ILYMC : 48

2.3K 152 7
                                    

Berdebar Dahlia menunggu Nek Pah merasa makanan yang dia masak. Dahlia memasak ikan talapia masak lemak cili api. Itu pun atas permintaan Nek Pah petang tadi.

Ramai sepupu dan mak cik pak cik Raja Dylan yang sudah balik. Termasuk dengan Puan Khatijah. Tapi mereka balik waktu pagi lagi. Katanya tak nak biarkan Raja Dylan terserempak dengan Arina.

Takut nanti di apa-apakan. Risau Puan Khatijah dibuatnya. Dua hari lepas punya penangan penampar Raja Dylan pada pipi Arina pun masih lagi belum baik. Lebam muka Arina. Tepi bibir dia pun ada keluar darah sikit semasa Raja Dylan menamparnya tempoh hari.

Nek Pah menyuap sikit makanan ke dalam mulutnya. Terangguk-angguk kepala Nek Pah merasai air tangan Dahlia.

"Sedap. Pandai cucu nenek masak." Puji Nek Pah sambil tersenyum manis kepada Dahlia.

Nek Pah ini bukan seorang nenek yang tegas pada semua cucunya. Akan ada masa sikap Nek Pah menjadi tegas dan garang bila ada yang membuat masalah sehingga memalukan keluarga.

Tersungging senyuman Dahlia tatkala mendengar pujian dari Nek Pah. Lega hati dia. Baru lah dia boleh bernafas dengan normal. Kalau tadi rasa macam nak mati dah sebab tak dapat nak bernafas dengan baik.

"Tengok suami dia siapa lah." Ujar Raja Dylan bangga.

"Ceh. Menyampah akak tengok kau." Kutuk Raja Darina sambil menyuap Tengku Aisyah makan.

Tengku Adrian tiada. Dia ada kerja penting di Iceland selama seminggu.

"Biarlah. Nenek puji bini aku tu. Aku kena lah bangga." Balas Raja Dylan tidak mahu kalah.

Tersipu malu Dahlia. Suami dia ni.. nak saja dia gigit. Tapi kena tahan. Tunggu dalam bilik nanti. Sejak kebelakangan ini, Dahlia asyik rasa nak gigit Raja Dylan saja.

Tak gigit satu hari, tak lengkap gamaknya hidup dia. Raja Dylan pula hanya boleh pasrah sahaja.

"Terima kasih nek." Ucap Dahlia.

"Lulus kan mak?" Soal Puan Sri Hasrita.

"Lulus. Mak suka. Pandai kamu pilih menantu." Setuju Nek Pah. Memang dari awal dia nampak Dahlia, Nek Pah sudah menyatakan persetujuannya.

Dahlia nampak sopan. Tapi bila ada yang mengacau. Dahlia takkan segan membalas semula. Ini pun menjadi satu ketertarikan Dahlia pada Nek Pah. Tegas.

"Sayang telur dadar?" Angguk Dahlia mahu.

Raja Dylan mengambilkan telur dadar lalu dikoyak sedikit dan diletakkan di dalam pinggan Dahlia.

"Terima kasih." Ucap Dahlia. Raja Dylan membalas dengan senyuman.

~~~~~~~~~~

Raja Dylan duduk di atas katil sambil bermain dengan iPad. Di scroll untuk melihat kerja-kerjanya. Tadi dia ada perbincangan sekejap dengan Azli tentang resort yang berada di kampung Dahlia.

Ada masalah sedikit selepas Encik Fahmi, bapa mertuanya memberitahu kepada dia.

'Ktak'

Raja Dylan mengangkat kepalanya memandang figura Dahlia yang baru saja melangkah keluar dari dalam bilik air dengan hanya berkemban menggunakan tuala.

Menelan air liur Raja Dylan melihat tubuh putih dan mulus isterinya itu. Ini sengaja ke tak sengaja?

Saja nak goda dia ke apa? Lemah iman. Berterabur dah iman aku ni. HAHAHAHA.

"Grrr.. sejuknya." Dahlia keluar dari bilik air dengan badan yang bergetar. Dia baru saja lepas mandi. Katanya tadi panas.

Bingkas Raja Dylan menegakkan badannya lalu ditutup iPad dan diletakkan ke tepi.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now