Bab 33 - Masuk meminang

23.6K 1.4K 81
                                    

Sedar tak sedar sudah seminggu aku dan keluarga Ayriel menetap di kampung opah . Yasri dan isterinya , Intan sudahpun balik ke Kuala Lumpur . Keluarga-keluarga yang lain pun sudah lama pulang ke Kuala Lumpur juga .

Hari ini kami semua akan turun ke Johor . Untuk apa ek ? Korang tahu kan ?

Hmmm .. Dato' dengan datin nak masuk minang aku untuk anak sulung dialah ! Yeay tak syabarrrnyaaa !

" Minta maaflah opah tak dapat ikut kamu ke Johor sekali . Jangan lupa kirim salam mak abah Liya yaa ? Lepasni dah jadi tunang Ayriel , senang-senang datanglah sini lagi . Lepas jadi bini , nak datang sini tiap hari pun opah tak kisah . Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk bakal cucu menantu opah yang satu ni haa .. " , ujar opah sambil sempat tangannya mencubit lembut pipiku .

Aku tersengih suka . Ayriel di sebelahku pula mengusap belakang lehernya , tabiat yang selalu dibuatnya setiap kali rasa malu bertandang .

" Daddy nanti on the way balik singgah warung Haji Rashid sekejap ae ? ", Azriel menyelit tiba-tiba .

Beg luggage di sisi diangkat Azriel dan di masukkan ke dalam bonet kereta . Dato' Ashraf dan Datin Izzah memandang sesama sendiri .

" Angah nak buat apa singgah sana ? Tak cukup lagi ke melantak ABC dua mangkuk dua hari lepas dan dua mangkuk lagi semalam ? " , tak sempat Dato' Ashraf hendak bertanya Waniy terlebih dahulu menyoal .

" Nak jumpa awek jap . Boleh ae daddy ? " , jujur Azriel terus terang .

Dato' Ashraf sekadar mengangguk . Kalau dia kata tak mahu , anaknya itu tetap akan memaksa dia juga di pengakhirannya nanti . Nak buat macam mana , anak aku dah gatal sangat nak jumpa awek . Layankan jelah .. bisik hati kecil Dato' Ashraf .

Usai bersalam-salaman melepaskan rindu buat kali terakhir , kami semua mula bergerak meninggalkan perkarangan kediaman opah .

Aku macam biasalah , balik naik satu kereta dengan Ayriel . Ayden dengan Ayad masuk saja kereta terus terbongkang tidur di seat belakang . Ayman di pangku aku pula diam bermain dengan kereta mainan .

Seperti yang dipinta Azriel tadi , Dato' Ashraf berhenti singgah di warung Haji Rashid .

Manakala aku dan Ayriel memilih untuk meneruskan perjalanan . Ayriel kata cepat sikit sampai nanti . Ecehh , cakap jelah tak sabar nak jumpa mak abah aku ! Huhuhu ..

" Cepat sikit , ngah . Kang lambat pula kita sampai rumah mak ayah Aliyah nanti . " , Datin Izzah memesan . Azriel menjatuhkan kepala lantas keluar dari perut kereta .

Mata Azriel melilau keliling warung itu mencari kelibat Nadhirah . Mana dia tahu nama gadis itu Nadhirah ? Heh , ini Azriel Ishraf lah . Setakat cari tahu nama gadis idamannya itu , petik jari jelah weyhh !

" Lalingg ! Lalingg lalingg ! Biy datang ni ! "

Jerit Azriel selamba memanggil Nadhirah . Pandangan pelik daripada pelanggan-pelanggan di situ langsung tidak dihiraukannya .

Nadhirah di dapur pula mengerut dahi . Anak beruk mana pula yang terlepas ni ? Terpekik terlolong !

Langsung tubuh dibawa keluar dari dapur . Automatik mata menyapa pandangan seorang lelaki yang amat dikenalinya . Huh , lelaki yang cukup menjengkelkan sepanjang dia berada di kampung ini .

" Ehh hai , lalingg ! Biy datang ni .. Rindu biy tak ? ", sapa Azriel mesra kepada Nadhirah . Nadhirah menapak maju ke arah Azriel di bawah pokok mangga .

" Laling lalingg ! Saya ada namalah . Nadhirah . Nurul Nadhirah Binti Ahmad Rusli . ", marah Nadhirah .

" Ouh , Nurul Nadhirah Binti Ahmad Rusli . Okay , nanti aku masukkan nama kau dalam borang nikah kita ae ? Aku tahu kau tak sabar nak aku jadi laki kau kan ? Tak apa , kau sabar dulu jap . Tak lama lagi kita kahwin . Yeay ! "

SUPER MAMA Where stories live. Discover now