Bab 7- Sesal

27.3K 1.6K 77
                                    

Aku mengeluh perlahan . Sungguh panas hati aku bila teringatkan momento yang berlaku sebentar tadi antara seorang anak dengan seorang bapa . Ayriel dan Ayad .

Wajah Ayad yang merah padam dalam pelukanku aku pandang . Ya , hari ni Ayad tidur dengan aku sebab aku sendiri yang heret dia masuk sini . Aku jatuh kasihan pada Ayad . Penat sangat dia menangis sampai tertidur .

Aku sendiri tak tahu hantu mana yang dah rasuk masuk dalam badan Encik Ayriel sampai sanggup cakap macam tu pada Ayad , anak dia sendiri . Kalau aku jadi Ayad , dah lama aku hentak kepala dia pakai kerusi .

Hati aku jadi lega bila Ayad sudah berhenti menangis . Teruk dia menangis tadi sampai tak nak lepas dari aku . Bila ditilik balik muka Ayad , habis merah . Hidung , mata dan pipinya juga merah . Sedikit sebanyak aku pun jadi sedih bila dia nangis teruk sekali sampai macam ni . Jujur aku katakan , ni kali kedua dia peluk aku erat . Pagi tadi dan sekarang . Tapi pagi tadi punya peluk tak adalah erat sampai sekarang . Nasib baik juga pergaduhan mereka berdua tidak didengari Dato' Ashraf , Datin dan Azriel kerana semua bilik di dalam rumah ini adalah serap bunyi .

Jam di dinding bilik aku kerling . Sudah pun menunjukkan jam 1.30 pagi . Aku sudah fikir masak-masak . Aku akan bawa Ayad balik kampung memandangkan esok aku cuti dan budak-budak pun sudah mula cuti sekolah penggal pertama . Dengan kejadian yang baru je berlaku tadi , aku tak rasa Ayad nak pandang muka papa dia lagi . Jelas sekali riak sedih pada mukanya bila digelar anak tak guna . Huh , kau tu bapak guna . Ehh , terkutuk bakal husband pulak ! Gatal kau , Lya .

Tidak mahu mengusutkan kepala lagi , aku menyambung tidur . Selimut pada paras pinggang Ayad aku tarik sehingga mencecah ke bahu budak lelaki itu . Spontan aku mencium dahi Ayad dengan penuh kasih .

" Tidur lena , Ayad .. "


AYRIEL'S

Aku berdiri termenung di balkoni luar bilik . Tangan aku masukkan ke dalam kocek seluar tracksuit , habit lelaki bila termenung . Sepatutnya hari ni aku ada meeting dengan Mega Holdings , tapi aku cancel . Jadi , hari ni aku off . Tak masuk office .

" I'm sorry , Ayad . "

Menyesal . Satu patah perkataan berserta lapan abjad itu sudah cukup membuatkan dada aku sesak bila teringatkan momento-momento aku mengherdik Ayad dengan gelaran anak tak guna . Kejamnya aku .

Aku tak ada niat langsung nak gelar dia anak tak guna , sumpah ! Semua tu keluar tiba-tiba tanpa dipinta . Mungkin sebab fikiran aku serabut tentang preparation untuk pembentangan tender baru , dan Ayad pula datang . Tak pasal-pasal dia kena tempias amarah aku .

Jujur aku katakan , sedikit sebanyak aku sedikit terasa dengan layanan Ayad pagi tadi masa breakfast . Biasanya , aku orang pertama yang Ayad akan cium pipi . Tapi kali ni tak , Azriel yang dapat dulu . Aku ? Jangan kata cium pipi , dia pandang aku pun tak nak . Bila aku cuba senyum pada Ayad , sikit pun dia tak balas senyuman aku malah Ayad sentiasa cuba larikan matanya dari bertembung dengan mata aku . Aku mengeluh perlahan .

Tak dapat dinafikan , aku juga terkejut bila Aliyah menyatakan niatnya ingin membawa Ayad pulang ke kampung ibu ayah dia . Kalau Aliyah yang balik kampung aku tak kesah sangat , tapi Ayad tu .... Aku tak rasa dia akan selesa dengan keadaan dekat sana memandangkan Ayad tak pernah jejakkan kaki dia ke kampung . Tahun lepas aku balik rumah nenda pun aku tak bawa Ayad , Ayden dengan Ayman .

" Kalau Encik nak pujuk Ayad , datanglah rumah ibu ayah saya . Nanti saya bagi location . "

Dialog Aliyah sebentar tadi sering kali berpusing dalam kepala otak aku . Aku datang rumah ibu ayah dia ? Tak naklah aku ! Buat malu je nanti , bukannya ibu ayah dia kenal aku pun . Tapi , Ayad macam mana ?

Seketika lamunanku terhenti apabila ketukan pada pintu memecah kesunyian ruangan kamarku . Aku bergerak masuk ke dalam bilik sebelum daun pintu aku kuak perlahan .

" Ayad ? "

Aku memandang Aliyah di sebelah Ayad . What's up ?

" Ayad , salam papa . Kiss papa sekali . Kita dah nak gerak balik kampung ni . "

Ayad akur . Tangan kananku diambil lantas dia kucup lembut . Hati aku jadi tersentuh lebih-lebih lagi bila teringatkan hal semalam . Aku kagum dengan Ayad . Marah-marah dia pun , dia tetap hormat aku sebagai papa . How sweet of you , Ayad .

Aku merendahkan tubuhku dengan duduk berhadapan dengan Ayad agar tinggiku sama dengan tingginya . Rambut Ayad aku belai lembut sebelum dahi anak itu aku kucup lama , menyalurkan maafku kepadanya .

" Ayad dah nak pergi ? "

Soalan bodoh aku tanya . Mestilah dia dah nak pergi . Terang-terang Aliyah cakap tadi . Tapi , Ayad tak balas soalan aku . Dia cuma angguk . Tak apa lah , aku faham dia masih lagi marah dengan aku . Nak buat macam mana semuanya berpunca dari aku sendiri .

" Nanti dekat sana jaga diri tau . Dengar cakap Kak Aliyah . Kalau nak apa-apa , minta pada Kak Aliyah . Nak pergi mana-mana pun bagitahu Kak Aliyah . Faham ? "

Sekali lagi Ayad sekadar mengangguk . Aliyah di sebelah Ayad sambil tersenyum nipis aku pandang .

" Jaga anak aku baik-baik . Jangan ada satu luka pun dekat badan dia , walaupun satu milimeter . Faham ? "

" Faham . Encik jangan risau , Ayad budak baik . Dia takkan buat hal . "

Aku menjatuhkan kepala sebaik sahaja mendengar jawapan Aliyah , lega .

Buat kali terakhir , aku menatap lama wajah Ayad . Anak keduaku . Haih , berpisah lima hari terasa macam berpisah setahun !

Kedua-dua belah pipi Ayad aku cium lantas dahinya aku kucup sekali lagi , tapi kali ni lebih lama berbanding tadi .

" Papa sayang Ayad . Remember that . "

Bisikku perlahan di cuping telinga Ayad . Ayad masih sama seperti tadi , diam .

" Kalau tak ada apa-apa lagi , saya dengan Ayad gerak dululah . Takut sampai kampung malam pula nanti . "

Aliyah meminta diri . Tangan Ayad dia pimpin dan aku hanya memandang kelibat dua insan itu berjalan meninggalkan aku keseorangan di sini . Hmmm... Sedih hidup !

" Aku nak cakap dengan kau sekejap . "

Terkejut aku apabila tiba-tiba satu suara menyapa halwa telingaku . Kusss semangatt ! Aku menoleh ke kiri memandang gerangan yang menegurku tadi . Ishraf Azriel .

" Kau ni tak sekolah agama ke ? Salam mana hanat ? "

Azriel tidak menjawab malah memandang aku dengan matanya yang tajam . Sungguh tajam . Aku jadi tak keruan . Dia ni dah kenapa ?

" Hey , what's wrong ? "

Buat kali kedua dia tidak menjawab soalan aku . Ni yang buat aku marah ni . Bila tanya kenapa tak dijawab . Dia ingat aku main-main ke ?

Niat aku untuk melangkah masuk ke dalam bilik meninggalkan Azriel seorang di situ terbantut apabila Azriel bersuara keras .

" Explain . "

Aku tergamam . Macam mana benda tu boleh ada pada dia ? Bukan aku dah..

SUPER MAMA Where stories live. Discover now