ILYMC : 67

1.7K 130 4
                                    

Selesai saja Raja Dylan memasukkan semua beg pakaian ke dalam bonet kereta. Kini, Raja Dylan berjalan mendekati keluarga mertuanya yang berdiri di depan pintu rumah.

Dilihat isterinya sedang bermanja di dalam pelukan Puan Aminah. Sedari tadi tubuh Puan Aminah dipeluk oleh Dahlia. Katanya tak nak lepas. Kalau boleh nak bawa mak nya balik Kuala Lumpur.

Biar tinggal Encik Fahmi dan Danish di kampung. Kerana Dahlia hanya memerlukan Puan Aminah sahaja. Abah dan adiknya, dia tak nak. Haha. Dasar anak derhaka dan kakak durjana. Sanggup dia buat macam tu.

"Dah?" Tanya Encik Fahmi kepada Raja Dylan apabila melihat menantunya berjalan ke arah mereka anak-beranak.

"Dah, abah. Sekarang tinggal nak bawa anak abah ni je. Susah betul." Jawab Raja Dylan seraya mengepit hidung Dahlia.

Merah hidung isterinya sedangkan Raja Dylan tidak mengepit secara kuat pun. Hanya perlahan saja. Tapi kulit Dahlia ni memang cepat naik merah.

Berkerut hidung Dahlia selari menjeling manja kepada suaminya. Raja Dylan hanya menghiraukan saja. Biar. Selepas itu, Raja Dylan menghulurkan tangan kepada Encik Fahmi.

"Jaga anak abah. Dia memang nakal. Bukan sikit, banyak. Abah tahu mesti susah nak jaga dia. Tapi abah minta banyakkan bersabar dalam nak membimbing anak abah." Pesan Encik Fahmi sembari memandang anak perempuannya yang kini sudah bergelar isteri dan tidak lama lagi bakal menjadi seorang ibu.

Bersyukur Encik Fahmi melihat kebahagiaan anaknya sekarang. Alhamdulillah. Raja Dylan dapat menjaga Dahlia sebaik yang dia jaga. Bahkan jauh lebih baik.

Mencebik bibir Dahlia apabila mendengar bicara abah nya. Encik Fahmi ni memang nak buat Dahlia menangis ke? Asyik bagi ayat sendu saja.

Lantas Dahlia melepaskan pelukannya pada Puan Aminah lalu memeluk Encik Fahmi. Hatinya dihurung rasa pilu tatkala mendengar ayat abah nya barusan.

Encik Fahmi membalas pelukan Dahlia dan membelai kepala Dahlia. Dikucup juga puncak kepala si anak penuh sayang. Raja Dylan sekadar tersenyum melihat keakraban antara Encik Fahmi dan Dahlia.

Setelah selesai sesi menguras air mata dan bersalaman. Sekarang Dahlia dan Raja Dylan sudah pun berada di dalam kereta. Dahlia membuka tingkap kereta lalu melambai ke arah Encik Fahmi, Puan Aminah dan Danish.

"Assalamualaikum. Bye abah, mak dan Nish. Jaga diri elok-elok." Ucap Dahlia seraya berpesan.

"Waalaikumussalam." Balas mereka bertiga serentak.

"Hati-hati bawa kereta." Kali ini, Puan Aminah pula yang meninggalkan pesan.

Raja Dylan membunyikan sebanyak tiga kali. Usai itu, kereta yang dipandu memandu keluar dari halaman rumah dan terus memandu membelah jalan raya.

Dahlia memasukkan kepalanya dan menaikkan tingkap kereta. Muram saja wajahnya. Dahlia menyandarkan badannya ke kerusi. Sebelah tangan dia naik mengusap perutnya yang sudah menampakkan bentuk.

Raja Dylan yang perasan akan tindakan isterinya mula mengusap lembut pipi Dahlia. Mesti isterinya tak puas. Tapi nak buat macam mana? Esok Raja Dylan dah mula masuk kerja.

"Rindu abah dan mak lagi ke?" Tanyanya dan dibalas anggukan oleh Dahlia.

"Abang minta maaf sebab kita tak boleh lama. Nanti abang ambil cuti, kita duduk rumah mak dan abah lama sikit. Okay?" Pujuk Raja Dylan sambil tetap fokus memandu. Sesekali matanya pasti akan mencuri memandang wajah jelita sang isteri.

Dahlia duduk bersila dan menghadap suaminya. Tangan Raja Dylan yang mengenggam tangannya dibawa ke bibir lalu dicium. Selepas itu, Dahlia meletakkan sebelah pipinya di atas tangan kekar sang suami.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now