ayman . Laju sahaja budak tu mencapai lalu menyumbatkannya ke dalam mulut . Comel !

" Tak ada lah penat sangat . Saja bawa anak-anak aku pergi pantai , spend time sama-sama . Bukan selalu aku dapat buat macam ni . "

Aku hanya diam . Nak jawab tak tahu nak cakap apa . Spontan aku terasa seperti ada sesuatu mendarat di atas kepalaku . Aku lekas mencapai benda yang selamat bertenggek atas kepala aku tadi .

Aku tergamam . Sekejap ! Ni bukan ke baju .... Aku terus menghalakan pandangan ke arah Encik Ayriel .

Kan betul sangkaan aku tadi , baju yang ada atas kepala aku tadi baju Encik Ayriel . Buktinya , lelaki itu sudah tidak berbaju . Hanya berseluar jeans hitam . Terserlah 'roti' pada badannya .

Aku laju mengalihkan pandangan ke tempat lain . God , mata aku kena rogol !

" Encik Ayriel ni .. Kalau ya pun nak mandi laut , tak payahlah nak buka baju bagai . Kalau anak encik tu tak apalah juga . Ni bapaknya pun ikut sekali . Tercemar mata saya tahu ? "

Kataku geram . Dia ni memang sengaja buat dosa aku bertambah .

Sebelah kening Ayriel terangkat . Tubuhnya tanpa baju itu dia tilik . Tu pun nak marah ? Aku cuma tak pakai baju , seluar masih lagi aku pakai . Bukannya yang bogel ! Tak fahamlah aku perempuan ni . Perempuan memang complicated , bukan ?

" Hoi , minah . Kira okay aku pakai seluar , kalau aku bogel ? Mahu menangis kau tengok nanti ! "

Kata Ayriel selamba lalu mengangkat punggung bangun dari duduknya dan berjalan santai mendapatkan anaknya yang sedang bermain di sana .

Aku pula menggerutu geram dalam hati . Makin lama , makin gatal orang tua ni . Tumbuk kang !

" N-nak aienn ( main ) ! "

Ayman merengek di pehaku . Aku menoleh memandang anak kecil itu . Senyuman kecil aku simpulkan di bibir .

" Nak main ya , sayang ? Come , buka baju dulu baru boleh main . Kalau tak nanti baju awak kotor kena pasir . "

Ayman terkebil-kebil memandangku . Tak fahamlah tu

" Ayman , up ! "

Arahku kepada anak kecil itu . Spontan  Ayman memgangkat kedua-dua belah tangannya ke atas . Terus sahaja aku menanggalkan t-shirt pada tubuh Ayman . Seluar pendek Ayman aku tak tanggalkan sekali . Bukan apa , peha Ayman cekci ! Aku tak sanggup nak tengok . Hahahaha .

Sebaik sahaja baju dilepaskan dari tubuh , laju sahaja Ayman berlari mendapatkan Encik Ayriel . Aku yang tengok pun risau . Laju sangat lari , nasib baik tak jatuh . Encik Ayriel pula terus membawa Ayman bermain di gigi air . Budak kecil nak main air kena ada pemantau . Kalau jadi apa-apa , senang . Kita mudah kesan . Kalau dibiarkan main sorang-sorang , kan susah . Bahaya .

Aku hanya duduk di atas tikar sedari tadi . Malaslah nak join diaorang .Tudungku yang terselak ke belakang gara-gara angin yang bertiup kuat aku betulkan kembali . Haa , baru nampak ayu gitu .

Tiba-tiba halwa telingaku menyapa suara sekumpulan gadis di sebelahku berbual tentang Encik Ayriel . Macam mana aku boleh tahu ? Sebab aku nampak diaorang asyik usha bakal shuben aku dari tadi . Ehh !

" Gosh , handsome nya weyhh ! "

" Body dia lawa , I can't ! "

" Auchh , caringnya dia . Look at on how dia layan anak-anak dia . "

" Kalaulah dia laki aku , mesti bahagia . "

Aku mencebik bibir tanda menyampah . Mahu saja aku tegur diaorang jangan duk sibuk usha laki orang . Tapi kalau aku cakap macam tu , nanti dilabelnya aku ni kurang ajar . Cemburu ? Entah . Ya , mungkin .

Aku tak dapat nafikan memang secara tak sengaja hatiku mula tersangkut dengan Encik Ayriel . Suka ? Ya , semestinya . Cinta ? Entah . Harap-harap jodoh aku dengan dia hahahahaha . Okay aku gurau , jangan kecam .

Akibat rasa tak puas hati apabila gadis-gadis tadi semakin galak memandang Encik Ayriel , aku lantas menegur mereka .

" Ehem ! Maaf mengganggu , tapi saya nasihatkan awak semua jangan pandang laki tu boleh ? "

Terhenti perbuatan mereka berempat lalu memandang aku dengan pandangan sinis . Apa motif dia pandang aku macam tu ?

" Kenapa ? Kau jealous ? "

Balas salah seorang gadis itu sarkastik . Huh , kau tunggu sekejap aku balas .

" Saya jealous ? Memanglah saya  cemburu ! Tu pun tak boleh nampak ke ? "

Kumpulan gadis itu tiba-tiba bantai gelak . Aku tahu celah mananya yang lawak . Gilakah ?

" You siapa sampai nak cemburu bagai ? He's nobody to you , okay ? So , jangan berlagak macam kau ni bini dia . "

Aku mula berasap . Memang nak kena mangkuk-mangkuk ni !

" Who said so ? Saya isteri dia . Kau apa tahu ? "

Jawab aku sarkastik . Huh , padan muka kau !

Gadis-gadis itu tergamam . Namun seketika mereka mentertawakan aku . Motif ? Entah . Macam yang aku cakap tadi , gila mungkin .

" Apa bukti kau ni isteri dia ? Impossible ! Dia tu handsome , bergaya , kaya . Tak padan langsung dengan perempuan miskin macam kau ! "

Sindir pedas gadis berbaju biru . Aku pula sudah lama berapi . Baru sahaja aku hendak membalas , tiba-tiba sahaja sebuah suara menyapa ke arah kami .

" Sayang ! "

Aku menoleh . Encik Ay-Ayriel ?






SUPER MAMA Where stories live. Discover now