ILYMC : 39

2.3K 153 3
                                    

Sarah meletakkan sudu garfu yang dipegang di atas pinggan kaca kecil. Dia melihat sekeliling kawasan mall. Selepas itu, dialihkan pandangannya ke arah Tiara.

"Weh, kau janji dengan Lia waktu Malaysia ke waktu New York?" Soal Sarah apabila sejak tadi kelibat atau bayang-bayang atau batang hidung Dahlia pun langsung tidak kelihatan.

Tiara yang pada awalnya sibuk mengscroll instagram terus mengangkat wajah membalas pandangan Sarah.

"Waktu Malaysia lah. Halah.. kejap lagi sampai lah tu. Kau kena faham dia dah berlaki. Mungkin agak susah sikit dia nak keluar. Mana tahu sebelum keluar kena bagi 'upah'. Tak gitu?" Upah? Agak blur Sarah. Tapi tak lama kemudian, baru dia faham apa yang dimaksudkan dengan upah.

Laju-laju tangan Sarah menunjal dahi Tiara. Berdesis sakit Tiara jadinya. Digosok dahi dia sendiri.

"Pahal kau?" Tanya Tiara bengang.

"Bodoh kau ni. Biru juga otak kau." Balas Sarah seraya menggelengkan kepala.

Ketawa Tiara. Tak lama selepas itu, kerusi di sebelah Sarah ditarik. Berpaling kepala mereka memandang gerangan yang menarik kerusi. Ternyata Dahlia.

"Sorry korang. Lambat sikit. Dylan tu mengada tak bagi aku keluar." Beritahu Dahlia jujur.

"Tak bagi keluar sebab apa?" Tanya Tiara dengan satu senyuman yang sukar ditafsir.

"Sebab mengada lah." Jawab Dahlia.

"Bukan sebab lain?" Soal Tiara lagi.

"Hah? Sebab apa pula?" Blur Dahlia. Sarah dah menggelengkan kepalanya.

"Aku pukul kau, Tiara. Kau tak layan minah ni. Otak dia tengah biru. Dirty mind." Mencebik Tiara. Nak gurau pun tak oyeh.

"Pelik-pelik lah korang ni." Tutur Dahlia sembari menaikkan kedua bahunya. Dia pun tak faham. Tengah blur. Satu benda pun tak faham.

Selepas itu, Dahlia memanggil seorang pelayan lelaki untuk memesan makanan serta minuman. Setelah selesai membuat pesanan. Pelayan lelaki itu langsung memberi pesanan Dahlia kepada pekerja yang lain untuk menyiapkannya.

"Lama siot tak jumpa kau. Macam mana sekarang? Happy tak?" Ujar Sarah sekadar ingin berbasa-basi. Dah lama tak jumpa selepas Dahlia berkahwin.

"Alhamdulillah. Aku happy sangat." Jawab Dahlia sambil menyimpulkan senyuman manis.

"Dah senyum sampai ke telinga macam tu memang bahagia lah ceritanya." Selit Tiara sambil menyuap mulutnya dengan sesudu pasta.

Semakin lebar senyuman Dahlia. Gayanya pun sudah bertukar menjadi gedik. Sarah yang menengok kawannya begini terus membuat muka menyampah.

"Aku tahu kau tengah bahagia. Tapi rilek dah lah. Tak payah lah gedik macam ni. Aduh.. aku pula yang geli tengok kau macam ni." Kata Sarah sambil membuat gaya geli.

Tergelak Dahlia. Sarah ni memang sejenis yang tak suka benda-benda romantik. Dia jenis tak sweet. Jadi, bakal suami dia kena romantik dan sweet selalu serta ajar Sarah untuk jadi seorang romantik dan sweet juga.

"Kau nak geli? Sarah, kalau kau dah kahwin nanti. Confirm kau akan jadi macam Lia. Gedik-gedik macam ikan keli. Entah-entah.. kau lebih dari Lia agaknya." Kutuk Tiara selamba.

"Hah? Memang tak lah. Geli doh."

"Eleh. Geli konon. Emir datang kafe, selalu melayan. Dah jatuh cinta ke kak?" Bidas Tiara selamba.

Sarah langsung menjegilkan matanya kepada Tiara. Tapi Tiara hanya beriak biasa. Dahlia yang mendengar nama 'Emir' dipetik langsung memandang dua orang sahabatnya bersilih ganti.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now