Bab 24 - Tekad

23K 1.3K 7
                                    

Ayriel duduk bersandar pada sofa di ruang tamu sambil mata dari tadi tidak lepas memandang Aliya yang duduk termenung di gazebo .

Hari ini dia tidak masuk pejabat , ingin rehat . Pening kepala selepas berjumpa semula dengan bekas isterinya , Bella tiga hari lepas .

Selepas sarapan pagi tadi , pengasuh anaknya itu lebih banyak mendiamkan diri . Pelik juga dia tadi . Tak akanlah dia buat salah lagi ? Rasanya tiada .

Aliyah dia pandang lama . Matanya jelas menangkap keluhan berat yang dilepaskan gadis itu . Apahal pula dia ni ?

Tidak mahu terus berperang dengan soalan yang bertandang , Ayriel bangkit dari sofa lalu membawa dirinya ke gazebo .

" Beratnya mengeluh . "

Sapa Ayriel seraya melabuhkan punggungnya di bangku kosong sebelah Aliyah serta-merta lamunan Aliyah mati .

" Eh , encik buat apa dekat sini ? "

Aku terkejut . Jauh sangat termenung sampai encik Ayriel dekat sebelah pun tak perasan .

" Suka hati akulah nak buat apa dekat sini . Kau tu , apahal berat sangat mengeluh ? Ada masalah ke ? "

Tanya Ayriel ambil berat . Ambil berat hanya sebagai seorang majikan kepada seorang pekerja ya anak-anak . Jangan fikir lain !

Mendengar soalan encik Ayriel , sekali lagi aku mengeluh . Entah berapa kali aku mengeluh hari ini .

" Siapa mummy anak encik ? "

Soalan Ayriel tadi dibalas dengan soalan . Ayriel tersentak . Matanya menikam tajam memandang Aliyah . Kenapa Aliyah nak tahu ?

" Diaorang tak ada mummy . Fullstop ! "

Tegas Ayriel memberitahu . Dia tidak suka bila soal Bella bekas isterinya itu diperbahaskan , lagi-lagi dengan orang yang langsung tak tahu apa-apa tentang dirinya seperti Aliyah . Baginya gadis itu orang luar , jadi tak perlu tahu .

" T-tapi saya nak tahu . "

" Kau ni kenapa ? Tiba-tiba tanya pasal perempuan tu apahal ? Otak kau dah tepu sangat ke sampai tak ada soalan lagi bijak ke kau nak tanya ? "

Hilang terus mood Ayriel hendak berbual lama dengan Aliyah .

" Ayden . "

Spontan kening kanan Ayriel ternaik . Apa kena mengena dengan Ayden dalam hal ini ?

" Kenapa dengan Ayden ? "

Entah kali ke berapa aku mengeluh lagi . Tak dapat nafikan , aku masih lahi terkesan dengan Ayden tempoh hari .

" Ayden nak mummy dia . Dia tak nak saya jadi mama dia . "

Jawabku perlahan . Sedih tau bila Ayden asyik cakap dia cuma nak mummy-nya sahaja . Aku ni yang nak jadi mama dia pun tak bagi . Kedekut !

" Mama ? "

Aku mengangguk berkali-kali memandang Ayriel yang jelas tersentak dengan jawapan aku tadi .

" Kan encik dah bagi peluang pada saya untuk goda encik . Encik tak ingat ke ? Sebab tu saya kena goda anak-anak encik untuk terima saya jadi mama diaorang . Nanti bila kita dah kahwin senang sikit diaorang faham . "

Kataku sambil tersengih . Hehehe ..

Ya Tuhanku , mengucap panjang lelaki itu . Ayriel meraup rambutnya kasar . Dia benar-benar tak faham dengan Aliyah . Gadis di sebelahnya ini benar-benar tekad hendak kahwin dengannya .

" Jangan terlalu berharap , Liya . Aku tak nak kau kecewa di penghujung nanti . "

" Tapi sekurang-kurangnya saya cuba . Tak salah kan ? "

SUPER MAMA Where stories live. Discover now