Bab 51- Malu

30.7K 1.8K 411
                                    

Nah, reward untuk korang yg vote Super Mama dekat Etherealaward2020. Terima kasih ❤️

———————————————————

Ayriel menghempaskan tubuhnya di atas katil sebaik saja T-shirt Polo biru tuanya dilucutkan dari badan. Tangan kanan naik menutup wajahnya lalu mata dipejam rapat.

Fuh, penat memandu dari Johor ke Kuala Lumpur tanpa henti. Berhenti pun cuma untuk buang air dan beli makanan sikit.

Sebelum bergerak ke Kuala Lumpur tadi sempatlah juga mereka singgah ke rumah ibu abah Aliyah. Dah alang-alang satu jalan, apa salahnya kan singgah walaupun sekejap. Buat Aliyah lepas rindu jadilah.

" Awak, pergi mandi dulu. Lepastu solat. Dah solat awak nak tidur sampai esok pun boleh. ", ujarku sambil mencabut pin pada tudung bawal yang dipakai tadi. Setelah itu tudung aku buka dan disangkutkan pada tempat penyangkut.

Melihat tiada respon dari Ayriel, memaksa aku untuk menapak ke arahnya. Sempat rambut yang tadinya disanggul aku lepaskan. Lega sikit tak adalah rasa berat sangat kepala ni.

Aku duduk di birai katil. Sekujur tubuh suami aku pandang lama. Haih,kasihannya suami saya. Penat sangat sampai kita cakap pun dia tak dengar.

Jam di dinding aku kerling sekilas. Hmm, sudah jam enam petang. Lagi satu jam saja lagi waktu akan bertukar ke maghrib. " Awak bangunlah. Mandi dulu ya? Nanti tak sempat nak solat. "

Ayriel tidak menjawab. Hanya deheman kecil saja yang keluar dari bibir lelaki itu.

" Awak bangunlah.."

" Aku ngantuklah, sayang. " seraya itu kepalanya dilabuhkan di atas peha Aliyah. Pinggang ramping isterinya dia peluk erat. Hmm baru sedap tidur.

" Eh! ", terkejut aku bila pinggangku dipeluk Ayriel tiba-tiba. Hmm mood manja dia dah sampailah tu. Rambut Ayriel aku elus lembut.

" Bangun ae? Mandi. Awak busuk! "

" Tak nak.. Nak tidur.. ", Ayriel merengek kecil. Wajahnya disembamkan pada perut Aliyah. Mata pula terkatup rapat. Jujur dia ngantuk sangat-sangat.

" No. Mandi dulu! ", tegas aku bersuara.

" Ten minutes please? Aku penat, ngantuk sangat-sangat ni. "

Melihat wajah keletihan Ayriel membuatkan hati aku jadi sayu. Keluhan perlahan dihela lepas. Tangan yang tadinya sibuk mengusap rambut Ayriel kini bertukar arah ke bahu lelaki itu pula.

" Tidurlah. Nanti saya kejut. " aku mengalah. Bukan apa, tengok muka Ayriel nampak penat sangat buat aku jadi tidak sampai hati hendak memaksa. Yelah, dia yang memandu tadi. Aku di sebelah rileks je nyenyak tidur berjam-jam.

" Ermm nak dodoi.." Ya Tuhan, manja betul suami aku ni!

Perlahan-lahan kelopak mata Ayriel menjadi layu. Tepukan perlahan pada bahunya berserta alunan ayat-ayat suci Al-Quran di tepi telinganya itu kedengaran sayup-sayup sahaja. Hanya beberapa saat saja, pandangan terus berubah gelap dan kosong. Terlene bersama senyuman di bibir.

Aku mengukir senyuman nipis. Haih, kasihan suami aku. Penat sangat! Bantal di sebelah kiri aku capai lalu perlahan-lahan kepala suami yang sedang berlabuh pada peha aku angkat. Penuh tertib aku lakukan supaya tidak mengejutkan tidur lelaki itu. Sejurus itu kepala Ayriel aku labuhkan pada bantal lalu bangun berdiri di birai katil.

" Saya mandi sekejap ya? Sayang suami saya yang hensem ni. "

Kucupan hangat singgah pada dahi luas Ayriel. Niat di hati nak cium bibir, tapi nantilah tunggu dia bangun. Baru syok! Rawr!

SUPER MAMA Where stories live. Discover now