Bab 19 - I'm serious

27.1K 1.6K 92
                                    

Jom kita kahwin .

Sepotong ayat itu sudah cukup buat diri Ayriel benar-benar terkejut sehingga kini . Bukan main laju lagi jantungnya bila Aliyah selamba sahaja berkata sebegitu .

Bila diingat balik , rasanya sama seperti mula-mula dia berkenalan dengan Bella Eryana . Bekas isterinya . Tetapi itu dulu , sekarang tidak lagi . Makin benci ada lah . Kot ..

Entahlah , dia pun tak pasti sama ada masih ada atau tidak rasa sayangnya pada bekas isterinya .

Betullah orang kata , first love memang susah nak dilupakan .

" Haish , minah ni suka buat aku berdebar . "

Dia bermonolog sendirian .

" Kenapa dengan aku ni ? Fokus , Riel . Fokus ! "

Gara-gara Aliyah , semua kerja yang perlu dia selesaikan hari ini tergendala . Kuat betul penangan perempuan tu .

' Ke aku dah fall in love ? '

' Tak mungkinlah . Tak macam cepat sangat ke nak jatuh cinta ? '

' Ya , kau dah jatuh cinta pada dia . Kalau kau tak jatuh cinta , kau tak akan ambil serious apa yang dia cakap tadi . '

' Ehh , taklah . Kau tak cintakan dia , kau cuma sukakan dia . Cinta dengan suka lain maksudnya . '

Ayriel sudah berperang dengan hati dan fikirannya . Betulkah dia sudah jatuh cinta pada Aliyah ?

" Haish , nonsense ! "

👶👶👶👶👶

" Kak Liya... "

Itu dia , mendayu-dayu suara Ayad panggil aku . Adalah tu nak minta sesuatu . Faham sangat perangai budak ni .

" Ayad nak apa ? "

Ayad tersengih kecil . Jari telunjuk kanan dan kiri disatukan , acah-acah comel gituu .

" Ermm , Ayad nak .. Kek coklat , boleh ? "

Seketika keningku berkerut . Tak pernah-pernah minta kek coklat , hUari ni tiba-tiba nak ?

" Okay , boleh . Ayad nak kek coklat kat kedai mana ? Secret Recipe ? "

Ayad menggeleng . Wah , ni pelik . Selalu bila orang sebut kek dekat Secret Recipe , beratur panjang orang nak beli . Tapi , Ayad tak mahu ?

" Ayad nak kak Liya buat . Boleh ? "

Aku menggaru kepala yang tidak gatal di sebalik tudung .

" Akak bukan tak nak buat , tap- "

" Alahh bolehlah . Kali ni je .. "

Aduhai , ni yang aku tak suka ni . Ayad suka buat aku serba salah nak tolak tau . Aku baru ingat nak keluar jalan-jalan dengan Waniy .

" Haih , yelah yelah . Nanti akak buat . "

" Tak nak nanti . Nak sekarang ! "

Aku menggeleng kepala . Boleh botak kepala aku lama-lama kalau terus layan perangai mendesak Ayad ni . Anak bapak dua-dua sama !

" Nantilah . Sekarang akak kena tengokkan Ayman dulu . Lepas Ayman tidur baru akak buat kek . "

Ayad merengus kasar . Aku dijelingnya tajam . Haa dah mulalah tu perangai asal dia !

" Cakap jelah kak Liya tak nak buat , kan ? "

Aku mencebik dalam diam . Haih budak ni lahh .

" Bukan . Kalau Ayman tak tidur , susahlah nanti Ayman kacau . Sebabtu kena tidurkan Ayman dulu , faham ? "

SUPER MAMA Where stories live. Discover now