Bab 20- April fool

26.4K 1.5K 184
                                    

Erina dan Waniy di hadapan aku pandang gugup . Macam mana aku tak  gugup dah kalau diaorang pandang aku macam telan .

" Kau jangan main-main , Liya . Ni soal masa depan kau tau . "

Erina mula mengeluarkan suaranya . Waniy pula kekal tenang dari tadi . Tiga cawan capocino ice di atas meja itu aku tenung lama .

" Entahlah , aku pun tak tahu nak cakap macam mana . "

Waniy sudah memanggung kepala mendengar jawapan Aliyah .

" Okay look , Liya . The way on how abang aku propose kau , apa yang kau rasa masa tu ? "

Aku mengetap bibir . Bohonglah kalau aku cakap aku tak gembira , semestinya gembira bila crush ajak kahwin .

" A-aku tak tahu . Tapi masa tu jantung aku betul-betul rasa macam nak meletup . Berdebar-debar . Kenapa aek ? "

" Kalau macam tu , means kau memang cintakan abang akulah ni a.k.a encik Ayriel awak ? "

Aku menjeling Waniy sekilas . Dia dengan abang dia ni sama saja dua kali lima , menjengkelkan . Nasib dua-dua aku sayang , hmm ...

" Kan aku pernah bagitahu kau , aku sukakan dia . Means , aku cintakan dialah . Aduhaii kau ni . "

" Manalah aku tahu . Aku ingatkan kau main-main , tak sangka pula kau serius . "

Erina menggeleng kepala .

" Okay , pasal perasaan kau dengan encik Ayriel kita tolak tepi sekejap . Now on , aku nak tahu pasal anak-anak dia . "

Kata Erina . Nilah yang aku suka tentang Erina . Minah ni kalau apa-apa hal yang melibatkan kawan baik dia , mesti serius . Lainlah si Waniy ni , mana pernah serius .

" Kenapa dengan anak buah aku ? "

Waniy mencelah apabila anak-anak buahnya dijadikan topik perbincangan hari ini .

" Kau diamlah ! Aku tanya Liya , bukan kau . "

Aku ketawa kecil bila Erina membidas Waniy selamba . Waniy pula sudah tarik muncung sedepa .

" Liya..Kau sendiri pernah bagitahu aku anak-anak dia tak suka kau . Kau yakin ke boleh jaga diaorang tiga ketul tu ? Macam mana kau nak jadi mama dia kalau anak dia pun tak suka kau ? "

" Kau nak kahwin dengan lelaki anak tiga tau , bukan lelaki forever alone without any child around them . Bila melibatkan anak-anak nilah yang payah sikit . Kau dengan dia nak kahwin memang boleh , tapi kena fikir pasal anak juga sama ada three of them boleh terima atau tak . "

Aku diam mendengar bebelan Erina . Bebelan bermanfaat . Kalau tak bermanfaat , tak kuasa aku nak dengar .

" Ayman anak bongsu dia tu okay saja dengan aku . Cuma .. abang dia yang lagi dua orang tu aku tak pasti . Ayad pula sikap dia aku tak boleh jangka , kadang dia baik kadang dia 'savage'  . Ayden pula tak payah cakap , memang dari awal sampai sekarang dingin memanjang dengan aku . "

Aku memberitahu satu-persatu perangai anak encik crush kepada Erina .

" Ayden dingin ke ? Taklah , dia okay saja dengan aku . Ayad pula setahu aku dia memang baik . Antara tiga-tiga anak buah aku tu , aku rasa Ayden yang paling baik . "

Aku menjulingkan anak mata ke atas , Erina pula mencebik bibir menyampah .

" Sebab kau tu makcik dia ! Memanglah baik saja semuanya depan mata kau . "

Waniy mengangkat bahu . Lantaklah , malas nak fikir . Wajah Aliyah dia pandang .

" Kau yakin nak kahwin dengan abang aku ? Confirm ? "

" A-aku tak tahu nak bagi jawapan apa . Abang kau bagi aku tempoh sebulan untuk buat keputusan dan .. Kau tahu dia dah warning aku awal-awal . "

Waniy dan Erina berkerut dahi . Belum apa-apa lagi dah kena warning . Seriously ?

" Dia warning apa ? "

" He don't accept 'no' as the answer . "

👶👶👶👶👶

Ayden pantas mengejar langkah Ayriel sebaik melihat kelibat papanya itu turun dari tangga menuju ke dapur .

" Papa "

Langkah Ayriel terhenti dan tubuh dipusingkan ke belakang .

" Yes , Ayden ? What's wrong ? "

Sambil bertanya , Ayriel mencapai gelas tinggi . Peti sejuk dibuka lalu kotak fresh orange dia ambil . Air fresh orange seraya dituangkan ke dalam gelas tadi .

" Betul ke papa nak kahwin dengan kak Ali ? "

Tanya Ayden polos . Jika dengan Ayriel sahaja dia akan memanggil Kak Aliyah dengan nama Ali . Jikalau di depan pengasuhnya itu , barulah dia guna nama betul Kak Aliyah memandangkan dia sudah berjanji tidak lagi akan memanggil Aliyah itu dengan nama Ali .

Kau nampak tak si Ayden ni sebenarnya talam dua muka hahaha .

Tidak jadi terus Ayriel hendak minum apabila soalan itu yang terpacul dari bibir anak sulungnya .

Jeda seketika sebelum Ayriel melepaskan ketawanya kuat sehinggakan Ayad di ruang tamu berlari masuk ke dapur . Tidak faham dengan keadaan sebenar yang berlaku .

" Along , kenapa dengan papa ? "

Ayden mengangkat bahu . Dia sendiri bingung dengan papanya , tiba-tiba gelak serupa orang gila . Rasanya dah boleh kot isi borang masuk hospital sakit jiwa Tanjung Rambutan . Opps !

Sedaya upaya Ayriel cuba menamatkan gelaknya , tetapi tidak berjaya .

Setelah lama gelak tanpa mendapat sebarang sambutan dari anaknya , Ayriel kembali diam . Ayriel berdeham .

" God , come on Ayden .. It just a joke , no more than that . I don't mean it what I said before . "

Ayden semakin mengerut dahi .

" Then , why papa cakap papa nak kahwin dengan Kak Aliyah ? "

" Really ? Papa nak kahwin dengan kak Liya ? "

Giliran Ayad bertanya . Yelah , dia baru sampai kot tadi masa bapak dia tengah sibuk bantai gelak .

" Both of you tak ingat ke semalam berapa hari bulan ? "

Ayden dan Ayad menggeleng kepala . Semalam cuti , tak kuasa nak tahu semalam berapa hari bulan hahaha .

" 1st April , guys .. It's April fool ! "

Ayriel kembali bantai gelak , lawak sungguh baginya apabila dua anaknya itu mengambil serius terhadap lawaknya .

Tidak lama selepas itu , gelaknya diikuti Ayden dan Ayad . Haih , baru sekarang nak faham ke anak-anak ?

Gelak mereka bertiga terhenti tatkala telinga masing-masing menangkap bunyi seperti sesuatu terjatuh . Laju sahaja mata mereka dihalakan ke pintu muka dapur .

" Encik ingat lawak ke ? "

Ayriel tergamam .

Ayden dan Ayad terdiam .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now