ILYMC : 24

2.9K 155 7
                                    

Dahlia mencelikkan matanya apabila terasa wajahnya seakan ada yang menyentuh. Sekejap hidungnya terasa seperti ada yang mencucuk. Sekejap pipinya pula dirasakan seperti ada benda lembut sentuh.

Setelah itu, dahinya pula disentuh dengan sesuatu yang lembut. Rambutnya pun terasa ada yang membelai. Hidungnya pula dirasakan seperti ada yang menarik.

Naik rimas Dahlia dibuatnya. Banyak kali Dahlia singkirkan sentuhan-sentuhan tersebut. Tetap saja ada yang menyentuh.

Bila ditepis sentuhan yang berada di pipi. Hidung pula disentuh. Dahtu, telinga dia pula kena tiup. Menggeliat geli Dahlia jadinya.

"Wakie wakie.. wake up baby." Dahlia membuka matanya dan terus disuguhkan dengan wajah kacak sang suami.

"Hey sleeping beauty." Dicuit pucuk hidung Dahlia. Terbit senyuman tipis Dahlia.

"Pukul berapa?" Tanya Dahlia dengan masih kantuknya.

"Dah 6 pagi, sayang. Bangun. Pergi mandi pastu kita solat subuh sama." Ajak Raja Dylan selari mengusap wajah Dahlia.

Mata dia menatap penuh wajah cantik si isteri. Tak puas rasanya jika mahu memandang hanya sekejap saja.

"Penat.. mengantuk.." Adu Dahlia dengan manja. Bibirnya pun dicebikkan.

"Tak nak lah macam tu. Lepas ni boleh rehat lagi." Pujuk Raja Dylan.

"Alo.." Merengek Dahlia.

"Dekat mata sayang ni mesti ada setan tengah bergayut. Itu yang mengantuk dan malas nak bangun solat subuh." Terus segar biji mata Dahlia ketika mendengar kata-kata Raja Dylan barusan.

"Setan?" Tanya Dahlia dan Raja Dylan mengangguk.

"Kenapa setan tu nak duduk atas mata sayang pula? Punya lah banyak tempat. Sibuk duduk atas mata sayang. Tepi." Dahlia menolak badan besar suaminya ke tepi dan dia bingkas bangun.

Raja Dylan sekadar diam dan melihat perlakuan isterinya.

Selepas itu, Dahlia berlalu turun dari katil. Dicapai tuala yang tergantung dan bergerak menuju ke bilik air. Tapi sebelum masuk, dia memberhentikan langkahnya di hadapan pintu lalu berpusing menghadap Raja Dylan yang masih berada di atas katil.

"Abang dah mandi ke?" Soalnya.

"Dah. Awal lagi abang dah mandi." Jawab Raja Dylan. Langsung cemberut wajah Dahlia.

"Ni lagi sorang. Mandi tak nak ajak. Mandi sorang-sorang pula. Ish. Lepas ni tak nak dah mandi dengan abang. Menyampah." Omel Dahlia dengan memuncung mulutnya.

Dia berpusing lalu berjalan masuk semula ke dalam bilik air yang sempat dia berhenti sekejap tadi.

Terletus tawa Raja Dylan mendengar omelan isterinya pagi-pagi ini. Tak ajak mandi sama-sama pun salah ke?

~~~~~~~~~~

Selesai saja dari solat subuh pagi tadi, Dahlia terus keluar dari bilik tidur dan sekarang menuruni tangga. Satu tempat saja yang hendak dia tuju.

Dapur.

Semasa dia turun, dapat lah dia melilaukan matanya memandang sekeliling rumah. Sunyi. Tapi takda lah gelap. Biasa-biasa saja.

Cuma kalau dah turun seorang diri macam ni, ada lah juga rasa takut. Rumahnya pun besar sangat.

"Besarnya lah dapur. Dulu dekat rumah takda besar sangat. Sedang-sedang je. Kalau macam ni gini lah gayanya. Memang maleh lah aku nanti. Semoga Dahlia tak malas. Nanti kebulur laki kau nak makan." Gumam Dahlia seorang diri.

Raja Dylan ditinggalkan di dalam bilik. Masa dia keluar dari bilik tidur mereka pun, Raja Dylan berada di dalam bilik air. Katanya nak buat air kecil. Itu yang dia keluar dulu nak buat sarapan.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now