Bab 2- Gajah

31.2K 1.7K 427
                                    

Aku memberhentikan kereta di hadapan sekolah Ayden. Golden Primary School . Private school kau! Aku dulu sekolah kerajaan je. Murah pun murah, tak payah susah-susah nak bayar yuran beribu-ribu.

Ouh lupa nak bagitahu. Datin Izzah aku angkut sekali ikut, senanglah aku nak tahu sekolah Ayden dengan Ayad. Tetapi Ayman aku tinggalkan di rumah. Budak tu tengah berdengkur dekat bilik Datin Izzah, tak sampai hati pula nak kejutkan.

Cakap pasal Ayad, aku dah ambil dia tadi. Tak dapat dinafikan lagi, anak-anak Encik Ayriel semuanya comel belaka. Ayad yang mengenakan baju taska kuning itu masih kekal comel meskipun sudah habis waktu sekolah. Lepas ambil Ayad, terus aku pergi ke pasar sekejap atas pintaan Datin Izzah. Katanya nak beli barang sikit.

Setakat ni, aku rasa Ayad macam tak berapa sukakan aku. Buktinya, tengoklah tadi masa Datin Izzah kenalkan aku pada dia sebagai pengasuh mereka adik-beradik, anak kecil itu langsung tak bagi sebarang riaksi.

Salam aku pun macam nak tak nak je. Haihh, Ayman tak suka aku. Takkanlah Ayad pun tak suka aku juga? Aku harap Ayden akan selesa dengan akulah. Tak mengapa, kita bersangka baik.

Mungkin dia penat, baru balik sekolah kan? Sekolah ke? Bukan taska?

Seketika lamunanku terhenti apabila sesuatu yang lembut menyentuh lenganku. Spontan kepala menoleh ke seat penumpang di sebelah.

" Tu, Ayden dah keluar. ", ujar Datin Izzah sambil memandangkan ke pintu pagar sekolah yang sudah dibuka.

Aku mengangguk lantas membuka tali pinggang kaledar dan keluar dari perut kereta. Datin Izzah juga begitu, cuma Ayad sahaja yang tidak keluar. Nampak gaya macam merajuk je,  siap tangan bersilang di dada.

" Nanny! "

Mata aku terus terarah ke arah kanak-kanak yang sedang berlari ke arah Datin Izzah. Nama pada nametag budak itu aku kerling sekilas. Ayden Irfan. Betul lahh kot, budak ni anak Encik Ayriel.

Aku lihat Ayden memeluk Datin Izzah erat. Dah macam lama tak peluk!

Tersentuh hati aku, tiba-tiba aku teringat akan ibu dan abah di kampung. Apalah yang diaorang buat dekat sana agaknya? Sihat tidak? Sudah makankah belum? Huwaa, Liya rindu ibu dengan abah!

" Nanny, siapa makcik ni? "

Membulat mata aku bila Ayden dengan penuh bangganya menggelat aku makcik. Makcik kau panggil aku ? Apa muka nampak macam makcik sebelah rumah kau ke Ayden hoii?

" Ayden sayang, nama akak Aliyah Natasha. Panggil akak Aliyah. Bukan panggil makcik, akak belum tua lagi sayang. Akak pengasuh baru Ayden dengan adik-adik yang lain. Selamat berkenalan! "

Tegurku dengan lembut . Bila tengok balik muka dia, sebiji macam muka papanya. Antara Ayden, Ayad dan Ayman, muka Ayden yang nampak betul-betul copy paste dengan Encik Ayriel. Hidung mancung sama, mata pun sama. Gaya rambut pun sama weyhh! Haish, handsome!

" Ayden sayang?  Euw, siapa sayang kau? "

Aku tergamam. Ya Allah, ni betul ke Ayden? Rude gila budak ni. Direct guna kau-aku. Aku cuba memaniskan muka, takpe... Dia budak lagi. Mengalahlah Liyah .

" Ayden, tak baik cakap macam tu. Nanny bagitahu papa nanti! "

Marah Datin Izzah. Tangan Ayden ditarik dan dibawa masuk ke dalam kereta Myvi ku di bahagian penumpang belakang. Bersebelahan dengan Ayad yang dari tadi sedang menarik muncung. Aku tak faham apa motif dia buat mulut itik tu , bosan mungkin?

" Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. "

SUPER MAMA Where stories live. Discover now