Bab 30 - Waterpark

22.4K 1.5K 117
                                    

Terima kasih banyak-banyak untuk 1k vote . Huargh , sayang korang ! Jadi seperti yang dijanjikan .. Nah , dua bab sekaligus saya update . Selamat membaca ! :')

Bab kali ini agak panjang :')

____________________________________

Awal pagi lagi rumah opah sudah bising dengan suara Laila memarahi Yasri . Bukan setakat marah je , habis merah telinga kanan Yasri dipiat oleh ibu Yasri sendiri .

" Kau ni kan , Yasri .. Dah banyak kali aku pesan beli barang hantaran awal-awal , tetap telinga kau tu pekak tak mahu dengar . Esok nak nikah pagi ni baru nak beli barang hantaran . Heyyy geram betul lah aku dengan kau ni ! "

Bebel Laila panjang seolah tiada penghujung . Tangan pula lincah menghias hantaran buat Yasri . Maklumlah , Laila bekerja sebagai wedding planer . Jadi setakat buat hantaran ni tak ada hal lah !

" Alah .. Aku dah belikan tadi . Kau buat jelah diam-diam . Tengok Aliyah tu .. Senyap je buat kerja . Tak macam kau . Memekak lebih ! "

Aku tersenyum singkat melihat muka menyinga Laila .

" Memekak kau kata ? Eh , yang memekak ni lah yang sanggup tolong buatkan hantaran kau tau ! "

" Haa ya ya ..Sorry . "

Dalam hati Yasri mengucap syukur . Nasib baiklah ada Laila , kalau tak malu dia dibuatnya esok . Yalah.. Tak pernah lagi jadi dalam Malaysia kahwin pihak perempuan bawa hantaran tapi pihak lelaki tak bawa . Alasan ? Sebab tak sempat siap . Huhuhu malu .

" Liya . "

Tangan terhenti bekerja apabila namaku dipanggil seseorang dari belakang . Tak payah pusing belakang pun aku boleh tahu siapa . Mestilah Ayriel kita !

Aku memusingkan kepala ke belakang memandang Ayriel dengan kening terangkat tanda 'kenapa'

" Ikut aku jap pergi pekan . Bawa anak-anak sekali . "

Aku tanpa membantah terus mengangguk . Crush ajak keluar siapa je yang tak nak .

" Eh tak boleh ! Aliyah kena tolong buatkan hantaran aku . Kau sibuk datang nak bawa lari dia pula . "

Yasri segera menghalang . Kalau Aliyah ikut Ayriel , siapa nak tolong Laila siapkan hantaran dia nanti ?

" Mintalah tolong Lily . Waniy tu pun bukannya buat apa pun dekat dapur tu . Melantak je lebih ! "

Yasri pasrah . Kalau dah Ayriel cakap macam tu , akur sajalah . Dia tak bagi sekalipun tetap lelaki itu akan paksa Aliyah untuk mengikutnya .

" Saya siapkan Ayman dulu sekejap . Encik tolong siapkan Ayden dengan Ayad boleh ? "

Ayriel mengangguk kepala sebelum menjawab .

" Ayman ada dekat dapur dengan Waniy . Kau mandikan dia sekali lagi sebab budak tu dah comot sangat makan coklat . "

Tanpa banyak soal aku bangun dari duduk menuju ke dapur . Dari jauh lagi aku boleh dengar suara riuh makcik-makcik Ayriel yang sedang berbual sambil memasak .

Kalau makcik-makcik masuk dapur , lepastu berbual itu ini ... Haa jadi makcik bawanglah jawabnya !

" Ehh Aliyah ! "

Seorang wanita tua merangkap maklong dalam keluarga itu menyapa ramah aku tatkala aku sampai di dapur .  Aku tarik senyuman nipis . Segan .

Ayman dipangku Waniy aku dukung . Dalam hati mengucap panjang tengok mulut , baju dan tangan Ayman yang comot dengan coklat .

" Kau ni , Waniy .. Apahal sampai comot macam ni . Ayman baru je mandi tadi , dah kena mandi lagi . "

Waniy tersengih kecil .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now