Bab 16- Anak

28K 1.6K 147
                                    

Imbas kembali dua hari lepas di Johor ..

" Kau jealous ? "

Tanya salah seorang gadis itu sinis . Aku jealous ? Huh , kau tunggu sekejap aku balas .

" Saya jealous ? Memanglah saya  cemburu ! Tu pun tak boleh nampak ke ? "

Kumpulan gadis itu tiba-tiba bantai gelak . Aku tahu celah mananya yang lawak . Diaorang tak gila kan ?

" You siapa sampai nak cemburu bagai ? He's nobody to you , okay ? So , jangan berlagak macam kau ni bini dia . "

Aku mula berasap . Dia boleh tanya aku ni siapa ? The hell , aku ni pengasuh anak-anak dia merangkap bakal bini dia . Ehh , over sangat kau ni Liya .

" Who said so ? Saya isteri dia . Awak semua apa tahu ? "

Jawab aku sarkastik . Huh , padan muka kau !

Gadis-gadis itu tergamam . Namun seketika mereka mentertawakan aku lagi . Motif ketawa ?

" Apa bukti kau ni isteri dia ? Impossible ! Dia tu handsome , bergaya , kaya . Tak padan langsung dengan perempuan miskin macam kau ! "

Sindir pedas gadis berbaju biru . Aku pula sudah lama berapi . Ni betul-betul melampau . Kalau betul pun aku miskin , apa hak dia nak hina aku ?

Baru sahaja aku hendak membalas , tiba-tiba sahaja sebuah suara menyapa ke arah kami .

" Sayang ! "

Aku menoleh . Encik Ay-Ayriel ?

Aku memandannya tak berkelip . Sa-sayang ?

Lelaki itu boleh pula dia naikkan tangan letak pada bahu aku . Acah-acah peluk gitu . Senyuman paling manis dia hadiahkan buat aku . Aku ? Rama-rama pun berterbangan di dalam perut .

#sayabahagia5minit

Jadilah bahagia lima minit dengan 'kerashh' .. At least merasalah juga . Kau ada ?

" Ada apa bising-bising ni , sayang ? Suara sayang tu dari jauh abang boleh dengar tahu ? "

Jantung aku mula memainkan peranan . Masa macam ni lah kau nak laju . Janganlah laju sangat , aku takut aku pengsan depan Encik Ayriel saja. Habis jatuh saham aku nanti !

" T-tak ada apa , enc- ehh abang . "

Jawabku sedikit gagap . Nampaknya Encik Ayriel cuba mengikut rentak permainan aku barangkali .

Gadis-gadis di hadapanku tadi sudah terkulat-kulat menunduk kepala menahan malu .

" Are you sure , sayang ? Hurry up , tell me what happened . Abang kan suami sayang .. So , I should know what's going on here . "

Ujar Encik Ayriel sambil tersenyum gatal dalam diam . Again , dia buat lagi senyuman macam tu . Tak lupa juga , aku tahu perkataan suami tadi sengaja dia kuatkan . Sengaja nak perli akulah tu . Hmm ..

" Err .. T-tak ada apa-apa yang berlaku pun , encik . Kitaorang cuma berbual-bual dengan isteri encik saja . "

Gadis berbaju biru tadi menjawab bagi pihak aku . Baguslah dia jawab . Aku pun tak tahu nak jawab apa . Dari tadi lidah aku kelu semacam sejak encik duda ni panggil aku sayang . Malu aku tahu tak ? Tapi salah aku juga , siapa suruh gelar Encik Ayriel ni suami aku . Redha sajalah .

" Aku tanya pada bini aku , bukan kau . "

Haa itu dia ! Ayat memang pendek , tapi dia punya bisa tu ya Tuhan .. Well , bukan Ayriel lah kalau tidak mulut laser .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now