ILYMC : 03

2.7K 165 12
                                    

Raja Dylan memerlahankan pemanduannya setelah masuk ke dalam kawasan kampung. Matanya meliar melihat keadaan sekitar. Cantik.

Tak lama selepas itu, Raja Dylan memberhentikan keretanya dan memarking di hadapan warung. Orang-orang kampung yang berada di dalam warung sekadar melihat kereta mewah Raja Dylan sambil berbicara.

Yalah, mereka tak kenal. Dahtu pula pakai kereta mewah. Orang-orang kampung sini paling mewah kereta diaorang ialah Toyota. Ini BMW. Mana lah ada orang kampung yang mampu nak pakai. Anak-anak muda?

Mereka semua lagi lah. Dok sibuk lagi dengan perangai tak semenggah masing-masing. Melepak lah, mengorat awek lah, merempit lah dan sebagainya.

Raja Dylan mematikan enjin keretanya dan melangkah keluar dari dalam perut kereta. Sempat dia mengemaskan sekejap rambutnya di cermin pandang belakang.

Keluar saja, ramai yang memandang ke arah Raja Dylan. Terutama anak-anak dara. Bersinar biji mata mereka. Dah macam nak tersembul keluar dah tu.

Tapi Raja Dylan mengendahkan saja. Dia datang singgah warung ni sebab nak beli kuih. Bukannya nak di ngorat.

Langkah panjangnya di bawa mendekat ke meja yang penuh dengan kuih-muih. Dilihat banyak juga kuih-muih yang ada.

Ada seri muka, ketayap, karipap, kuih lepat, kuih bom, kuih onde-onde dan sebagainya. Nampak sedap.

Tiba-tiba, Raja Dylan ditegur seorang pak cik. Raja Dylan mengangkat wajahnya memandang pak cik tersebut. Dia mengukirkan senyuman nipis buat pak cik di hadapannya ini.

"Assalamualaikum. Ya, nak. Nak beli kuih ke?" Soal pak cik itu.

"Waalaikumussalam. Ya, saya nak beli kuih." Jawab Raya Dylan dengan sopan.

"Nak kuih apa?" Tany pak cik itu lagi.

"Bagi saya kuih onde-onde, kuih karipap dan kuih bom." Beritahu Raja Dylan sambil menunjuk ke arah kuih yang dia mahukan.

Tanpa bantahan, pak cik itu mengambil kuih yang dimahukan Raja Dylan barusan. Diletakkan di dalam plastik. Sesekali matanya dibawa memandang wajah tampan Raja Dylan.

"Anak ni.. orang kampung sini ke? Pak cik tak pernah nampak pula." Saja nak berbasa-basi ajak berbual sekejap.

"Bukan. Saya bukan orang kampung sini. Bahkan saya tak ada kampung. Saya membesar di Kuala Lumpur." Terang Raja Dylan.

Mengangguk faham pak cik itu.

"Nama anak siapa?"

"Nama saya Dylan."

"Oh.. nama pak cik, Karim." Mengangguk perlahan kepala Raja Dylan.

"Kamu ada kerja dekat sini?"

"Ha'ah. Saya nak melawat site projek dekat belakang kampung ni." Membulat mata pak cik Karim apabila mendengar kata-kata Raja Dylan.

"Kamu punya projek ke tu?" Mengangguk Raja Dylan sebagai tanda menjawab pertanyaan pak cik Karim barusan.

"Pak cik, kuih saya tu berapa ya?" Tanya Raja Dylan. Dia nak pergi cepat dari warung ni sebab rasa tak selesa. Banyak mata yang memandang ke arahnya.

"Oh, ya. Pak cik lupa. Kuih kamu ni semua baru RM6." Raja Dylan mengeluarkan not 10 dan diberikan kepada pak cik Karim.

Baru saja pak cik Karim hendak memulangkan baki. Raja Dylan lebih pantas mengatakan tidak.

"Takpa pak cik. Simpan je baki tu. Terima kasih."

"Semoga kamu dimurahkan rezeki." Raja Dylan mengukirkan senyuman nipis.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now