Bab 65

26.2K 2.1K 615
                                    

Assalamualaikum, Ayriel, suami yang saya cintai..

Di saat awak buka saja surat ini, pasti saya sudah tiada di sisi awak buat selamanya. Maaf, saya dah tak kuat macam dulu lagi. Saya tak kuat sama seperti yang awak sangkakan. Terus terang jauh dari sudut hati, saya masih lagi cinta dan sayangkan awak. Tetapi sayang, itu semua dulu bukan sekarang. Bukan mudah untuk saya terima segala benda yang jadi. Satu-persatu masalah melanda dalam rumah tangga kita, sampaikan satu tahap saya benar-benar penat dengan semua ini. Saya minta maaf, saya tak dapat nak teruskan lagi hubungan kita.

Minggu depan kalau tiada arah melintang, Insyaallah surat permohonan cerai dari saya akan sampai di rumah. Saya tak minta banyak, cukup awak turunkan tandatangan dan hubungan kita akan segera berakhir. Saya tahu berdosa besar seorang isteri meminta cerai kepada suaminya, tapi saya memang dah tak boleh nak jadi isteri awak lagi, Ayriel. Halalkan makan minum saya sepanjang berada dengan awak. Maafkan salah silap saya dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Saya pinjam Ayad sekejap ya? Lepas saja kita bercerai, saya janji akan pulangkan Ayad semula. Jangan risau, saya akan jaga Ayad macam anak sendiri. Tolong sampaikan salam saya pada mummy dan daddy, ibu dan abah. Teruntuk Azriel, terima kasih selalu ada dengan saya tak kira senang atau susah. Dan untuk Waniy, saya boleh maafkan dia. Tetapi untuk melupakan, maaf saya tak boleh. Kepada akak Bella, pergi mampos! Eh! Akhir sekali, Ayriel, terima kasih pernah bahagiakan saya walaupun cuma sementara. Semoga awak akan jumpa jodoh yang jauh lebih baik berbanding saya. Tolong jagakan Ayden dan Ayman baik baik ya? Last word and maybe boleh jadi ungkapan terakhir yang awak mampu dengar dari saya, lepasni tak boleh dengar dah kan?

I love you.

Yang ikhlas,
Aliyah Natasya.

Azriel mengetap bibir membaca surat yang sempat ditulis Aliyah sebelum wanita itu keluar meninggalkan Ayriel selamanya di sini. Wajah serabut Ayriel di sebelahnya itu dipandang lalu dia menggeleng. Apa nak jadilah dengan rumah tangga abang sulungnya itu.

" Kau pahal serabai sangat ni? Tahulah kena tinggal bini, tapi baru seminggu kot kena tinggal. Dah serabai gini. Kerja entah ke mana, makan minum lagilah tak payah cakap. "

Ayriel meyebak rambutnya ke belakang. Kepalanya menoleh memandang Azriel. Memincing tajam matanya menikam wajah adik lelakinya itu. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan Azriel ikut terlibat dalam rancangan Aliyah.

" Kau yang plan semua ni kan? Kau yang bawa Aliyah lari jauh dari aku sebenarnya kan?! Kau sengaja tengok aku terseksa macam ni! ", tidak semena-mena kolar T-shirt Polo hitam Azriel dicekak kuat.

Azriel merengus kasar. Tangan Ayriel pada kolarnya ditepis selamba. " Apa benda kau ni? Jadanya aku nak bawak lari bini kau dah kalau hari dia pergi tu aku tengah elok bertenggek atas pelamin dengan Nadhirah. Kau memang bercakap tak pakai otak ke? "

" Ya, memang haritu kau dan Nadhirah kahwin. Tapi tak mustahil kau yang rancang dan hasut Aliyah untuk pergi tinggalkan aku. Kan?! "

Azriel mengetap bibir. Alamak, macam dah nak kantoi je. Nak jujur ke tak ek? Tak jujur, dosa. Tuhan marah, bini dia pun nanti marah kalau tak bagitahu benda sebenar. Aaaa tapi kalau jujur risau kena sembur pula dengan Ayriel.

Aaaa jujur jelah!

" Err— ya, kau betul. Memang aku dah rancang nak bawa Liya jauh dari kau, t-tapi bukan masa majlis perkahwinan aku tu. "

SUPER MAMA Where stories live. Discover now