Bab 59

23.6K 1.9K 1K
                                    

Ayriel menguak perlahan pintu kamarnya, tidak mahu Aliyah sedar akan kehadirannya. Maklumlah keluar pagi semalam, tengah hari sekarang baru balik. Sengaja dia tidak mahu pulang ke rumah semalam. Dia sendiri yakin jika dia pulang malam semalam, pasti saja Azriel akan kerjakannya cukup-cukup.

Bukan dia tidak tahu perangai Azriel bagaimana. Lebih sayangkan kakak ipar berbanding abangnya sendiri. Tch!

Ayriel menjengah kepala terlebih dahulu tubuh dibawa masuk ke dalam bilik.

Hening. Sunyi saja.

Hanya bunyi kipas dan aircond kedengaran. Sekujur tubuh yang sedang baring membelakanginya Ayriel pandang lama. Tamak betul bini aku, tak cukup kipas, pasang lagi penghawa dingin. Tidak sejukkan wanita itu?

Kakinya melangkah mendekati suis kipas lalu ditekan suis tersebut menyebabkan kipas yang tadinya laju berpusing kini mula perlahan berpusing sehingga berhenti. Ayriel mengeluh perlahan.

Wajah nyenyak Aliyah yang sedang pulas tidur itu dia tenung lama. Rasa serba salah mula menyapa tatkala teringatkan kejadian siang kelmarin.

Dayusnya aku, Ya Allah.

Kenapalah dia tolak Aliyah sedangkan wanita itu isterinya, bukan Bella. Pasti selepas ini Aliyah akan membencinya, bukan?

Butang kemeja Ayriel tanggalkan satu-persatu. Matanya tak lepas memandang Aliyah walaupun seinci sekalipun. Tangannya  terhenti saat terpandang kesan-kesan lebam berwarna ungu pada lengan terdedah Aliyah.

Keluhan berat dilepaskan. Kemeja pada tubuh terus dia tanggalkan dan dicampakkan ke dalam bakul di hujung pintu bilik air. Meja solek ditujunya lalu laci dibuka. Minyak gamat cuba dicarinya, pasti ada kerana dia pernah nampak Aliyah ada meletakkan minyak gamat di situ. Spontan bibirnya bergerak tersenyum nipis apabila barang yang dicarinya tadi sudah jumpa.

Lekas kakinya melangkah mendekati Aliyah di katil. Sampai saja di birai katil, terus dia melabuhkan punggung di atas tilam. Perlahan jari telunjuknya memegang bekas-bekas lebam di tangan isterinya, tidak mahu wanita itu terjaga.

" Kenapa kau baik sangat dengan aku, Liya? Aku buat macam-macam benda pada kau, hina, pukul, layan kau macam sampah. Kau tetap jaga makan pakai aku. "

Bisik Ayriel perlahan. Tangannya tekun menyapu minyak gamat pada lengan lebam Aliyah dengan penuh lembut. Itu baru saja di tangan, di tubuh bagaimana pula? Pasti berbirat tubuh cantik Aliyah gara-garanya.

Tak dapat dinafikan, jauh dari sudut hatinya, dia masih lagi cintak dan sayangkan Aliyah. Tetapi bila mengenangkan wanita itu berani-berani curang belakangnya, hati dia jadi sakit. Sakit yang teramat. Semuanya akan jadi lebih mudah jika dia duduk berbincang baik-baik dengan Aliyah. Tidak seperti sekarang.

Rumah tangganya dengan Aliyah sudah cukup huru-hara, bertambah lagi dengan kehadian Bella di dalam rumah ini. Azriel lagi lain pula cerita.

Lingkaran hitam pada bawah mata Aliyah dia sentuh. Sekali lagi Ayriel mengeluh berat. Isterinya banyak menangis kerana dirinya sendiri. Betul lah Azriel kata, suami jenis apa sanggup buat isteri menangis? Ayriel rasa terpukul dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut adik lelakinya itu.

Rambut ikal panjang Aliyah dia belai sebelum sebuah kucupan hangat hinggap pada dahi isterinya itu. Lama. Cukup lama untuk melepaskan rindu yang selama ini dia pendam seorang diri.

SUPER MAMA Where stories live. Discover now