Bab 28 - Bini baru ?

26.5K 1.5K 95
                                    

Bab kali ni sedikit panjang ya kawan-kawan . Selamat membaca :')

__________________________________

Setelah hampir tiga jam mengharungi lebuhraya , kami semua selamat sampai di kampung halaman milik opah majikanku . Aku tak tahu apa nama kampung ni , tapi yang pasti ia berada di Pahang .

Aku membawa diri keluar dari kereta . Ayman yang sedang pulas tidur di ribaku aku gendong perlahan . Tak mahu dia terjaga .

Sejak di RnR Karak lagi Ayman duduk di atas ribaku . Puas Ayriel pujuk Ayman duduk belakang dengan abangnya , tetap tak mahu . Makin disuruh makin dia melalak adalah . Akhirnya Ayriel mengalah . Aku memang tak kesah pun Ayman nak duduk dekat dengan aku . Lagi aku suka !

Ayriel pula awal-awal lagi dah keluar .  Sekarang si duda tu tengah keluarkan beg-beg dari bonet kereta .

Ayden dan Ayad masih lagi tidur di seat belakang sejak dari tadi lagi selepas masing-masing selesai buang hajat . Lega katanya hahaha !

" Assalamualaikum , mak .. "

Datin Izzah mencium tangan wanita tua yang sedang berdiri terpacak di tepi tangga sambil senyuman dari tadi tak lekang dari bibir . Tak cukup salam dan cium , dipeluknya tubuh wanita itu . Aku agak dialah opah encik Ayriel .

Selepas Datin Izzah bersalaman dengan maknya , giliran Dato' Ashraf pula yang menyalam . Menantu yang baik , bukan ?

" Balik pun kamu . Dah lama tak balik sini kan ? Ingatkan dah tak sayang mak . Hmm .. "

Datin Izzah dan Dato' Ashraf ketawa kecil .

" Opahhh ! Aduhh !  "

Mendesis sakit Waniy apabila opahnya memukul perlahan kepalanya dengan tongkat yang sentiasa berada di sisi wanita tua itu . Walaupun perlahan tetap sakit okay .

" Itu makan dia ! Kamu ni perempuan tahu ? Cubalah perangai tu elok sikit . Ini tidak , keluar kereta terus terpekik terlolong . "

Waniy mencebik bibir .

" Orang jerit sebab rindu opahlah . Opah tak rindu cucu opah yang cun , cantik lagikan menawan ni ke ? "

Mata dikerlipkan berulang kali . Acah comel gitu . Azriel yang baru muncul di situ memandang jelek . Spontan tangan menarik hujung tudung adik perempuannya itu dari belakang .

Waniy mengetap gigi kuat . Malaun manalah yang berani tarik tudung aku ni ?! Tubuh dibawa pusing ke belakang . Terhidang di matanya wajah beku Azriel . Selain Ayriel , Azriel ni pun sama beku .

Kadang dia juga pelik mengapa perangai kedua-dua abangnya beku lain macam . Agaknya kecil-kecil dulu suka duduk dalam peti ais kot .

" Kau ingat comel ke kelip-kelip mata macam tu ? "

" Eh comel okay ! Angah tu je yang jealous  lebih . "

Azriel tersenyum senget sebelum melemparkan ayat sarkastik buat Waniy .

" Kau tahu tak kambing kelip mata jauh lebih comel dari kau . "

Terus Azriel melangkah masuk ke dalam rumah . Tangan opahnya sempat dia salam dan pipi wanita tua itu dia kucup lembut .

" Mummy , tengok anak mummy yang seorang tu ! "

Waniy menghentak kaki tanda tak puas hati . Aku menggeleng kepala perlahan . Macam-macam hal !

" Eh , yang ni siapa pula ? Bini baru Ayriel ke ? "

Tanya opah apabila melihat gadis di sebelah Ayriel sedang berdiri sambil mengendong Ayman di bahu . Cantik budak ni ! Bisik hati kecil opah .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now