Bab 46 - Benci

34.5K 1.7K 569
                                    

Suasana Villa hari ini riuh-rendah dengan suara sedara-mara Ayriel yang datang bertandang tiba-tiba . Nak katakan hampir semua ada sedara-maranya ada di sini . Paling mengejutkan opah juga ada sekali .

Anak-anak kecil pula riuh suara mereka bermain . Ayden , Ayad dan Ayman apa lagi ..Sukalah diaorang ada geng . Seorang terjerit-terjerit , seorang lagi mulut bising menceritakan dapat mainan baru , ada pula yang diam saja ketika bermain .

Haih budak-budak ..

Ayriel mendongak memandang ke arah tangga . Dia sebenarnya sedang menantikan kehadiran Aliyah untuk turun ke bawah . Risau hatinya bila isterinya tidak turun dari pagi tadi . Sekarang sudah masuk tengah hari , kelibat Aliyah masih lagi belum muncul . Tak laparkah dia ?

Dalam diam dia mengeluh perlahan . Perbuatannya sempat ditangkap Datin Izzah . Bukan dia tidak tahu anaknya itu sedang risaukan isteri , tapi nak buat macam mana memang salah anaknya sendiri . Buat keputusan tanpa berbincang .

" Erm mak dengan yang lain makanlah dulu . Izzah nak cakap dengan Ayriel sekejap . " serentak Ayriel memandang mummynya . Datin Izzah cuma tersenyum nipis .

" Eh cakap jelah dekat sini . Boleh tumpang dengar ! ", seloroh Yazid selamba sambil terkekek suka . Tajam mata Puan Yani , ibu Yazid memandang anaknya itu . Tidak gemar dengan tingkah Yazid tadi . Balik nanti memang dia hambat budak ni guna penyapu kasi sedar .

Datin Izzah gelak halus . Langsung tidak ambil hati dengan anak muda itu , tahu ianya cuma gurauan . Anak mata dilarikan kepada Ayriel meminta lelaki itu mengikut langkahnya . Ayriel tanpa banyak soal membuntuti mummynya di hadapan menuju ke gazebo .

Waniy memerhati dari jauh . Melihat muka serabut abang sulungnya itu membuatkan dia jadi serba salah . Bukan ini yang dia mahu ! Dia mahu lihat Aliyah seorang saja yang sengsara , bukan Ayriel .

Azriel mengerling lama Waniy yang dari tadi merenung abangnya tak lepas . Dia bukan mahu menuduh Waniy yang bukan-bukan , tetapi dia cuma pelik . Ke mana gadis itu keluar semalam ? Langsung tidak pulang ke rumah .

Seharian suntuk Azriel menunggu adik perempuannya itu pulang ke rumah , namun sia-sia kelibat gadis itu langsung tidak muncul . Siang tadi jam sepuluh pagi barulah Waniy balik ke rumah . Katanya tidur di rumah kawan . Boleh percaya ke ?

Azriel mendekatkan dirinya kepada Waniy lantas punggung dihenyakkan di sebelah adiknya itu . Serentak itu Waniy menoleh memandang Azriel . Kening dijongketkan kepada lelaki itu .

" Kau tidur mana semalam ? ", soal Azriel sekadar berbasi-basi . Meskipun dia sudah tahu jawapan yang bakal keluar dari mulut gadis itu , sengaja dia bertanya begitu . Tidak mahu tergesa-gesa .

" Kan dah cakap pagi tadi adik tidur rumah kawan . " Waniy membalas tenang .

" Kenapa tak balik je sekali dengan Aliyah semalam ? "

Waniy merengus kecil . " Aliyah yang nak sangat balik cepat , katanya risaukan anak-anak . Waniy biarkan jelah . Tak tahu pula dia punya risaukan anak-anak tu sampai melencong ke tempat lain . "

" Kau percaya Aliyah buat macam tu ? "

Waniy mengangkat bahu . " Dah ada bukti depan mata , takkan nak buat bodoh pula . Dah jelas dekat situ dia menggatal dengan lelaki lain . "

Azriel menggeleng kepala kesal . " Tak sangka abang dengan adik sama-sama bodoh . "

Sejurus itu Azriel mengangkat kaki berlalu pergi dari situ . Terkurung dalam bilik lagi bagus daripada hadap manusia yang bercakap tidak menggunakan akal . Penat !

Waniy menjulingkam matanya ke atas . Kata orang bodoh , dia pun sama bodoh . Huh ! Telefon di koceknya Waniy ambil lalu nombor telefon seseorang dia dail .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now