Bab 32 - kosong satu ..

23K 1.4K 159
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba . Alhamdulillah .. Yasri dan pasangannya sudah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz semasa akad nikah siang tadi . Hmm .. Aku dengan Ayriel bila lagi ? Eh !

Aku mengenakan baju kurung Pahang modern berbunga kecil merah jambu serta dipadankan pula dengan bawal berwana dusty pink untuk majlis kenduri kahwin yang sedang berlangsung tika ini .

Seperti yang kau orang semua boleh agak , ya baju aku dengan Ayriel sama warna ! Biru biru gitu .. Kenapa aku pilih untuk pakai biru ? Sebab masa Ayriel bertekak dengan Azriel hari tu aku mengendap dari jauh . Dengar je Ayriel kata nak pakai warna biru , langsung aku berpatah balik ke bilik capai baju kurung warna biru . Bijak tak saya ?

Hasilnya , tadaaaaa ! Baju aku dengan baju Ayriel anak-beranak sama warna you alls ! Dah macam hari raya pakai baju sedondon hahaha ..

Tapi ada satu je yang spoiled keadaan . Kau tahu apa ?

Azriel .

Mamat ni memang spesies kepala batu betul . Sibuk juga nak pakai warna biru ! Banyak kali ditegah Ayriel tetap tak mahu . Aku suruh dia tukar pakai baju melayu warna lain pun tak nak . Dasar penyibuk kau , Azriel !

" Liya.. Ada nampak Ayriel tak ? "

Azriel menegurku dari belakang . Aktiviti menyuapkan Ayman makan tergendala seketika . Aku mengangkat bahu tidak tahu .

" Haish , bakal tunang kau ni menyusahkan aku betullah ! "

Aku tersipu malu bila Azriel menggelar Ayriel bakal tunangku . Auch , cepatnya kau bertindak Azriel ..

" Ada apa awak cari dia ? Datin panggil ke ? "

Ayman dipangku aku kembali suap . Hari ni aku tak boleh nak berjalan bebas ke sana sini . Semuanya kerana Ayman yang langsung tak mahu berenggang dengan aku . Niat nak bantu apa yang patut pun terbantut bila opah sendiri larang , suruh jaga Ayman .

Entah kenapa hari ni Ayman banyak meragam . Nak kata demam tak . Asyik nangis saja dari pagi tadi . Pantang aku hilang sekejap dari matanya , terus melalak budak kecil ni . Risau aku dibuatnya .

" Taklah .. Aku nak ajak dia minum ABC dekat warung Haji Rashid . "

Jawapan Azriel membuatkan aku melopong . Tangan naik menepuk dahi .

" Seriously , Azriel ? Orang semua tengah sibuk tolong uruskan kenduri kahwin Yasri , awak boleh pula nak ajak Ayriel minum ABC ? "

Azriel menjulingkan anak matanya ke atas .

" Eh suka hati akulah . Apahal ? Tak boleh ke ? Dosa ? "

Dalam diam aku mendecit perlahan .

" Tak , tak dosa pun ! Tapi tak manislah awak buat macam tu . "

" Alah ni bukan majlis aku pun . Yasri yang kahwin , biar dialah yang uruskan . Kau tak payah risaulah .. Nanti kau kahwin dengan Ayriel aku tolong uruskan dari awal sampai akhir . "

Sekali lagi Azriel buat aku tersenyum malu . Kan aku sudah bilang , Azriel maju setapak dari aku .

Tiba-tiba kelibat Ayriel yang sedang duduk bersama Yazid di bawah khemah menyapa pandanganku .

" Tu haa Ayriel .. Dekat bawah khemah dengan Yazid . " , jari telunjuk spontan menunding ke arah Ayriel .

Tanpa banyak soal , laju saja Azriel berjalan meninggalkan Aliyah mengorak langkah ke arah abang dan sepupunya . Sempat dia berterima kasih terlebih dahulu sebelum ke sana .

" Papa ! "

Sapa Azriel sebaik saja sampai di meja bulatan yang sedang diduki Ayriel dan Yazid .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now