Bab 50- rendang

25.4K 1.5K 341
                                    

Kaki diatur perlahan menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Benda boleh rileks, buat apa laju-laju. Kang jatuh tangga dia juga yang susah. Tak pasal-pasal masuk hospital.

Ingat nak naik lift, tapi sebab hari ni terlebih rajin jadi dia gunalah tangga. Exercise giteww!

Dari jauh lagi Azriel sudah dapat dengar suasana riuh di bawah dengan suara Ayden terkekek suka. Aik, elok pula mood budak tu hari ni?

Suara perempuan juga dia dengar, tetapi tak pasti pula siapa. Tak dapat nak agak suara siapa. Maklumlah, dia cuma tahu suara gadis pujaan hatinya saja, Nadhirah. Heheheheh.. Malu-malu anjinglah!

Langkahnya terhenti apabila terasa kakinya dipegang sesuatu. Kepala dijatuhkan memandang ke bawah. Terjongket kening sebelahnya melihat Ayad yang sedang mendongak kepala memandangnya.

" Ayad.. Kenapa ni? Lapar ke? "

Kanak-kanak itu menggeleng kepala. Baru saja dia sarapan tadi, tak akanlah lapar lagi. Perut kita bukan macam perut uncle! " Mummy datang. "

Dua patah perkataan yang keluar dari mulut Ayad itu sudah cukup membuatkan telinga Azriel berdesing. Apa lagi wanita itu buat di rumah ini pagi-pagi buta? Nak tumpang mandi ke apa?

" Kenapa dia datang? "

" Manalah Ayad tahu. Ish, suka tanya soalan yang kita tak tahu tau! ". Haa amik kau setepek Ayad bagi.

Azriel mencebik bibir lalu anak buahnya itu dijeling. Apahal budak kecil ni? Emo mengalahkan orang period! Nak kata period tak sebab Ayad tak ada rahim.

Tapi Ayad ada burung. Ehem!

Azriel mengerut dahi apabila Ayad tiba-tiba menaikkan kedua belah tangan ke atas sambil memandangnya dengan sengihan di bibir. Dia minta peluk ke?

" Apa benda kau ni? ", sumpah dia tak faham.

Ayad merengus perlahan. Eei, dasar betul lah orang tua ni. Dah bagi signal paling senang pun tak dapat tangkap lagi. " Nak dukunglah! Kita malas nak jalan turun bawah. "

" Eh, kau ada kakikan? Haa jalan pakai kaki sendirilah! Tak ada tak ada, malas uncle nak dukung kau. Kalau ringan macam Ayman tak apa. Ni berat macam anak zirafah! "

" Eeii tipu tipu! Mana uncle tahu berat anak zirafah macam mana? Suka tipu orang, tak baik tau. Nanti neraka panggil! "

Azriel terngadah. Eeh budak kecik ni, lebih lebih nampak!

" Ish yelah! ". Tidak cakap banyak tubuh kecil Ayad didukungnya dengan tangan sebelah. Tak apalah, Azriel. Masa sekarang ni lah kau kena belajar dukung anak, nanti dah kahwin dengan Nadhirah, dah ada anak kan dah tak susah lagi. Hihihi tergedik sikit!

" Kan aku dah kata tadi. Kau ni berat, Ayad. "

" Mana ada berat! " Ayad menggeleng kepala menafikan. Suka macam tu tau!

" Ya. "

" Tak! ", Azriel tersengih sinis. Orang kalau kita cakap dia berat memang dia tak nak mengaku ae? " Ya, berat dosa. Sila taubat cepat! "

" Uncle! "

Kelat terus wajah Ayad di dalama dukungan Azriel. Tak nak kawan uncle! Uncle jahat! Azriel berdekah suka. Bukan selalu dapat kenakan budak mata besar ni!

SUPER MAMA Where stories live. Discover now