ILYMC : 69

2.9K 152 17
                                    

High Luxury

Sejak-sejak kandungan Dahlia masuk usia 8 bulan. Raja Dylan selalu membawa isterinya ke pejabat. Dan sekarang Dahlia hanya tinggal menunggu hari saja untuk melahirkan.

Tak pernah sedetik pun Raja Dylan meninggalkan isterinya berseorangan. Jika dia punya meeting, akan ada seorang pekerja wanita diarahkan untuk menemani Dahlia di bilik kerjanya.

Kalau sebelum ini Raja Dylan akan ada meeting di luar pejabat bersama klien. Sekarang tidak lagi. Semua meeting akan dilakukan di pejabatnya.

Ikutkan hati, mahu saja dia kerja dari rumah. Tapi Dahlia menghalang. Takut menganggu semua urusan pejabat jika Raja Dylan tiada.

Raja Dylan yang sedang berbincang dengan Azli di ruangan bilik kerjanya sesekali pasti matanya melirik memandang sang isteri yang sedang seronok menonton movie di iPad. Sekejap-sekejap pasti ketawa.

Suka Raja Dylan mendengar suara gelak isterinya. Rasa tenang. Lagi-lagi Raja Dylan sekarang tengah serabut dengan urusan kerjanya. Jadi, suara ketawa Dahlia menjadi penenang buat dirinya.

"Dah?" Tanya Azli.

Tersentak Raja Dylan. Kini matanya berkalih merenung Azli. Kedua keningnya diangkat sebagai tanda bertanya kenapa.

"Dah pandangnya? Puas dah? Ke nak tengok lagi? Kalau nak sambung tenung isteri.. saya boleh keluar. Atau nak saya sambung apa yang saya nak cakap?" Berdehem Raja Dylan.

Raja Dylan cuba meneutralkan wajahnya dan rasa malunya. Terkantoi pula. Depan Azli pula tu. Raja Dylan membetulkan cara duduknya sebelum memandang isterinya sekilas dna menyuruh Azli menyambung bicaranya semula.

Selepas beberapa minit, segala perbincangan Azli dan Raja Dylan berakhir juga. Dan ketika itu lah, Dahlia menjerit kesakitan. Pantas Raja Dylan berlari mendapatkan isterinya.

"Kenapa sayang?" Tanya Raja Dylan kelam-kabut.

"S-sakit. Sa-sakit sangat. Pe-pe-perut saya s-sakit." Dahlia memegang perutnya yang tiba-tiba mengeras dan berasa memulas seakan ingin keluar.

"Nak beranak dah ni kot. Apa kata bos bawa puan pergi hospital." Sampuk Azli yang sedari tadi berada di belakang Raja Dylan.

"Abang.. s-sakit.." Adu Dahlia seperti orang tidak cukup nafas.

"Azli, tolong aku. Bawa semua barang-barang aku turun. Ikut aku. Kau drive. Aku tak boleh nak drive sekarang ni." Arah Raja Dylan tegas.

Tanpa banyak kata, Azli menurut. Semua barang Raja Dylan diambil yang berada di atas meja. Raja Dylan pula mencempung tubuh isterinya. Handbag Dahlia dibawa oleh Azli. Nasib baik lah semua barang perlengkapan bayi dan Dahlia sudah berada di dalam kereta.

Itu semua berkat Raja Dylan yang membantu mengemas awal-awal dan siap sahaja kemas, Raja Dylan terus letak di dalam keretanya.

~~~~~~~~~~

Raja Dylan menunggu isterinya dengan sabar di luar bilik operasi. Dahlia terpaksa dibedah kerana baby terlalu besar. Tidak dapat Dahlia melahirkan secara normal.

Apa yang Raja Dylan boleh buat sekarang hanya lah berdoa meminta kepada Allah agar isteri dan anaknya selamat serta dilindungi di bawah rahmat-Nya. Kusut wajah Raja Dylan.

Puan Sri Hasrita setia berada di sisi anak lelakinya sambil terus berkata sabar dan menyuruh anaknya beristighfar. Puan Sri Hasrita pun sama berdebar seperti ahli keluarga yang lain menunggu khabar tentang Dahlia.

Sudah dua jam Dahlia berada di dalam bilik operasi. Tiada tanda doktor mahu keluar atau urusan selesai.

Keluarga Dahlia turut sama ada selepas mendapat panggilan dari Tan Sri Raja Darian. Raja Dylan dah tak boleh nak fikir apa. Dalam fikirannya hanya Dahlia dan anaknya.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now