ILYMC : 64

1.8K 145 6
                                    

"Petik lagi mangga tu, abang. Cepat, cepat. Sayang nak makan." Kata Dahlia seraya memberi arahan menyuruh suaminya terus memetik buah mangga yang tergantung di pokok.

Raja Dylan ikutkan saja tanpa membantah sedikit pun. Puan Aminah hanya melihat gelagat anak dan menantunya. Menggeleng kepala Puan Aminah. Macam mana lah Raja Dylan boleh melayan perangai Dahlia?

Kalau Puan Aminah ni, dah tak boleh. Silap hari bulan, bontot Dahlia hilang sebab kena sebat dengan Puan Aminah.

"Dah lah tu sayang. Banyak sangat dah ni. Ambil banyak-banyak, siapa yang nak makan? Sayang sorang je. Nanti membazir tak habis." Cegah Raja Dylan yang sudah berhenti dari memetik buah mangga yang berada di pokok.

Dahlia melihat ke dalam bakul yang dibawa. Hampir separuh bakul dah buah mangga itu. Tapi Dahlia masih mahu kan lagi. Kalau boleh nak penuhkan satu bakul.

"Alaaaaa.. lagi lah abang. Tak cukup ni." Kata Dahlia sambil mencebik meminta simpati.

Tapi Raja Dylan endahkan sahaja wajah cebik isterinya itu. Biarlah. Kalau Dahlia merajuk sekali pun, pandai-pandai lah nanti dia pujuk. Dah separuh bakul tu, Dahlia boleh kata nak lagi dan tak cukup. Nak menjual ke apa?

"I said no. It means no." Tegas Raja Dylan seraya berjalan ke arah pangkin yang berada di bawah pokok yang rendang. Redup rasa. Tadi panas.

Makin sebik bibir Dahlia. Macam muncung itik. Cuma bezanya Dahlia ni manusia, itik tu pula haiwan.

Dahlia membawa langkahnya mendekati sang suami. Selepas itu, Dahlia menguak kedua kaki Raja Dylan lalu pipi suaminya ditekup dengan kedua tangannya. Dibawa kepala Raja Dylan mendongak memandang dirinya.

Terkebil-kebil mata Raja Dylan membalas renungan si isteri. Kenapa ni? Nak cabul ke? Jangan lah. Ustazzz.. tolong.

Ek? Apa ni? Sihat tak Dylan?

"K-kenapa?" Gagap Raja Dylan.

"Nak mangga lagi." Memuncung bibir Dahlia.

Raja Dylan melepaskan keluhan dan menarik badan isterinya untuk duduk di atas pahanya. Kedua tangan kekarnya langsung memeluk tubuh mungil Dahlia. Jatuh ni, naya saja. Meraung Raja Dylan. Bukan Dahlia yang meraung.

"Nope. Bukan abang tak izinkan. Tapi dah banyak tu. Sayang nak banyak-banyak mangga tu, nak pergi menjual ke?" Larang Raja Dylan selari berseloroh.

"Eee.. bukan menjual lah. Mangga tu boleh buat cupcake mangga. Buat rojak pun sedap juga. Selain tu boleh buat kek mangga. Abang pernah makan kek mangga? Kalau tak pernah lagi, nanti sayang buat." Beritahu Dahlia kenapa dia mahukan mangga banyak-banyak.

Tapi Puan Dahlia.. nak buat tu semua tak perlukan sampai sebakul penuh mangga.

"Yang kita ambil tadi pun dah cukup untuk sayang buat semua yang sayang cakap tadi tu. Kalau kita ambil mangga tu semua, togel lah pokoknya nanti. Abah, emak dan Danish pun nak juga. Tinggalkan lah untuk abah, mak dan Danish. Jangan jadi hajah bakhil, sayang." Balas Raja Dylan cuba memujuk.

Masam mencuka wajah Dahlia apabila digelar 'hajah bakhil'. Tumbuk juga suami dia ni nanti.

"Yalah, yalah.. abang tak nak pergi tengok resort abang tu ke? Pergi lah sana. Dah alang-alang kita dekat kampung ni. Abang pergi pantau sekejap. Mana tahu ada pekerja yang tengah cuti tulang ke."

"Curi tulang? Tulang siapa yang diaorang nak curi sayang? Tulang anjing? Tulang kucing? Tulang lembu? Ke tulang yang lain?" Toya muka Dahlia bila mendengar lawak bodoh suaminya.

"Penat lah. Kang kalau sayang cakap abang bodoh, abang marah. Tapi itu lah kejadiannya. Dah lah. Sayang nak masuk dalam. Abang tolong angkat bakul tu bawa masuk. Sayang tak larat nak angkat. Berat." Usai itu, Dahlia bangun dari duduknya di atas paha Raja Dylan dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now