ILYMC : 05

2.8K 175 21
                                    

Dahlia membawa langkahnya menuju ke arah Puan Aminah yang sedang mencuci pinggan yang mereka guna untuk makan malam tadi.

Dekat saja, terus Dahlia berdiri di sebelah Puan Aminah. Kedua tangannya naik memeluk diri. Ditatap sisi wajah emak nya.

"Kamu kenapa Lia?" Soal Puan Aminah. Matanya tidak dikalihkan memandang anak daranya ini.

Dahlia berdehem seketika sebelum membuka bicara.

"Puan Sri Hasrita tu siapa? Ada kena mengena dengan kita ke?" Tanya Dahlia berterus-terang.

"Kawan emak masa satu asrama dulu. Jadi.. automatik ada lah kena mengena sikit." Jawab Puan Aminah tenang.

"Tapi kan mak.. yang Lia tertanya-tanya sampai sekarang. Kenapa petang tadi Puan Sri tu asyik pegang Lia? Macam tak nak jauh dari Lia. Mak dan abah pula asyik senyum bila pandang Lia. Ada apa-apa yang Lia tak tahu ke? Atau.. ada yang emak dan abah sembunyikan dari Lia? Baik emak cakap." Memincing matanya merenung wajah Puan Aminah.

Puan Aminah menoleh memandang Dahlia sebelum mengalihkan perhatiannya dan menyambung kembali membuat kerjanya.

"Mana lah emak tahu. Kamu pergi lah tanya Puan Sri tu kenapa dia pegang Lia. Pasal senyum tu. Salah ke emak nak senyum? Senyum kan satu sedekah. Dapat pahala lagi. Ha ni, kamu dah solat isyak belum? Karang lambat-lambat.. tahu-tahu malaikat maut dah dekat nak ambil kamu." Pandai betul tukar topik.

Otak Puan Aminah sangat geliga. Cepat saja otaknya bekerja untuk mengalihkan perhatian anaknya supaya tidak bertanya lebih-lebih.

Muram terus wajah Dahlia. Mak dia ni.. asyik deep saja ayat tu.

"Nak pergi solat lah ni. Nak ambil wuduk dulu." Dahlia langsung memusingkan badannya dan bergerak masuk ke dalam bilik air.

Lambat-lambat nanti.. entah ayat pedas apa lagi Puan Aminah bagi.

Memang sakit telinga. Bukan setakat telinga. Hati pun rasa pedih.

~~~~~~~~~~

Melangkah keluar Dahlia dari dalam perut keretanya sambil di tangannya ada satu mangkuk tingkat yang dibawa.

Dahlia meliarkan matanya memandang sekeliling. Dahlia berada di site projek dekat hujung kampung. Dia bawa mangkuk tingkat ini pun sebab Encik Fahmi suruh kerana Encik Fahmi tak dapat nak balik makan tengah hari.

Dan Encik Fahmi katanya ada urusan dengan CEO resort yang bakal dibina di kampung ini. Dahlia membetulkan sedikit rambutnya yang di ikat gaya half up half down. Bagi lah nampak kemas.

Mana tahu terserempak jumpa dengan CEO. Kalau selekeh nanti buat malu saja. Mahu Dahlia terjun masuk perigi dan tak nak keluar sampai bila-bila.

Haha.

Baru saja dua langkah Dahlia berjalan, matanya dikecilkan memandang gerangan yang berjalan di hadapan sana.

Macam kenal. Itu bukan mamat yang semalam langgar dia dekat warung tu ke? Kenapa dia ada dekat sini?

Selepas itu, laju-laju Dahlia berjalan mendekati susuk tubuh tegap tersebut.

"Hai, awak." Tegur Dahlia dahulu.

Berpusing Raja Dylan memandang Dahlia di tepi. Terbit senyuman tipis di bibir.

"Hai." Balas Raja Dylan senada. Dia kembali memandang pemandangan di hadapan.

Mencebik bibir Dahlia. Sombong. Nasib hensem. Kalau tak hensem.. mahu Dahlia tumbuk muka dia.

Kurang ajar kau, Dahlia. Menghina ciptaan Tuhan. Kalau Puan Aminah tahu.. kau kena ceramah 7 hari 7 malam.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now