Bab 43 - Game start

25.4K 1.5K 443
                                    

Ayriel memandang dingin figura manusia di hadapannya . Sebolehnya dia cuba mengelak daripada bertembung dengan wanita itu , tetapi atas faktor kerja mahu tak mahu dia terpaksa terima .

Pandangan Bella terhadapnya sedari tadi juga seperti mahu menggodanya . Dengan pakaian wanita itu yang mengenakan dress ketat paras peha sudah cukup membuatkan Ayriel sesak nafas . Jelas menampakkan lekuk tubuh badan gadis itu .

Mata dipejam sesaat menahan amarah . Be professional , Ayriel .

" Kita proceed terus pada agenda asal . Mana tender resort tu ? Let me see first , kalau tak kena dengan citarasa I .. Automatik kerjasama antara syarikat I dengan QR Holdings terbatal . "

Ayriel bersuara setelah lama berdiam diri . Duduk lama-lama dengan gadis itu boleh buat dia naik gila .

Bella tersenyum senget . " Why so rushing , dear ? Masa panjang lagi kan .. Why not kita lunch dulu ? "

" I tak ada masa nak main-main , Bella . So please .. "

" Baby , please jangan macam ni . I miss you a lot . " serentak tangan Ayriel di atas meja itu dicapainya lalu digenggam .

Ayriel tersentak sebelum merentap kembali tangannya daripada terus dipegang Bella . " Are you insane ?! "

" Jangan jadi bodoh , Bella . I datang jumpa you sebab nak bincang pasal tender Cherating resort . Bukan nak layan karenah tak semenggah you ni ! "

Marah Ayriel dengan suara ditahan sedikit . Tidak mahu pelanggan lain memandang pelik kepada dirinya dan gadis di hadapannya itu .

" I tak sangka you dah banyak berubah sejak berkahwin dengan orang gaji tak sedar diri you tu . I thought you still love me ! "

" Watch your mouth , Bella . Dia isteri I , bukan orang gaji ! "

" Tak kesahlah dia isteri you ke orang gaji ke , dia tetap dah rampas you dari I ! "

Ayriel meraup wajah kasar . Lain yang dirancang , lain pula yang dihadapnya . " Dalam hal ni tiada istilah rampas . You're the one yang tinggalkan I and she's the one yang ada dalam hati I . Please .. I tak nak campur adukkan masalah peribadi dengan kerja . Be professional , Miss Bella Aryana . "

Bella mengetap bibir . Ada benar juga apa yang lelaki itu katakan . Sepatutnya dia harus lebih profesional dalam hal ini . Hal peribadi tidak sepatutnya dibawa sama dengan kerja .

" Fine . I'm sorry .. "

Ayriel menghela nafas lega . " It's okay , no biggy . "

Bella tersenyum kecil sebelum masing-masing mula membincangkan projek resort di Cherating . Ayriel tampak begitu fokus dalam memahami segala yang diterangkan Bella .

Ternyata gadis itu bukan biasa-biasa dalam bidang perniaagaan . Tidak menyangka dalam tempoh tiga tahun ini Bella sudah pun bergelar business woman yang berkhidmat di bawah syarikat papanya sendiri iaitu QR Holdings .

Dia sangkakan gadis itu seorang model memandangkan itu impian Bella semenjak dari zaman kahwinnya dulu . Tapi itu semua dulu .

Masa berlalu begitu pantas . Tahu-tahu saja jam sudah menunjukkan angka 2 petang .

Ayriel bergegas mengemas segala kertas-kertas di atas meja . Dah lambat oi !

Masaklah dia nanti . Sudahlah dia berjanji dengan Aliyah pagi tadi ingin balik ke rumah untuk maka tengah hari bersama-sama . Pasti isterinya itu sedang tertunggu-tunggu kehadirannya di rumah .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now