ILYMC : 11

2.8K 168 17
                                    

Sedang elok Dahlia memilih sayur di kedai runcit. Tiba-tiba, ada seseorang dengan sengaja melanggar badannya. Hampir Dahlia terjelepuk jatuh ke hadapan kalau Dahlia tidak dapat mengimbangi badan.

Menoleh kepala Dahlia memandang figura yang sengaja melanggarnya itu. Ternyata Hanani. Musuh ketat dia.

"Cantik cincin. Beli dekat pasar ke?" Sinis suara Hanani mengata Dahlia.

Dahlia merenung cincin tunangnya sekejap. Memang lah cantik. Mahal ni. Beli dekat Habib. Bakal suami belikan.

"Ha'ah beli dekat pasar. Aku kan tak mampu macam kau. Biar papa, asal bergaya." Sinis Dahlia semula. Dia menyambung memilih sayur.

"Of course. Bergaya tu penting. Bukan macam kau, tak reti nak bergaya. Muka je cantik."

"Terima kasih lah puji aku cantik. Tapi sayangnya aku tak boleh nak puji kau. Sebab aku cantik natural, sedangkan kau cantik fake. Bukan setakat muka, perangai pun fake. Ops!" Saja Dahlia berkata begitu.

Hanani menghadap Dahlia. Riak tidak puas hati ditunjuk. Sebelah tangan sudah naik bercekak pinggang.

"Mulut kau.." Belum lagi Hanani menghabiskan ayatnya. Dahlia memintas dengan laju.

"Mulut aku memang puaka. Lain kali jangan cari pasal. Aku tak cari pasal dengan kau. Lagi satu, aku datang sini nak cari bahan masak. Bukan nak cari gaduh." Sejurus itu, Dahlia menyudahkan memilih sayur dan berlalu pergi.

Sempat dilanggar bahu Hanani. Lagi kuat dari Hanani melanggarnya tadi. Sengaja.

"Aww!" Hanani memegang bahunya. Merengus kasar Hanani. Tajam mata dia merenung Dahlia yang hanya beriak selamba dan biasa. Lagi bengkek hatinya.

~~~~~~~~~~

High Luxury

Pintu bilik pejabat Raja Dylan dibuka tanpa diketuk. Terangkat kepala Raja Dylan memandang gerangan yang baru saja masuk ke dalam bilik kerjanya tanpa diberi izin.

Berkerut sedikit dahinya tatkala melihat gerangan ini.

"Hai, Dylan." Sapa Juwita dengan mesra.

Dia berdiri tepat di hadapan Raja Dylan. Bibirnya menguntumkan senyuman kepada jejaka tampan di hadapannya ini.

"Kau nak apa datang sini?" Tanya Raja Dylan dingin seraya mengalihkan perhatiannya. Dia kembali merenung iMac.

Malas nak tengok Juwita. Juwita tu bukan Dahlia. Kalau Dahlia.. dia sanggup pandang lama-lama. Tak buat kerja pun takpa. Dia tak kisah. Yang penting dia pandang Dahlia dan Dahlia satu-satunya wanita yang akan mendapat perhatian dia.

"Saja lah. I rindu you." Jawab Juwita selari menarik kerusi dan duduk di depan Raja Dylan.

Ditatap wajah tampan ini. Sudah dua tahun dia berada di England. Semalam dia sampai di Malaysia. Baru hari ini, dia berkesempatan hendak bertemu dengan lelaki pujaannya.

Sebelah tangannya ditongkatkan ke atas meja. Mata dia tak lepas merenung wajah Raja Dylan.

"Sopan Juwita. Aku ni tunang orang." Tegur Raja Dylan apabila dia merasa agak kurang selesa bila ditatap begitu oleh Juwita.

Kalau Dahlia tahu.. agak-agak Dahlia cemburu tak? Mesti lah cemburu kan? Dah nama pun tunang dia.

Juwita yang mendengar kata tunang terus terkejut. Raja Dylan dah bertunang?

"Wait. You dah bertunang?" Soal Juwita mahukan kepastian. Ke telinga dia rosak tadi? Dia nak kan kepastian sekali lagi. Dia harap apa yang dia dengar tadi hanya lah tipu semata atau pun dia tersilap dengar.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now