Bab 31 - Ayden

23.1K 1.4K 86
                                    

" Aku minta mummy dengan daddy masuk meminang kau . "

" Hah ?! "

Aku terkesima . Apakah ?

Aku tak boleh nak hadam apa yang tengah berlaku sekarang ni . Tuhan tolonglah katakan ini bukan mimpi !

A-Ayriel tengah lamar aku ke ? YA ALLAH , aku nak pitam .

Aku dekat water park ni weyhh . Kalau tengah candle light dinner aku boleh terima lagi . Agak-agaklah Ayriel woii ..

" Bulan ni bulan april fool ke ? Tak kan ? "

Ayriel tergelak kecil . April jadahnya ! Dah masuk bulan lima . Mana ada april fool lagi . Aduhai ..

" Tak . Kali ni betul-betul . Aku tak main-main . "

Aku mati kata . Tak tahu nak cakap apa . Speechless .

" Bukan encik tak suka saya ke ? Kalau tak suka kenapa lamar ? "

" Tapi kau suka aku kan ? "

Soalan aku dibalas dengan soalan . Jantung aku dari tadi lagi berdetak laju macam baru lepas kena kejar dengan Usainbolt , si pelari pecut dunia .

[ betul tak nama pelari pecut dunia tu ? Kalau salah , tolong direct comment ya .. ]

" Ni soal masa depan saya , encik . Saya mengaku saya memang sukakan encik , memang saya nak kahwin dengan encik . Tapi kahwin atas dasar cinta . Bukan paksa . Dah nak masuk tahun 2020 , ada lagi ke perkahwinan atas dasar paksaan ? "

Jeda .

" Sebab tu saya minta encik bagi saya peluang untuk buat encik jatuh cinta dengan saya tempoh hari . Saya tak nak perkahwinan kita nanti buat encik rasa terpaksa . "

Sambungku lagi . Ya , aku masih lagi terkejut dengan kenyataan lelaki tadi . Angin tiada ribut tiada tiba-tiba nak masuk meminang . Kau rasa ?

" Aku cuba belajar untuk cintakan kau walaupun mungkin terpaksa ambil masa yang lama . Tak apa , kita tunang dulu .  Buat ikut adat orang Melayu . Aku dah plan sebulan kita tunang , after that baru nikah . Dalam tempoh sebulan tu mungkin cukup untuk aku kenal kau dengan lebih dalam . "

Jawapan Ayriel sedikit sebanyak menyebakkan hatiku . Dia cuba untuk belajar cintakan aku ? M-maksudnya dia dah boleh terima aku masuk dalam hidup dialah kan ?

" Kenapa encik nak kahwin dengan saya ? Bukan dulu encik ke yang beriya kata tak nak . Kata saya gediklah , mengada-ngadalah .. "

Ayriel memandang aku lama . Subhanallah , janganlah pandang aku lama-lama . Iman yang hampir berterabur cepat-cepat aku kutip balik . Allahu , zina mata hoii .. Bahaya mamat ni .

Lagi lima minit aku cair . Percayalah .

" Tak dapat nafikan kau memang gedik nak mampus , mengada-ngada , miang pun ada kadang-kadang . Tapi sepanjang aku kenal kau .. You're the only one yang faham anak-anak aku . Kau seorang je yang boleh bertahan dengan perangai diaorang . Sebelum kau jadi pengasuh anak aku , berderet pengasuh yang aku upah . Tapi semuanya berhenti tak sampai sebulan . "

Ayriel menggeleng kepala mengenangkan perkara itu . Ayden dengan mulut longkang sepertinya dan Ayad pula dengan perangai suka mendengki . Mahu tak berhentinya pengasuh-pengasuh yang diupahnya .

" Kau dah nak masuk tiga bulan kerja dengan aku . Kau sayang anak-anak aku macam kau sayang anak kau sendiri . Kau jaga Ayman dengan baik .

Perangai Ayad pun kau pandai kawal . Cuma Ayden .. Aku tahu bukan senang nak handle mulut laser dia tu . Bukan senang nak handle sikap dingin dia .Tapi percayalah , Ayden budak baik . Cuma mungkin apa yang berlaku antara aku dengan Bella dulu beri effect pada Ayden punya emotion . "

SUPER MAMA Where stories live. Discover now