Bab 60

20.8K 1.5K 807
                                    

Selamat Menyambut Awal-Muharam ❤️ Mulakan tahun baru dengan niat yang baru, azam baru dan hidup baru yang lebih baik dari semalam. Insyaallah ❤️. Happy reading <3 !

Azriel berjalan masuk ke dalam rumah sambil tangan menjijit beberapa bungkusan plastik. Tiada apa pun, cuma makanan buat makan petang-petang seperti pisang goreng dan keropok lekor. Ada juga makanan ringan untuk anak buah kesayangannya. Ikutkan tak mahu beli, tetapi dah kalau Nadhirah merengek beria suruh belikan untuk Ayman sekali, terpaksalah dia belikan.

Dasar Ayman! Perampas tunang orang!

Sempat matanya dikerling memandang kereta mini-cooper putih milik Bella. Tch, kereta mahal mampu beli, tapi menumpang rumah orang! Tangan Azriel menyeluk masuk ke dalam kocek seluar, ingin mencari duit syiling. Tak silapnya semasa beli pisang goreng tadi ada baki duit syiling.

Tersengih suka dia saat apa yang dia carikan sebentar tadi berjaya dijumpai. Niat hendak masuk ke dalam rumah tadi dia batalkan sekejap. Kaki Azriel mengorak langkah menuju ke arah kereta putih milik Bella itu.

Lantaklah orang nak cakap aku macam budak-budak, asalkan aku puas!

Getus hati Azriel selamba. Alah Bella tak akan marah, wanita itu kan kaya hehe! Matanya memandang sekeliling, cuba memastikan tiada sesiapa yang berada di situ. Hanya dia saja.

Line clear. Bissmillahirahmanirahim!

Duit syiling di tangannya itu tadi dia bawa mendekat pada pintu kereta hadapan. Saat duit syiling dan badan pintu kereta itu berlaga, perlahan-lahan duit syiling itu ditarik selamba ke belakang. Bunyi kuat geseran yang terhasil daripada itu membuatkan Azriel menutup mata menahan rasa. Ngilu!

Srrtt!

Bibirnya bersiul tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mata Azriel langsung tidak lari dari pintu rumah. Mana tahu tiba-tiba ada orang keluar, mampos dia kantoi!

Tangannya berhenti apabila duit syiling itu mula mendekati tangki minyak kereta. Azriel tersenyum puas melihat satu garisan calar panjang pada badan kereta Bella. Ya Allah, panjangnya dia buat. Dari depan sampai belakang kau! Agak-agak dosa tak buat kereta orang macam ni hm?

Duit syiling yang dia pegang tadi dimasukkan kembali ke dalam kocek seluar. Tidak menunggu lama, kakinya berlari laju masuk ke dalam rumah. Ni kalau pisang goreng pada tangannya jatuh, memang sumpah dia maki kakinya sendiri.

Jalan jelah bodoh, beria nak lari kenapa!

Sebaik saja pintu rumah dibuka, wajah Ayriel yang menyapa pandangannya terlebih dahulu. Haih, anjing ni lagi. Penatlah asyik muka dia je kena hadap. Tak ada muka yang lagi kacak selain dia ke yang mahu muncul?

Azriel merengus sebal apabila dia mahu ke kiri lelaki itu menghalang. Dia ke kanan, lelaki itu juga menghalang. Eh mamat ni kang!

" Kau kalau nak ajak main cak-cak, cakap. Kita lawan. "

Tercetus ketawa kecil dari bibir Ayriel. Azriel diam memerhati. Sudah lama dia tidak nampak lelaki itu ketawa, tipulah jika dia tidak rindu. Rindu, cuma perangai dan perubahan sikap Ayriel secara tiba-tiba membuatkan dia jadi geram kadang. Rasa macam nak tendang hm.

Tangan Ayriel menyeluk masuk ke dalam saku. Wajah Azriel ditenung. " Kau beli apa? Cheesy Macaroni yang aku kirim tadi belikan tak? Bella mengidam. "

Azriel membuat muka mendengar nama wanita itu keluar dari bibir Ayriel. Menyampah betul! Mengidam bini tak nak pula ambil tahu, sibuk beria ambil tahu mengidam mak lampir tu.

" Tak ada. Macaroni habis, cheese habis, kedai tutup, kereta aku tak nak singgah. Terima kasih. "

Ayriel menjongket kening. Cakap sajalah tidak mahu beli, tak perlu kot beritahu makaroni habislah cheese habislah. Senangkan? Azriel yang tiba-tiba menghuluran satu plastik bungkus kepadanya membuatkan Ayriel mengerut dahi. Kata tak beli, habis ini apa?

SUPER MAMA Where stories live. Discover now