Bab 23- Flashback i

24K 1.2K 15
                                    

Sebelum baca , saya nak beritahu . Siapa yang nak saya promote story awak-awak semua , korang boleh dm saya secara peribadi sama ada di wattpad messege atau di whatsapp . Jangan tulis di ruang komen ya .

Cuma perlu beri nama tajuk buku dan username sahaja . Nak saya promote semua story awak semua pun boleh . Terima kasih dan selamat membaca :')

Minta maaf dari awal if bab kali ni a bit cringe :")
____________________________________

Imbas kembali tiga tahun lepas ...

" Riel , aku ada benda nak cakap dengan kau ni . Aku tak tahulah pandangan aku betul atau tak , tu cuma persepsi aku . Semuanya terpulang pada kau sama ada nak percaya atau tidak . "

Suasana hening seketika . Ayriel memandang Zarif serius . Hal apa yang hendak lelaki itu bincangkan ? Penting sangat ke ?

Taufiq kekal tenang bersandar pada kerusi empuk di restoran itu . Suasana yang tenang di restoran itu sedikit sebanyak menenangkan fikirannya yang sarat dengan hal kerja . Dah nama pun restoran lima bintang , tak hairanlah tenang semacam saja .

"  Pasal bini kau , Bella . "

" Kenapa dengan isteri aku ? "

Laju Ayriel bertanya . Bila melibatkan nama isterinya , dia harus cepat mengambil tahu .

" Zarif nampak isteri kau dengan Dato' Yusri dekat Mid Valley . "

Jawab Taufiq bagi pihak Zarif . Tunggu Zarif lambat sangat , terhegeh-hegeh !

Ayriel ketawa kecil . Itu saja yang diaorang nak bincangkan ?

" Pasal tu aku pun tahu , she already told me . Dia ada appoinment dengan Dato' Yusri untuk bincang pasal pelaburan Dato' pada syarikat tempat Bella kerja . Aku percaya dia . Bella tak akan buat benda yang terkutuk belakang aku . Dia baik . "

Ujar Ayriel tenang . Kopi panas yang baru sahaja dipesannya tadi disisip perlahan .

" Sure ? Kalau dah sampai pegang peluk bagai semua tu appoinment ke namanya ?  "

Ayriel berhenti menyisip kopi . Zarif dicerlung tajam .

" What do you mean ? Kau cuba nak cakap Bella curang belakang akulah ni ? "

" Kau dah tahu jawapannya , kenapa perlu tanya ? "

Zarif memulangkan paku keras . Kadang dia juga bengang dengan Ayriel . Percaya sangat dengan isteri sampai tak sedar diri lelaki itu dicurangi dari belakang .

" Kau jangan cuba-cuba nak fitnah Bella , she's my wife . Aku kenal dia macam mana . Dia baik . "

Taufiq tersungging sinis  . Baik ? Puihh !

" Ayriel , look . Aku bukan nak keruhkan keadaan lagi but you should put your trust on Zarif . He's right . At first memang aku tak percaya , tapi bila aku tengok dengan mata kepala aku sendiri ..Baru aku percaya . "

Taufiq membela Zarif . Sudah terang segala yang diceritakan Zarif itu benar , buat apa nak nafikan lagi .

" Apa bukti kau kata Bella curang ? "

Ayriel menahan geram . Ikutkan hatinya mahu saja dia tumbuk kedua-dua rakannya itu . Tiba-tiba sahaja tuduh isterinya curang . Itu tak mungkin !

" Sekarang memang aku dengan Zarif tak ada bukti , but soon .. kau sendiri yang akn tengok belang dia macam mana . Eh , bukan Dato' Yusri seorang je tau , ramai lagi lelaki yang dia keluar siap peluk cium bagai . Banyak kali Riel aku nampak dia keluar masuk hotel . Banyak kali , bukan sekali dua . Itu yang dia kata kerja ? Kerja jadah dia ! "

SUPER MAMA Where stories live. Discover now