ILYMC : 54

1.7K 152 5
                                    

Terduduk Dahlia di hadapan pintu bilik air selepas berkali-kali dia keluar dan masuk dari bilik air untuk memuntahkan segala isi. Walhal tiada apa yang keluar pun. Hanya angin sahaja.

Pening kepala Dahlia. Sedari tadi dia tidak dapat tidur dengan nyenyak. Kerap kali bangun hanya kerana hendak muntah dan rasa mual nya yang menjadi-jadi.

Minyak angin di tangan dibawa ke hidung. Dihidu minyak angin tersebut untuk mengurangkan rasa mual nya.

"Abang.. isk.." Menangis Dahlia mahukan Raja Dylan.

Perasaan dia yang mahu suaminya sekarang tidak dapat lagi dibendung. Dia betul-betul mahukan Raja Dylan ada sisinya dan ada dekat dengan dia seperti keadaan yang sekarang.

Dahlia bangun dari duduknya di lantai lalu diorak langkah untuk mendapatkan handphone nya di meja kecil sebelah katil.

Dahlia membuka gajet nipis itu lalu dibuka apps whatsapp untuk mencari kontak nama Raja Dylan. Setelah dijumpai, Dahlia menekan nama Raja Dylan yang di save sebagai 'Hubby🫶🏻'.

Dahlia
Abang.. dah tidur ke?

Pesanan tersebut langsung dihantar kepada Raja Dylan. Satu tick. Bermakna Raja Dylan tidak online. Lagi pula sudah pukul 3 pagi. Mana mungkin suaminya masih berjaga. Sudah tentu lah dah dibuai mimpi dan tidur yang lena sampai ke pagi.

"Eghhh.. rasa nak muntah lagi." Ucap Dahlia seraya berjalan masuk ke dalam bilik air.

~~~~~~~~~~

Terjaga Raja Dylan dari tidurnya apabila cahaya matahari masuk ke celah langsir bilik hotelnya. Terkebil-kebil mata dia. Selepas itu, Raja Dylan memandang ke sebelah. Kosong.

Hm.. dia lupa. Dia bukan di rumah. Memang patut pun isteri dia takda di sebelah dia.

Rindunya.

Selepas itu, Raja Dylan bangun dari baringan lalu dicapai handphone miliknya. Dilihat ada satu pesanan whatsapp dari isteri tercinta. Lantas Raja Dylan membuka dan dibaca setiap perkataan yang ditulis.

Raja Dylan
Sayang, sorry. Abang dah tidur semalam. Kenapa sayang chat abang?

Pesanannya itu dihantar kepada Dahlia. Raja Dylan setia menunggu isterinya membalas pesanannya tadi. Tak lama kemudian, satu detingan berbunyi. Pantas Raja Dylan melihat skrin handphone nya.

Love💗

Good morning, husbaby❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Good morning, husbaby❤️.

Menelan air liur Raja Dylan melihat gambar yang dihantar oleh Dahlia. Kenapa isteri dia seksi sangat ni? Dia dah lah jauh. Aduh.. Dahlia betul-betul mencabar dia sekarang ini.

Raja Dylan
Sayang nak goda abang ke?

Butang send ditekan lalu dihantar kepada sang isteri. Dalam waktu tidak sampai satu saat, Dahlia sudah membalas chat dari suaminya.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now