Bab 25 - Flashback ii

22.3K 1.3K 79
                                    

Bab kali ni agak panjang :')

____________________________________

Ayriel mengeluh kecil , pandangan dihalakan ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya tika ini . Angin meniup kuat sedikit sebanyak menenangkan jiwa dan fikirannya yang sedang sarat serabut dengan masalah .

Semakin lama dia semakin pelik dengan tingkah Bella , isterinya . Wanita itu kerap sekali balik lewat malam sejak sebulan lepas . Bukan dia tidak perasan , sudah lama dia perasan tetapi ditegur pasti Bella jadikan kerja sebagai satu alasan pulang lewat ke rumah .

Sejak sebulan lepas jugalah Bella sering menghalang dia dari menjemput isterinya itu pulang dari kerja . Mulanya dia langsung tidak setuju , risau akan keselamatan Bella jika pulang ke rumah seorang diri . Tetapi bila dia menghalang , makin Bella memberontak tidak mahu dia menjemput wanita itu . Ayriel akur .

Mungkin orang ramai akan cakap dia ni takut bini sebab apa yang Bella minta semuanya aku beri . Dia tunaikan hasrat Bella bukan sebab dia takut bini , tetapi dia sayangkan isterinya . Salah ke ?

Dari hari dia bergaduh dengan Bella lewat malam semalam lagi dia sudah syak ada sesuatu yang disorokkan Bella . Cuma dia pasti apa rahsianya . Tidak mahulah dia terus menuduh Bella , kang gaduh naya dia kena tidur luar .

Ingatannya terimbau kembali di mana mata kepalanya nampak Bella dihantar seorang lelaki berkereta Audi pulang ke rumah . Kalau dah pakai Audi , mestilah kaya .

Jika dibandingkan dirinya dengan lelaki tempoh hari memang jauh beza . Jelas sekali lelaki itu berharta , manakala dia hanya hidup bersederhana . Kerja pun hanya sebagai kerani di sebuah syarikat di bawah naungan Dato' Kamil . Walaupun cuma kerani , dia tetap bersyukur kerana daripada duit gajinya itulah dia gunakan untuk menyara makan pakai minum anak isterinya .

Walaupun anak-anak tak pernah merungut hidup susah , dia tetap rasa bersalah sebab tak dapat beri kesenangan pada mereka bertiga .

Penah terdetik dalam hatinya , dia juga ingin berjaya seperti orang lain . Memiliki syarikat besar dan menjadi seorang pengurus syarikat dikenali ramai . Sampai sekarang dia masih lagi berusaha kumpul duit untuk bina sebuah syarikat maju pada masa akan datang . Insya-Allah .

Lamunannya terhenti tatkala telefonnya berdering tanda panggilan masuk . Dia melihat nama yang tertera pada skrin .

Cikgu taska Ayden ?

Panggilan dijawab sebelum telefon dilekapkan pada telinga .

" Hello , Assalamualaikum .. "

Sapa si suara pemanggil . Ayriel langsung bertanya ada apa guru taska Ayden menelefonnya sebaik sahaja salam dijawab .

" Encik Ayriel dan Puan Bella sibuk ke ? "

" Tak . Kenapa ya ? "

" Ouh , tak ada apa cuma Ayden dah nak menangis ni tunggu encik / puan ambil dia di taska . Kawan-kawan Ayden yang lain semua dah balik , tinggal dia seorang saja di sini . "

Ayriel mengerut dahi . Jam di pergelangan tangan dia kerling . Sudah jam 11.45 pagi . Ini bermakna sudah 45 minit jugalah Ayden menunggu di taska . Ya Tuhan !

" Puan Bella tak ada datang ambil Ayden ke ? Dia kata hari ni dia sendiri yang akan ambil Ayden di taska . "

Ayriel sudah berfikir macam-macam . Ke manakah Bella sampai anak di taska pun boleh lupa nak ambil ? Sudahlah Bella pakai keretanya , jadi Bella yang perlu ambil Ayden di taska .

SUPER MAMA Where stories live. Discover now