ILYMC : 47

2.2K 154 3
                                    

Tersedar Raja Dylan dari lena. Dia mengelipkan matanya beberapa kali untuk menghilangkan kabur di mata. Setelah itu, Raja Dylan meraba bahagian sebelah tempat tidurnya.

Kosong. Tiada sesiapa. Berpaling kepala Raja Dylan untuk memastikan dengan lebih jelas. Ternyata betul. Tiada Dahlia di sebelah.

Bingkas Raja Dylan bangun dari baringannya lalu menyandarkan badannya ke kepala katil. Dipicit sedikit pelipisnya.

Selepas itu, Raja Dylan mencapai handphone yang berada di atas meja lampu tidur. Dilihat waktu. Sudah pukul 8 pagi. Tadi selepas solat subuh, Raja Dylan dan Dahlia kembali lelap. Tapi bila bangun pagi, Dahlia dah lesap.

Ke mana pula lah perginya kekasih hati dia ini. Tak lama kemudian, Raja Dylan terdengar suara seseorang yang sangat dia kenali di luar rumah sambil menjerit-jerit.

Lantas Raja Dylan bangun dan bergerak menuju ke tingkap bilik. Dibuka tingkap tersebut dan terus matanya disuguh dengan melihat isterinya serta sepupu dia yang lain berlari mengejar ayam.

Berkerut dahinya melihat isterinya begitu. Baru saja dia mahu membalikkan badan. Terus terhenti langkah dia tatkala mendengar isterinya bersorak gembira.

Dapat dia lihat yang Dahlia sedang memegang ayam sambil berkata 'Yeay! Dapat!'.

Terus Raja Dylan membuat muka seperti sedang dalam kegelian. Sumpah dia tak pernah tangkap ayam. Ayam datang dekat pun dia lari.

Pendek cerita, Raja Dylan takut ayam.

"Hoi, abang sado. Kau tengok apa dari tingkap tu? Meh ler turun join kitaorang tangkap ayam. Bini kau betul-betul hebat lah. Dah tiga ekor ayam dia tangkap sendiri." Tegur Ahmad, sepupu Raja Dylan.

Semakin berkerut dahi Raja Dylan bila mendengar yang isterinya boleh menangkap sampai tiga ekor ayam?! Tak geli ke isteri dia tu pegang ayam? Biasanya orang perempuan mana mahu buat benda-benda macam ni. Bagi diaorang busuk lah, kotor lah dan bermacam lagi.

Tangkap, geli. Makan ayam, tak geli. Ish, ish, ish..

Dahlia yang mendengar Ahmad menegur seseorang terus berpaling memandang ke figura tersebut. Tersenyum manis dia melihat suaminya.

"Hai, abang. Good morning. Mari turun sini. Join kami tangkap ayam." Ajak Dahlia dengan ceria. Ayam yang ditangkap tadi masih lagi di dalam pegangannya.

"T-tangkap ayam?" Gagap Raja Dylan bila isterinya mengajak dia menangkap ayam.

"Iya. Tangkap ayam." Kata Dahlia sambil ditunjukkan ayam yang dipegang ke hadapan Raja Dylan. Walaupun tidak mencapai dan mendekati suaminya, tetap saja Raja Dylan ke belakangkan badannya.

"Lia, awak tak tahu ke yang suami awak tu takut ayam?" Tanya Olivia, adik sepupu Raja Dylan. Perlahan saja nada suaranya.

Ini rahsia terbesar Raja Dylan. Mana ada sesiapa yang tahu bahawa jejaka tampan itu takut akan ayam. Nampak saja gagah perkasa. Tapi takut ayam. Katanya nanti kena patuk.

Sebab Raja Dylan pernah kena patuk dengan ibu ayam masa kecil dek kerana Raja Dylan membawa lari anak ayam. Memang kena kejar keliling rumah Nek Pah ni. Menjerit-jerit Raja Dylan meminta tolong.

Ada lah berdarah sikit lepas kena patuk tu. Sejak dari itu lah dia dah tak berani dengan sampai dah tua bangka ni. Yang boleh dikatakan tak lama lagi boleh jadi bapak orang dah.

Terkejut Dahlia apabila mengetahui yang suaminya takut dengan ayam. Tiba-tiba, dia mendapat idea untuk mengenakan suaminya. Tersengih nakal Dahlia pada Olivia.

"Liv, saya ada idea." Bisik Dahlia.

"Apa dia?" Olivia turut sama berbisik.

Dahlia menaikkan kedua keningnya sambil memuncung menunjuk ayam dan beralih pada Raja Dylan. Dalam sesaat, Olivia dapat menangkap idea nakal Dahlia itu.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now