ILYMC : 53

1.8K 149 7
                                    

Raja Dylan
Dura, kak Lia mana? Angah call dan chat dia dari tadi takda satu pun respon.

Adik🥸
Mana lah Dura tahu.

Raja Dylan
Betul-betul Dura.

Adik🥸
Betul.

Raja Dylan
Jangan sampai angah potong elaun Dura untuk tiga bulan.

Adik🥸
Hish! Mana aci ugut macam tu.

Raja Dylan
Jawab soalan angah. Mana kak Lia?

Adik🥸

Itu hah isteri kesayangan angah

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Itu hah isteri kesayangan angah. Tengah membaca. Dari tadi dok tergolek-golek siap merengek kata rindu angah. Lepas dah puas merengek, dia baca buku. Itu pun membebel mulutnya.

Raja Dylan yang melihat gambar yang dihantar Raja Dura mula mengukirkan senyuman. Haih lah isteri. Merengek rindu suami rupanya.

Tapi kita call, dia tak angkat. Kita chat pun tak balas. Handphone tu letak mana? Ke silent?

'Sayang.. abang pun rindu awak ni.' Getus hati Raja Dylan sambil diusap gambar tersebut.

Tak lama kemudian, bahu Raja Dylan ditepuk dari belakang dengan sedikit kuat. Berpaling kepala Raja Dylan melihat figura yang menepuk bahunya tadi. Ternyata Fahrin dan ada Emir di sebelah.

"Tersenyum-senyum macam kambing. Ini tak lain tak bukan mesti sebab Lia. Betul ak?" Tebak Fahrin seraya melabuhkan punggungnya di hadapan Raja Dylan.

Raja Dylan mengangguk mengiyakan kata-kata Fahrin barusan. Tak guna pun dia nak geleng kepala sampai menipu. Semua orang dah tahu penyebab kalau Raja Dylan senyum seorang diri kerana siapa kalau bukan sebab Dahlia.

Hanya wanita itu sahaja yang mampu buat Raja Dylan tersenyum macam orang gila. Sampaikan semua pekerja di High Luxury dah faham sangat. Kiranya Dahlia tu bukan hanya menjadi isteri bos sahaja.

Malahan, mereka semua sudah menganggap Dahlia sebagai 'big boss' kerana hanya Dahlia yang mampu mengawal seorang Raja Dylan. Hanya Dahlia yang mampu mengubah mood Raja Dylan dari suram kepada ceria.

"Aku dah agak.. sama lah juga macam aku. Tiara tu betul-betul dah macam nyawa aku. Sejak adanya Tiara dalam hidup aku, hidup aku semakin berwarna." Hujah Fahrin seakan sedang memberi falsafah.

"Yalah. Hidup kau kan selama ni suram je. Cuma ada warna hitam." Sampuk Emir seraya mematikan senyuman Fahrin.

Lantas Fahrin menoleh merenung Emir dengan riak toya dan menyampah.

"Mir.. aku tahu lamaran kau pada Sarah masih lagi belum diterima. Jadi tak payah nak menyuramkan hidup aku yang dah berwarna ni. Sekarang ni.. hidup kau yang lagi rumit. Dah macam lampu kelap-kelip. Sekejap gelap, sekejap terang." Bidas Fahrin selamba.

I Love You, Miss Cupcake [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon