ILYMC : 40

2.2K 139 7
                                    

Mengembung pipi Dahlia apabila suaminya baring membelakangi dirinya. Dipandang belakang badan Raja Dylan.

Dia tak dapat nak tidur sebab Raja Dylan tak peluk. Selalunya Raja Dylan akan peluk dan menepuk punggungnya untuk dodoikan dia. Tapi malam ini tidak. Itu lah. Siapa suruh tak dengar kata Dahlia?

Padan muka.

Perlahan-lahan Dahlia mengesot merapati suaminya. Raja Dylan yang merasa lekukan dan merasai tubuh seseorang di belakangnya sudah menyunggingkan senyuman kecil.

Tak tidur lagi rupanya cinta hati dia seorang ini.

Tak lama kemudian, ada satu tangan yang mencelah dan memeluk pinggang Raja Dylan. Dahlia melekapkan dahinya di belakang badan sang suami.

"Sayang minta maaf, abang. Sayang janji tak buat lagi. Abang jangan lah marah sayang.. sayang rindu nak bermanja dengan abang. I love you, my baby husband." Ucap Dahlia perlahan.

Dia ingat suaminya sudah tidur. Tapi telahan dia salah. Raja Dylan dengar semuanya.

Tanpa sebarang kata, Raja Dylan memusingkan badannya menghadap Dahlia. Terjerit perlahan Dahlia dibuatnya.

"Abang." Dahlia memukul bahu kekar Raja Dylan.

"Come here. Hug me." Pantas Dahlia memeluk suaminya. Kepalanya diletakkan di atas lengan Raja Dylan lalu sebelah tangan naik memeluk pinggang si suami.

Raja Dylan membalas pelukan sang isteri dengan lebih erat. Ditarik isterinya agar lebih rapat sehingga tiada ruang di antara mereka berdua.

"Abang tak tidur?" Soal Dahlia.

"Hm."

Diam. Masing-masing senyap. Agak lama sebelum Dahlia kembali bersuara.

"Abang." Panggil Dahlia.

"Hm."

"Abang." Panggilnya lagi.

"Hm."

"Abang.." Merengek Dahlia apabila dari tadi suaminya 'hm, hm, hm'. Takda jawapan lain ke?

"Apa?" Mencebik Dahlia bila suara Raja Dylan terlalu dingin menjawab panggilannya.

"Abang marah sayang?"

"Marah. Marah sangat."

"Sorry.." Mendongak kepala Dahlia memandang suaminya dari bawah.

Menunduk kepala Raja Dylan membalas renungan isteri tercinta. Belakang kepala Dahlia dibelai dengan lembut. Mata mereka saling tertaut bagaikan tidak mahu lepas.

"Abang, sayang sorry.. sayang janji tak buat lagi. Sayang janji tak balik lewat. Sayang akan dengar cakap abang." Kata Dahlia selari menitik setitis air mata Dahlia dan mengena di lengan Raja Dylan.

"Hug me. Bagi abang reda rasa marah abang dengan peluk sayang." Sakit hati Raja Dylan apabila melihat isterinya menangis.

Ubun-ubun Dahlia dikucup berulang kali. Terlepas keluhan Raja Dylan apabila mendengar suara esakan Dahlia.

"Abang marah sebab abang risau. Abang call sayang banyak kali. Tapi satu call abang pun sayang tak angkat. Abang chat, sayang tak balas. Baca pun tidak. Abang tunggu sayang balik. Abang dah pesan suruh balik awal. Tapi sayang balik lewat. Sampaikan abang cakap pada diri abang kalau jadi sesuatu pada sayang.. abang takkan maafkan diri abang. Abang takut. Janji dengan abang lepas ni jangan macam ni lagi." Laju Dahlia mengangguk.

"Janji.. Sayang janji.. Sayang minta maaf.. hiks." Tersedu-sedu Dahlia.

"Dah, dah. Mana muka cantik sayang abang ni? Abang nak tengok. Rindunya dekat sayang abang ni." Pujuk Raja Dylan sembari menjarakkan sedikit pelukan mereka.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now