Bab 49 - 831

29K 1.6K 396
                                    

Nahh, Bab baru untuk readers kesayangan ayee! Terima kasih untuk 300k reads Super Mama! 😭 I is terharu sebab ni hadiah birthday paling bermakna dalam hidup 💙

Alhamdulillah, tanggal 07.07.2020 saya dah genap 19 tahun hehehehe.. Last teen giteww! Eeii tak sangka farahin dah besar HAHAHAAHAH! 🐣✨

Terima kasih support Super Mama, selamat membaca. I love you so much! Muahh! 😝

_________________________________________

" Aww, sakit sakit! "

" Argh! Perlahan sikitlah awak! "

" Arghh! "

Bahu Ayriel di hadapan aku pukul berkali-kali. Lantaklah dia nak marah ke apa, yang penting sekarang ni kaki aku tengah sakit. Rasa macam nak patah sudah kaki aku diurut Ayriel.

" Tahanlah sikit. Sekejap je ni, lepas urut nanti eloklah. ". Buku lali isteri Ayriel urut lembut. Tidak mahu menambahkan lagi kesakitan kepada gadis itu.

Teruk juga dia dibebel opah kelmarin. Tak cukup bebel, habis merah telinganya ditarik. Sumpah sakit weyh! Salah isterinya tapi dia yang kena. Nampak sangat tak sayang cucu kandung. Hmph!

Risau dia apabila melihat kaki isterinya itu sudah membiru bengkak ketika sampai di rumah. Pasti saja ianya kesan daripada Aliyah jatuh di atas jalan tar semasa dirinya sedang bergelut dengan sekumpulan lelaki tak guna kelmarin.

Mengingatkan hal itu, urat-urat di lengan kekarnya serta di leher naik menegang. Tak guna! Isteri orang pun nak kacau ke?

" Ni lah balasannya tak dengar cakap suami. Nampak tak Allah bayar cash macam tu je? Lain kali dengar cakap aku, bukan buat bodoh je. ", ujar Ayriel sambil memandang dalam anak mata isterinya. Bohonglah jika dia tak risau. Dari semalam Aliyah asyik mengadu sakit, memang tak senang duduklah dia.

Aku mengerut dahi, hampir saja dua keningku bercantum mendengar setiap bibit perkataan yang keluar dari mulut Ayriel. Aku tak dengar cakap dia? Aik, ada ke?

" Sejak bila pula saya tak dengar cakap awak? Apa yang awak cakap semuanya saya dengar, saya percaya. Awak jelah yang susah nak percayakan saya walaupun hakikatnya bukan salah saya. "

Terhenti tangan Ayriel dari terus mengurut buku lali bengkak isteri. Sedikit terasa dengan Aliyah yang nyata masih lagi belum dapat memaafkannya. Ayriel menyimpul senyuman tawar.

Tak apalah, lagipun bukan salah Aliyah . Dia yang bersalah kerana bertindak tidak mengikut akal. Sekarang hadaplah balasannya!

" Sakit lagi? ", Ayriel sengaja mengubah topik perbualan. Tidak suka hal tempoh hari dibangkitkan semula. Bukan apa, semakin diungkit semakin tebal rasa serba salahnya terhadap gadis di hadapannya ini.

Aku cuma menggumam. Dalam diam aku meneliti raut wajah Ayriel, tampak berubah sedikit setelah ditembak dengan sindiran pedas aku tadi. Kasar sangat ke?

Entah mengapa aku rasa berdosa dengan Ayriel. Teringat pula pesan ibu di kampung selepas aku dan suami selamat diijab kabul.

' Baik buruk dia, dia tetap suami kamu. Syurga kamu bawah tapak kaki menantu ibu sekarang. Ingat, marah macam mana sekalipun dengan suami.. Jangan sampai bertindak kurang ajar. Jatuh nusyuz nanti. '

Kalau saja perli untuk bagi kesedaran jatuh dosa tak?

Aku mengigit bibir. Aish, tiba-tiba rasa seram pula dengan nasihat ibu. Aku sindir dia tadi mesti Ayriel terasa kan? Jahatnya aku!

Minta maaf nanti jelah. Bukan sengaja mahu melengahkan masa, cuma jujur hati aku belum dapat terima semua benda yang berlaku. Terlalu mendadak.

Kalau minta maaf tapi hati masih belum ikhlas tak guna juga kan? Tunggulah masa sesuai nanti, bukan setakat minta maaf je. Dengan bibir seksi dia sekali aku cium!

SUPER MAMA Where stories live. Discover now