Bab 1- Ali

36.5K 1.9K 326
                                    

Kereta Myvi aku hentikan betul-betul di hadapan sebuah rumah banglo tiga tingkat ini. Sekali lagi aku melihat nombor rumah, mana tahu salah rumah tak ke naya?

Haa betul lah ni. Hmm,orang kaya..Tak hairanlah rumah besar gedabak.

Jam di pergelangan tangan aku kerling, jangan risau kali ni aku dah tukar bateri jam tangan siap-siap. Nanti tak adalah jadi macam semalam.

Teringat momento kelmarin di mana aku dengan encik Ayriel merangkap bakal majikanku hampir bergaduh mulut gara-gara jam tangan. Kelakar but that's the fact!

Mulut peluru berpandu dia tu boleh tuduh aku ni tak on time. Siapa je yang tak marah? Aku datang tepat dekat pejabat dia, lepastu dia cakap aku lewat.

The fish!

Keadaan bertukar malu bila yang salahnya berpunca dari aku sendiri. Tak guna punya jam! Boleh pula kau main-main tak ada bateri pula waktu penting macam tu.

Tak pasal-pasal terlepas jawatan setiausaha di syarikat besar itu. Niat hendak temuduga jawatan setiausaha syarikat bertukar menjadi temuduga pengasuh kanak-kanak. Haa bagus sangat!

Tidak mahu mengingatinya semula, loceng rumah pada finding luar itu aku tekan. Sementara menunggu,aku menghidupkan telefonku. Aplikasi whatsapp aku buka dan mesej yang aku terima dibaca perlahan-lahan.

Telefon aku tak mahal macam Encik Ayriel punya. Dia punya Iphone,aku punya Samsung je. Tu pun Samsung J2 Prime buat baling anjing!

" Ya,cik? Cari siapa? "

Suara yang menyapa memaksa aku  mengangkat wajah.  Seorang wanita berumur dalam lingkungan lima puluh tahun itu berdiri memandangku dengan senyuman meniti di bibir.

Dari cara pemakaiannya, dapat aku simpulkan wanita tua ini pasti pembantu rumah di dalam banglo mewah itu. Iyalah, wanita itu hanya mengenakan sepasang kurung kedah lusuh.

Mestilah pembantu rumah kan? Tak akanlah orang kaya nak pakai pakaian lusuh macam tu pulak.

" Err Assalamualaikum , makcik .. Saya Aliyah Natasha , pengasuh yang baru saja diupah Encik Ayriel semalam . "

Wanita tua itu mengerut dahi sebelum teringatkan sesuatu. " Waalaikumsalam .. Ouh,pengasuh? Tadi Encik Ayriel ada bagitahu Mak Mah. Jemputlah masuk, Datin Izzah pun ada dekat dalam tu, "

Datin Izzah ? Siapa ? Wanita yang menggelarkan dirinya Mak Mah tadi seakan dapat membaca riak pada wajahku. Dia ketawa kecil.

" Datin Izzah tu mummy Encik Ayriel . "

Ouh , mummy dia rupanya . Aku tersengih malu. Hehehe.. Tiba-tiba rasa macam nervous pulak. Maklumlah nak jumpa bakal mak mertua. Ehhh!

Mak Mah membuka pintu pagar di sudut paling hujung, lantas menjemput aku masuk ke dalam. Aku segera mengikut langkah Mak Mah sebaik sahaja masuk ke dalam banglo mewah itu.

" Encik Ayriel, cik Aliyah dah sampai. "

Beritahu Mak Mah apabila ternampak kelibat anak majikannya itu berada di gazebo. Melihat anggukan dari Ayriel, perlahan Mak Mah berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka berdua di gazebo. Ada kerja yang perlu dilakukannya.

" Ikut aku. "

Dua patah perkataan yang keluar dari mulut encik Ayriel sudah cukup buat kakiku menggeletar. Laju saja kaki melangkah mengikut jejaknya masuk ke dalam rumah.

Baru selangkah kaki masuk ke dalam banglo mewah itu, aku sudah terpaku di depan pintu. Bapak besar gila weyhh!  Almari tersusun elok, langsir lip-lap lip-lap, barang antik kiri kanan, lampu pun berjurai-jurai.

SUPER MAMA Where stories live. Discover now