Bab 13- Gatal

28.1K 1.6K 67
                                    

" Liya .. "

Niat aku yang hendak menapak naik ke bilik untuk tidur terbantut apabila Encik Ayriel memanggilku ketika melintasi lelaki itu di ruang tamu .

" Ya , ada apa Encik ? "

Terus aku bertanya sebaik sahaja kakiku diatur ke sofa tunggal di sebelah Encik Ayriel . Punggung aku labuhkan di situ . Mata aku halakan ke wajahnya . Ya Allah , ganteng bangat !

" Esok aku ada outstation dekat Johor . "

Aku memandangnya hairan . Dia yang nak pergi outstation , buat apa bagitahu aku ?

" Jadi ? Apa kena mengena dengan saya ? "

" Aku nak kau ikut . "

Membulat biji mataku mendengar jawapan dia . Biar betul nak aku ikut ? Ishh , tak naklah aku ! Nanti asyik kena marah memanjang dengan dia .

" Err ..Maaf , rasanya saya tak boleh ikut encik . Kalau saya ikut encik pergi outstation , nanti siapa nak jaga hero-hero encik tu ? Kasihan nanti Datin Izzah penat jaga diaorang . "

Encik Ayriel sudah pandang aku tajam . Okay , aku tak suka dia tengok aku macam tu . Ngeri !

" Boleh tak bagi aku cakap dulu sampai habis , baru kau cakap . Ni tidak , aku belum habis cakap lagi kau dah gelabah biawak . "

Aku tersengih kecil . Malu ! Kan dah kena marah . Tu lah kau , Liya ..Lain kali dengar dulu , ni tidak terus aku buat keputusan .

" Aku pergi sana bawa anak-anak aku . So , nak tak nak aku kena juga angkut anak dara Encik Luqman ni sekali . Kalau kau tak ikut , siapa nak jaga si tiga ketul tu ? "

Aku menahan tawa apabila Encik Ayriel menggelar anaknya dengan ' tiga ketul ' . Ada ke patut cakap macam tu . Haihh ..

" Tapi , Encik Ayriel ..Ayden dengan Ayad kan sekolah . Tak akanlah diaorang pun kena ikut ? Sekolah nanti macam mana ? "

" Soal tu kau tak payah risau . Aku dah settle kan semuanya . Sekarang ni cuma tinggal kau sorang je . Kau nak ikut ke tak ? "

Aku dalam dilema . Kalau ikut kata hati , tak nak . Padahal lebih kepada malas hahaha . Tapi bila difikirkan balik , kasihan pula Encik Ayriel nanti dekat sana nak handle kerja lagi , anak-anak lagi .

" Kalau saya kata tak nak ikut ? "

Aku cuba bermain tarik tali . Mana tahu dia bagi aku cuti sepanjang dia outstation ? Alhamdulillah !

" Separuh daripada gaji kau aku tolak . "

Aku terngadah . Biar kebenaran ?! Separuh dari gaji aku ? Bulan ni gaji aku RM3000 , means kalau dia tolak separuh , gaji aku tinggal RM1500 je lah ? Huwarghhh duit terbang !

" Hishh , ya lah saya ikut . Dasar duda kedekut ! "

Ya , dia memang kedekut . Dengan pekerja pun nak potong-potong gaji . Aku potong kau punya tut kang , nangis ! Ya tuhan , apa kau merepek ni Liya ? Gatal nauuu !

" Potong RM500 sebab kau kata aku kedekut . "

Aku memandangnya geram . Eeii.. kalau kau laki aku , dah lama aku ajak smackdown . Fikir kau dengan aku bukan muhrim , aku batalkan niat . Tak apa . Ada ubi ada batas , ada hari Liya balas . Huh !

Tidak mahu terus berada di situ , terus aku angkat punggung dan berlalu pergi meninggalkan Encik Ayriel di situ seorang diri . Sempat telingaku menangkap bunyi gelak tawanya . Huh , sungguh menyebalkan .

" Selamat malam , sayang ! "

Usik Encik Ayriel dengan ketawanya yang masih belum reda . Aku hanya buat pekak . Tahu akan niat lelaki itu yang hanya sekadar bergurau . Biarlah duda tu , nanti dah penat diamlah dia .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now