PROLOG

7.9K 205 12
                                    

📍 Malaysia

Mencelik mata Dahlia tatkala mendengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Dia membaringkan djdunya secara menelentang. Di kucek perlahan matanya untuk menghilangkan kabur.

Tak lama kemudian, ketukan di pintu tidak lagi kedengaran. Dahlia menarik selimut yang berada di hujung kaki untuk menutup sebahagian tubuhnya.

Cuaca di waktu pagi tersangat lah sejuk. Baru saja Dahlia hendak melelapkan semula matanya. Pintu biliknya diketuk lagi. Bahkan lagi kuat dari sebelumnya.

Mendengus Dahlia kerana tidak suka tidurnya dikacau. Dia melihat ke arah jam. Patut lah. Dah pukul 6 pagi. Solat subuh.

"Kakak! Bangun!" Dahlia menyepak selimut yang dipakai dan diselak ke tepi.

Bingkas Dahlia bangun. Adik dia ni memang nak kena. Kang aku pulas telinganya sampai putus.

Dahlia berjalan menuju ke arah pintu bilik. Dibuka dan ditatap wajah adiknya dengan geram.

Tersengih busuk Danish.

"Ketuk lagi. Kalau boleh sampai roboh." Makin lebar Danish tersengih sambil menggaru kepalanya.

"Dah subuh. Masuk waktu dah pun. Abah suruh kejutkan. Tadi emak kejutkan, akak tak bangun. Jadi abah suruh aku kejutkan akak. Aku dengan abah nak pergi masjid." Beritahu Danish jujur.

Memang tadi Encik Fahmi ada menyuruhnya kerana Puan Aminah mengejutkan Dahlia. Dahlia langsung tak bagi respon.

"Elok-elok lah sikit. Ini dah rupa macam nak merobohkan pintu bilik aku dah kenapa? Aku pulas telinga kau sampai putus baru tahu." Bebel Dahlia sambil bercekak pinggang.

Baru saja Danish hendak membalas. Encik Fahmi bersuara.

"Kakak.. pergi mandi. Solat subuh cepat. Danish, jom ke masjid. Kita dah lewat ni." Lembut tapi tegas suara Encik Fahmi menegur anak-anaknya.

"Ha dengar tu. Aku pergi masjid dengan abah dulu. Bye. Assalamualaikum. Kau jangan sambung tidur pula kak." Pesan Danish sebelum melangkah pergi meninggalkan kakaknya yang masih berdiri tegak di depan pintu.

Dahlia membuat muka. Dia menggaru kepalanya dan menguap besar. Mengantuk lah.

Dahlia kembali masuk ke dalam biliknya. Baru saja hendak ditutup pintu biliknya, suara Puan Aminah menyentakkan niat dia.

"Malaikat tu.. tak tunggu sesaat tau nak ambil nyawa kita. Baik pergi solat. Dapat pahala. Besar pahala tu sebab mengerjakan suruhan Allah. Allah dah panggil tu. Sekejap je pun. Tak lama masa nak tunaikan solat subuh." Deep weh.

Terasa sampai ke ubun-ubun dan hulu hati. Dahlia memegang dadanya. Emak dia ni kalau dah bersuara. Tak boleh deep lagi ke?

Haih.

Dilepaskan nafas berat. Dahlia mencapai tuala mandi yang tergantung di penggantung lalu melangkah keluar dari bilik tidurnya.

Kakinya dibawa menapak menuju ke arah dapur. Dilihat Puan Aminah pagi-pagi lagi sudah sibuk hendak menyiapkan sarapan buat Encik Fahmi dan Danish.

Yalah, lepas balik saja dari masjid. Boleh lah mereka sarapan. Lagipun di masjid ada ceramah pagi ini.

Selalunya Puan Aminah akan mengikut ke masjid. Cuma hari ini Puan Aminah tak berapa sihat. Itu yang duduk di rumah saja. Tak larat.

"Selamat pagi emak. Emak masak apa?" Tegur Dahlia seraya mendekati Puan Aminah.

"Selamat pagi. Emak masak nasi goreng kampung dan buat cekodok pisang. Danish minta cekodok pisang tadi." Beritahu Puan Aminah sambil ligat memotong segala bahan yang hendak dibuat nasi goreng kampung nanti.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now