Bab 38- Seksa

33.4K 1.5K 136
                                    

" Ayman ! Ya Allah budak kecik ni . Woi ketot sini kau ! "

Bising satu homestay yang disewa Azriel selama 2 hari sepanjang dia berada di kampung Aliyah dengan suaranya dan suara anak-anak buahnya .

Kau tahu tak dia punya susah nak jaga tiga orang anak buah tu macam mana ? Meh aku cerita . Seksa nak mampus !

Tak guna punya Ayriel . Kalau ya pun nak first night , jangan tinggalkan anak-anak dia pada aku . Anjir ! Maki Azriel dalam hati .

Azriel berlari berkejaran ingin mendapatkan Ayman yang sedang mengelak darinya . Budak tu dah togel bulat weyh . Baju tak mahu pakai , seluar sudah disarungkan budak tu pergi tanggalkan balik . Pampers pun dia lucutkan . Nampaklah Ayman punya tut yang tergantung tu terlayar di mata suci ini . Dasar !

" Uncle , mana susunya ? Cepatlah , Ayden dah haus ni ! ", Ayden mula merengek .

Azriel pula merengus kasar . Seorang nak susu , seorang lagi tak mahu pakai baju . Ayad ? Alhamdulillah budak ni tak bu- Wait , apa budak tu tengah buat ?

" Woi , Ayad ! Kau buat apa dengan phone uncle ? YA ALLAH AYRIEL KAU TENGOKLAH ANAK KAU NI WEYHH ! Mampus aku gini woii ! "

Ayad buat muka tak bersalah . " Ayad tengah baca chat uncle dengan ' Bie Sayang ' ? Who is that , uncle ? "

Membulat mata Azriel . Terus telefonnya yang sedang dipegang Ayad dirampasnya . Ajer gila budak ni ! Selamba je dia baca chat aku dengan crush saya ?!

" Kau budak kecik , buat cara macam budak kecik ae ? Jangan sibuk hal orang tua . ", Ayden mencebik bibir . Meluat !

" Eleh , dalam chat tu pun uncle je yang over lebih . Akak ' Bie sayang ' tu pun layan macam nak tak nak . Nampak sangat kena friendzone ! "

Zzap !

Auch , sungguh sakit di situ .. Kau tengok . Ayden libas uncle hensem dia macam tu je , guys . Boleh aku mati sekarang ?

" Eh hello ! Bie sayang uncle tu pun suka uncle okay ? Mana ad uncle kena friendzone ! Entah-entah awak yang kena friendzone . Yelah , awak tu pun bukannya hensem mana pun . Same goes like your papa . Ugly ! "

Azriel jelas tersentak tatkala telapak tangan kecil milik Ayman selamat mendarat di mukanya .

" What the fu-- "

Tak sempat Azriel mencarut , Ayad laju menghalang . " Aip ! Tak baik mencarut. No no ! Dosa . "

Azriel mencebik bibir . Konon tak baik , konon dosa . Habis awak tu dera pakcik awak yang hensem ni macam baiklah ?

" Pa ite hensem ! ", Ayman menjerit kuat di telinga Azriel . Gila pekak telinga woii .

" Ya ya , papa awak tak hensem . Dah tak payah ulang benda yang sama ! "

Dan sekali lagi muka Azriel ditampar perlahan oleh tangan kecil Ayman . Ya Allah , apa dosa aku ?

Azriel redha . Nak buat macam mana , anak buah sendirikan ? Redha jelah . Nak pukul , kang ada yang kena smackdown dengan Ayriel .

Jeda seketika sebelum Ayad merampas kembali telefon milik pakciknya itu . Azriel menahan diri dari mencarut .

Jangan carut , Azriel . Jangan ! Nasihat Azriel buat dirinya sendiri .

Tiba-tiba Ayad menjerit suka .  " Uncle ! Bie Sayang uncle reply chat lah ! Hurry up , tengok ni ! "

Laju Azriel memandang Ayad . " Tell me , dia reply apa ? "

SUPER MAMA Where stories live. Discover now