ILYMC : 37

2.1K 160 7
                                    

Dahlia menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Dipijak setiap anak tangga dengan baik. Dahlia turun dahulu meninggalkan Raja Dylan di bilik.

Tadi Raja Dylan menahan dia dari turun. Katanya nak turun sama-sama. Nanti kalau tidak turun bersama pastu berjauhan sekejap mesti rindu. Jadi Raja Dylan tak nak.

Tapi Dahlia menyeludup keluar dahulu bila dilihat suaminya sudah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Bagi Dahlia ini lah peluang dia. Takkan lah dia tak turun. Nanti apa pula kata ahli keluarga mertuanya.

Nampak tak sopan. Hal Raja Dylan nanti pandai-pandai lah dia pujuk. Goda-goda sikit confirm dah tak merajuk.

Raja Dylan kan lemah dengan godaan dari isteri cantik dia ini. Buat suara manja pun cepat tergoda dan lemah iman. Itu lah kelemahan seorang manusia bernama Raja Dylan Zayder.

Sampai sahaja di bawah, dia terus ditegur seseorang. Berpusing Dahlia menghadap gerangan itu. Ternyata Tengku Adrian. Suami kakak iparnya merangkap biras dia.

"Good morning." Sapa Tengku Adrian dengan ramah.

"Good morning." Dahlia menyahut sapaan Tengku Adrian. Dia mengukirkan senyuman nipis buat Tengku Adrian.

"Dylan mana?" Soal Tengku Adrian menanya tentang adik iparnya itu.

"Dylan dekat atas tengah mandi. Bonda dengan kak Darina mana? Dura juga." Meliar mata Dahlia mencari keberadaan Puan Sri Hasrita, Raja Darina dan Raja Dura.

"Bonda dengan Rina pergi pasar pagi. Tak balik lagi. Dura dekat atas. Tidur lagi lah tu agaknya." Jawab Tengku Adrian seraya melangkah menuju dapur.

"Abang Ad dah makan ke? Kalau belum Lia masakkan sarapan. Baba mana?" Dahlia mengekori langkah Tengku Adrian dari belakang.

"Baba ikut bonda. Lia nak masak?" Mengangguk faham dan menjawab soalan Tengku Adrian.

"Boleh juga. Abang Ad lapar ni. Tapi abang Ad nak naik atas kejap. Nak tengok Aisyah. Takpa kan abang Ad tinggal?" Mengangguk Dahlia. Dia okay saja.

"Takpa, takpa. Pergi lah uruskan Aisyah. Lia okay je. Nanti tu Dylan turun lah. Jangan risau." Kata Dahlia.

"Alright." Setelah itu, Tengku Adrian terus membawa langkahnya menaiki tangga untuk menguruskan anaknya. Ditinggalkan Dahlia di dapur.

Pergi saja Tengku Adrian. Dahlia menggaru kepala. Dilihat keadaan sekeliling dapur. Besar. Nampak mewah. Tapi dia nak masak apa ni? Dahlia mengorak langkah mendekati peti ais.

Dibuka pintu peti ais seraya melihat isian di dalam peti. Ada sayur, ada ayam, daging, udang, pedal dan bahan-bahan yang lain. Cukup. Cuma ikan saja tiada. Hm..

Agak lama dia berfikir mahu membuat sarapan apa. Tak lama selepas itu, Dahlia mendapat idea. Nasi goreng seafood. Ambil sikit-sikit saja bahan-bahan basah tu. Sebab nak campur-campur. Nanti jadi banyak.

Dahlia mula mengeluarkan semua bahan yang hendak dimasak. Yang mana perlu direndam, Dahlia merendam dahulu. Yang mana perlu dipotong, Dahlia letakkan di atas para dapur. Dan semua bahan yang harus digunakan mengikut fungsinya Dahlia uruskan dengan baik.

Satu kata untuk Dahlia. Tidak kekok.

Sedang elok Dahlia membasuh ayam. Tiba-tiba, pinggangnya dipeluk dari belakang. Tak usah dia hendak meneka siapa gerangan tersebut. Dari bau wangian pun sudah cukup dia kenal.

Raja Dylan mengendus di celah leher Dahlia. Dicium-cium batang leher Dahlia. Dihidu bau wangian isterinya.

"Abang." Tegur Dahlia sambil masih mencuci ayam. Mahu memukul sedikit tangan Raja Dylan tidak boleh.

Dah berbau ayam. Basah lagi. Tapi Raja Dylan ni makin ditegur, makin dia buat. Nanti karang kalau Tengku Adrian masuk ke dalam dapur ni dan melihat mereka berdua begini. Tak ke malu? Haih.

"Abang.." Meleret suara Dahlia menegur Raja Dylan yang semakin menenggelamkan wajahnya di ceruk leher Dahlia.

"Sayang tinggalkan abang. Sampai hati." Kata Raja Dylan dan mengundang kerutan di dahi Dahlia.

"Saya turun ke dapur je ni. Nak buat sarapan. Bonda dan kak Darina takda. Jadi saya masak sarapan." Ujar Dahlia dengan masih lincah melakukan kerjanya.

"But still you leave me." Manja Raja Dylan. Dia mengeratkan pelukannya.

"Abang, sayang tengah cuci ayam ni. Bagi sayang siapkan kerja dulu. Nanti baru abang boleh manja-manja." Tutur Dahlia dengan terpaksa menghentikan kerjanya sekejap disebabkan ada baby besar yang sedang bergayut dengan sekarang.

"Sayang marah abang ke?" Soal Raja Dylan perlahan.

"Tak marah. Tapi sayang tengah buat kerja ni." Raja Dylan menjauhkan wajahnya dari celah leher Dahlia lalu mencebikkan bibirnya.

"Sayang.." Merengek manja Raja Dylan.

"Nanti ada yang nampak kita macam ni. Malu lah." Cemberut wajah Raja Dylan.

"Okay." Mengalah juga lah Raja Dylan.

Tiba-tiba, mereka ditegur oleh satu suara dari belakang. Berpaling mereka berdua melihat gerangan yang baru masuk ke dalam dapur.

"Amboi.. mentang-mentang lah pengantin baru." Semyum nipis Raja Dylan dengan teguran abang iparnya.

Terus Raja Dylan melepaskan pelukan di pinggang Dahlia. Dia mendekati Tengku Adrian yang sedang mendukung Tengku Aisyah.

Tengku Aisyah yang melihat pak ngah nya laju dia mendepakan tangan meminta Raja Dylan mendukung dia. Kakinya digoyang-goyangkan. Penuh teruja wajah si kecil saat itu.

"Amboi, amboi. Nampak pak ngah terus lupa papa." Kata Tengku Adrian pada anaknya.

Raja Dylan mengambil anaknya di dalam dukungan Tengku Adrian. Bukan main gembira lagi si kecil itu apabila Raja Dylan mendukungnya. Wajah Raja Dylan ditepuk perlahan. Dipandang wajah Raja Dylan bagaikan sudah lama tidak bertemu.

"Rindunya pak ngah dengan awak. Makin debab lah. Makan apa? Kerbau ke?" Seloroh Raja Dylan. Toya muka Tengku Adrian bila mendengar yang anaknya makan kerbau.

"Agak-agak lah nak cakap anak aku makan kerbau. Kerbau pun dia tak kenal lagi." Tersengih lebar Raja Dylan. Saja je.

Dahlia pula hanya menggelengkan kepala. Kerjanya sudah siap. Tersungging senyuman Dahlia apabila melihat suaminya yang mendukung Tengku Aisyah.

Cute!

"Tengok pak ngah je. Ini ada mak ngah lah." Dicuit lengan si kecil yang dari tadi intens memandang wajah Raja Dylan. Tengku Aisyah bagaikan sedang di hipnotis dengan Raja Dylan. Hahaha. Langsung tak pandangan tempat lain.

"Tengok lah tu. Dia buat tak tahu je. Nanti suami Lia ni, kena rampas dengan dia satu hari ni tau. Get ready je lah. Jangan jealous." Awal-awal Tengku Adrian sudah memberi peringatan.

Terlepas tawa Dahlia. Tapi apa pun, dia suka tengok interaksi antara suaminya dengan anak kecil. Tiba-tiba, dia terbayang macam mana lah kalau mereka ada anak. Mesti comel-comel.


Tbc..

Kemungkinan ini adalah last update sebelum masuk bulan ramadhan😍

Jadi, di sini saya meminta maaf jika ada salah kata atau silap dari segi penulisan sehingga ada yang terasa walaupun tidak tertuju pada anda tapi sudah mengguriskan hati anda. Saya minta maaf😊

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now