Bab 47 - Jijik

36.7K 1.6K 367
                                    

Hai,awak semua .. Sebelum baca bab ni, saya nak promote satu story kawan saya.Cerita dia baru lagi,tapi sumpah best lagi-lagi yang memang minat kpop tu kan .. haa korang patut singgah cerita ni .Happy reading ! 🌸

Best friend - taerawr-




Ayriel memandang sekilas isterinya di seat penumpang sebelahnya. Muka berkerut habis! Nasib baik comel,kalau tak dah lama dia tinggalkan Aliyah di tengah-tengah lebuhraya ini.

Teruk dia kena pukul dengan isterinya subuh tadi. Kau bayangkan pagi-pagi buta Aliyah belasah dia hanya kerana dia tidak memberitahu gadis itu hari ini mereka akan ikut opah ke kampung. Tangan berurat dia habis calar akibat dicakar Aliyah.

Bukan setakat cakar saja,telinga dia juga menjadi mangsa gigitan Aliyah. Haihh isteri .. Tahulah marah lagi pasal hari tu,janganlah sampai telinga dia pun nak digigit. Aset mahal ni!

Ayriel memang sengaja tidak memberitahu Aliyah kerana dia yakin gadis itu akan berkeras menolak tidak mahu ikut.Lagi-lagi selepas apa yang berlaku sebelum ini,pastinya Aliyah tidak mahu mendekati dirinya.Tapi dia kesah apa.Bini aku kan? Suka hatilah.Bluerkk!

Amarah Aliyah semakin tinggi apabila Ayriel memberitahunya anak-anak tidak perlu dibawa bersama.Hanya dia dan Aliyah berdua saja.Anak-anak kenalah bagi aku chance mama dengan papa diaorang honeymoon kejap.Barulah boleh dapat adik cepat.Ops!

" Kau marah aku lagi ke? "

Ayriel bersuara memecah kesunyian.Sempat dia menangkap tubuh wanita tua,opahnya yang sedang nyenyak tidur di belakang sebelum matanya kembali fokus kepada pemanduannya.

Aku diam membisu tidak menjawab . Biarlah dia nak cakap apa,aku sudah tidak peduli.Sungguh aku masih lagi terkejut dengan tindakannya yang tiba-tiba mahu membawaku ke kampung opah.

Bangun saja dari tidur mataku terus dijamu dengan dua beg bagasi milik dia dan suami.Ayriel pula boleh tersengih kambing di hadapannya.Ya,mulanya memang aku marah sebab dia langsung tak bincang dengan aku pasal ni.Sekali lagi aku terasa hati aku dengannya.Aku ni siapa sebenarnya pada dia?Isteri atau cuma teman sebilik?

Lagi aku angin bila anak-anak tak dibenarkan ikut.Sebolehnya aku pujuk Ayriel supaya bawa Ayad.Tak dapat bawa Ayad,bawa Ayman pun jadilah.Nak bawa Ayden tak boleh memandangkan anak lelaki itu perlu bersekolah
Tetapi Ayriel langsung tidak menghiraukan rayuan.

Kadang aku tertanya juga,Ayriel ni masih lagi tak faham atau pura-pura tidak faham.Dengan apa yang berlaku baru-baru ini.dia ingat aku boleh terima macam tu sajakah?Dia tak faham ke aku masih lagi perlukan ruang untuk memaafkannya?

Tangan Kiri Ayriel mencapai tangan Aliyah yang berada di peha itu.Sementara sebelah tangan lagi tenang mengawal stereng kereta. " Sayang aku cakap den-- "

" Jangan sentuh saya ! ",belum sempat Ayriel menghabiskan ayatnya,aku laju memotong.Tangannya juga aku tepis.

Ayriel jelas tergamam sesaat." Sayang kau kenapa ni? "

" Tak jijik ke sentuh perempuan murahan macam saya ? ". Penuh sinis aku menyoal.Wajahku langsung tidak mahu memandangnya.Takut diri sendiri akan tewas di akhir nanti.

Ayriel mengetap rahang . Jelas terbentuk urat-urat tegang di tengkuk dan leher lelaki itu . Dia sendiri sudah berjanji supaya bijak mengawal barannya setiap kali bersama Aliyah . Tidak mahu pisang berbuah dua kali .

Ayriel mengeluh perlahan . " Jangan sebut lagi benda macam tu, aku tak suka. Kau bukan perempuan murah, kau isteri aku. "

Serta-merta empangan air mataku pecah gugur satu persatu membasahi pipi. Wajah kekal menghala ke luar tingkap, langsung tidak berniat mahu memandang Ayriel di sebelah. Isteri ?

SUPER MAMA Where stories live. Discover now