ILYMC : 55

1.9K 152 11
                                    

Dahlia menyediakan semua bahan untuk membuat cupcake seperti yang diminta Tengku Adrian dan Raja Darina.

Sedang ralit Dahlia membuat cupcake. Tiba-tiba, seluarnya ditarik sedikit. Lantas Dahlia memandang ke bawah melihat si budak kenit yang menarik seluarnya.

Tersengih Tengku Aisyah menampakkan giginya yang baru tumbuh beberapa batang. Dia mendepakan tangan meminta didukung oleh Dahlia.

Tanpa berkata lebih, Dahlia angkat Tengku Aisyah lalu diletakkan di atas meja dan bersebelahan dengan pemukul kek. Dahlia mencuit kedua pipi montel Tengku Aisyah. Geram. Comel sangat.

"Ecah nak apa? Nak cupcake?" Saja Dahlia bertanya.

"Nak." Jawab Tengku Aisyah sambil menyengetkan kepalanya. Makin geram Dahlia tengok. Dahlia mencubit perlahan pipi montel Tengku Aisyah.

"Nanti dah siap. Mama ngah bagi. Tapi.. Ecah kena jadi good girl. You good girl or not?" Dahlia mencuit hujung hidung si kecil comel itu.

"Good girl." Jawab Tengku Aisyah semangat.

Tersenyum Dahlia menengok gelagat Tengku Aisyah yang bijak. Kecil lagi dah bijak. Memang patut pun. Sebab Tengku Adrian dan Raja Darina memang bijak orangnya.

Tak lama kemudian, terdengar suara Raja Darina yang baru saja memasuki dapur.

"Dekat sini rupanya. Puas mama cari dia." Kata Raja Darina seraya melangkah mendekati Dahlia dan Tengku Aisyah. Menggeleng kepala Raja Darina dengan anaknya.

Mana tak risau. Tadi dekat dalam bilik tengah menyusu. Sekali ditinggalkan sekejap Raja Darina pergi ke bilik air. Sekali keluar, anaknya dah hilang. Rupanya di dapur.

"Aisyah kacau Lia ke?" Tanya Raja Darina setelah berdiri di sebelah Dahlia.

"Tak pun. Lia lagi suka dia ada dekat sini. Takda lah Lia bosan." Balas Dahlia selari mencubit sedikit pipi Tengku Aisyah.

Dahlia geram tengok pipi tembam Tengku Aisyah. Asyik rasa nak cubit, nak gomol dan nak cium. Comel sangat.

Tersenyum Raja Darina melihat Dahlia yang melayan keletah anaknya.

"Meh. Biar akak yang jaga. Lia sambung buat kerja Lia." Mengangguk kepala Dahlia. Setelah itu, Dahlia menyambung semula membuat kerjanya.

Raja Darina senyap sambil memerhati Dahlia yang sedang fokus membuat cupcake. Bila Raja Darina perhatikan betul-betul. Dahlia agak berisi sedikit. Pipinya semakin naik. Badan pun nampak dah agak chubby.

Nak ditegur, takut Dahlia teras hati. Tapi.. Dahlia memang nampak lain. Sewaktu mereka makan tadi pun, Raja Darina perasan yang Dahlia banyak makan. Selalunya Dahlia tak macam tu. Ini siap sampai tiga kali tambah.

Bukan hanya Raja Darina saja yang perasan. Malah, Tengku Adrian, Puan Sri Hasrita dan Raja Dura pun turut perasan hal yang sama.

"Lia." Seru Raja Darina memecahkan kesunyian antara mereka.

"Iya." Sahut Dahlia. Dikerling sekilas wajah kakak iparnya.

"Lia happy dengan Dylan?" Soal Raja Darina. Saja bertanya walaupun memang sudah tahu jawapan.

"Alhamdulillah, bahagia. Kenapa kak?"

"Takda apa. Saja tanya. Yalah.. Dylan tu beku. Mana tahu sangat hal-hal romantik. Mana lah tahu dia dengan Lia macam tu juga. Keras je. Tapi kalau dia lain dari apa yang akak cakap ni bila dengan Lia. Bagus lah. Akak suka." Beritahu Raja Darina seraya memberi senyuman manis buat Dahlia.

Tersungging senyuman Dahlia apabila dia teringat tentang Raja Dylan. Siapa lah cakap Raja Dylan tak sweet dan tak tahu romantik? Raja Dylan sangat lah berbeza bila dengan dia.

"Dia romantik sangat kak. Kalau boleh setiap masa dia nak bermulut manis. Nasib baik lah saya ni tak kena kencing mandi disebabkan dia punya mulut tu manis betul." Terletus tawa Raja Darina mendengarkan hal tersebut.

Terangguk-angguk kepala Raja Darina. Dia faham. Dari apa yang Dahlia beritahu sekarang ini pun. Sudah dia tebak yang Raja Dylan pasti berbeza bila bersama dengan adik iparnya ini.

"Kalau abang Ad? Dia romantik tak kak?" Saja Dahlia bertanya.

"Romantik. Hari-hari bagi akak bunga. Lepastu siap ada notes dalam handphone dia tentang akak. Apa yang akak suka, yang akak tak suka dan semua tentang akak. Masa kali pertama akak dapat tahu.. akak menangis. Bukan sebab sedih. Tapi terharu." Dahlia teruja mendengarkan cerita Raja Darina.

Wah.. tak disangka. Dia ingatkan Tengku Adrian tu orangnya sama seperti Raja Dylan sewaktu kali pertama dia kenal suaminya. Rupanya sama juga lah macam Raja Dylan.

Bila dengan isteri terus bertukar jadi kucing parsi. Hm..

Usai itu, banyak yang Raja Darina dan Dahlia berkongsi cerita dan bertukar pendapat dalam rumah tangga. Ada juga Dahlia meminta tips kepada Raja Darina bagaimana hendak membuat suami kita obses dengan kita.

Ceh.. ayat kau kemain author.

~~~~~~~~~~

Sedari tadi, Raja Dylan menelefon isterinya tapi satu panggilan pun tidak berjawab. Risau Raja Dylan dibuatnya. Barusan dia baru saja call Puan Sri Hasrita. Tapi kata Puan Sri Hasrita, Dahlia ada di rumah.

Manakala Puan Sri Hasrita pula berada di luar kerana ada meeting dengan NGO.

Bila ditanya pada Raja Darina, Raja Darina pun mengatakan hal yang sama. Dahlia ada di rumah.

Bila ditelefon Raja Dura. Raja Dura sudah dua malam tinggal dengan kawannya kerana perlu menyiapkan assignment. Jadi, ke mana pula isteri dia ni pergi?

Semalam mereka membuat panggilan video, Raja Dylan dapat melihat wajah pucat sang isteri. Bila ditanya, Dahlia kata okay. Tiada apa. Tapi naluri dia sebagai suami mengatakan yang isterinya tidak okay.

"Mana sayang ni? Jangan bagi abang risau, sayang." Gumam Raja Dylan seorang diri.

Sudah tiga hari Raja Dylan di Sabah. Tidak pernah sekali dia terlupa untuk menelefon isterinya. Siap saja kerja, Dahlia lah orang pertama yang akan dia telefon dan bercerita segala kegiatannya pada Dahlia.

Dahlia pun sama. Hari tu, banyak celoteh Dahlia bercerita tentang Tengku Aisyah dan keluarganya yang meminta Dahlia membuatkan cupcake. Semua puji cupcake Dahlia sedap. Suka Raja Dylan tengok riak wajah isterinya yang ceria.

"Mungkin sayang busy. Tapi bila sayang dah tak busy, call abang ya sayang? I love you, my world." Kata Raja Dylan sambil menatap gambar Dahlia di skrin handphone nya.

Diusap lembut gambar Dahlia. Rindu sungguh dia pada Dahlia. Dapat tengok muka dan suara Dahlia dari panggilan video pun cukup lah bagi dia. Dapat juga lepaskan rindu.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now