ILYMC : 62

1.8K 150 15
                                    

Raja Dylan memarkirkan keretanya setelah sampai di halaman rumah mertuanya. Dilihat pintu rumah terbuka, tapi tida sesiapa di hadapan.

Selepas itu, Raja Dylan berpaling memandang Dahlia yang terlelap di sebelah. Juntaian rambut Dahlia yang menutup sebahagian wajah cantik si isteri, dikalihkan ke belakang telinga.

Raja Dylan menyandarkan kepalanya sambil tetap terus menatap wajah Dahlia. Tangan kanan isterinya diambil lalu dibawa ke bibir. Setiap jari Dahlia dicium dengan kehangatan.

Sebelah lagi tangan mengusap perut Dahlia yang sudah menampakkan sedikit bentuk. Tak sabar Raja Dylan hendak berjumpa dengan bakal anak mereka. Tak sabar dia mahu bermain dengan anaknya.

Tak sabar Raja Dylan mahu menjaga anaknya. Tak sabar Raja Dylan mahu melayan ragam anaknya. Semua tentang anaknya sangat lah membuat Raja Dylan merasa tidak sabar.

Tak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan di cermin kereta di belah Raja Dylan. Lantas Raja Dylan melihat gerangan yang mengetuk. Ternyata Danish.

Raja Dylan menurunkan cermin kereta sedikit. Tersenyum Danish melihat kakaknya yang sedang lena. Selepas itu, pandangnya berubah memandang ke abang iparnya pula. Maaf lah abang ipar. Danish rindu kakak.

"Kenapa abang tak masuk?" Tanya Danish.

"Kakak Danish ni tidur. Abang nak kejutkan sekejap. Nanti akak dengan abang masuk. Danish dari mana?" Jawab Raja Dylan seraya bertanya. Membulat bibir Danish.

"Dari kedai Pak Hamid beli bunga kantan dan susu cair yang emak suruh. Hari ni emak nak masak ikan patin asam pedas." Danish menunjuk plastik yang berada di tangannya.

"Asam pedas?" Angguk Danish.

"Cun lah.. mak memang mantap. Danish masuk dulu. Nanti abang masuk dengan akak."

"Okay, bang." Setelah itu, Danis berlalu pergi meninggalkan Raja Dylan dan Dahlia.

Raja Dylan menutup semula cermin tingkapnya dan kembali memandang wajah lena isterinya. SubhanaAllah.. cantiknya isteri dia. Raja Dylan jatuh cinta buat kali yang entah ke berapa pun dia tak tahu.

Selepas itu, Raja Dylan mengelus pipi Dahlia selari mengejutkan Dahlia.

"Sayang.." Kejutnya sambil terus mengelus pipi Dahlia yang sudah nampak semakin tembam.

Tiada respon dari Dahlia.

"Hey, cupcake. Wake up. Kita dah sampai." Raja Dylan mengejutkan isterinya sekali lagi. Kali ini, Dahlia merengek perlahan sembari membuka matanya.

Terkelip-kelip matanya kerana silau. Raja Dylan mengusap wajah Dahlia. Selepas beberapa saat, mata Dahlia disuguhkan dengan wajah tampan sang suami. Terbit senyuman tipis Dahlia tatkala memandang suaminya yang turut tersenyum ke arahnya.

"Jom keluar. Kita dah sampai rumah mak dan abah." Ajak Raja Dylan sambil masih mengusap pipi Dahlia.

Dahlia mengalihkan pandangan memandang ke luar kereta. Memang betul. Mereka sudah sampai di kampung.

"Jom. Sayang nak jumpa mak dan abah. Rindunya." Semangat Dahlia yang tadinya mamai.

Dalam masa beberapa saat saja, Dahlia sudah keluar dari kereta dan meninggalkan suaminya. Ternganga sedikit mulut Raja Dylan apabila ditinggal sang isteri begitu saja.

"Dia tinggalkan aku?" Raja Dylan agak tak percaya yang isterinya boleh tinggalkan dia.

Terlepas keluhan Raja Dylan. Apa lah nasib? Isteri tinggalkan kita. Mentang-mentang lah dah sampai kampung dia. Habis suaminya ditinggalkan. Sedih.

Baru saja Raja Dylan melangkah masuk ke dalam rumah. Raja Dylan dapat mendegar suara riuh isterinya yang sedang bersembang dengan Puan Aminah dan bergaduh mulut dengan Danish di dapur.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now