ILYMC : 10

3.1K 173 16
                                    

Dahlia memandang cincin yang tersarung di jari manisnya. Cincin tunang nya dengan Raja Dylan.

Alhamdulillah.. dia sudah bertunang dengan Raja Dylan empat hari yang lepas.

Masuk saja dia ke dalam rumah selepas bercakap dengan Raja Dylan. Dia terus bagi jawapan yang dia setuju. Semua mengucapkan syukur.

"Uit, mak cik. Dah-dah lah tu tenung cincin nya. Tahu lah cantik.." Bahu Dahlia dicuit Tiara.

Sarah mengangguk dan menjuihkan bibirnya. Mereka berdua sudah tahu tentang pertunangan Dahlia bersama dengan Raja Dylan.

Terkejut juga diaorang. Tapi lagi terkejut bila Sarah dan Tiara tahu siapa jejaka tersebut. Rupanya CEO resort hujung kampung mereka ini.

Berdecit Dahlia. Dia menjeling manja dua kawan baiknya ini. Jealous lah tu.

"Biarlah. Bagi lah aku rasa bahagia. Korang support lah aku." Balas Dahlia seraya matanya dibawa merenung cincin tunangnya semula.

"Memang lah kitaorang support. Pernah ke kitaorang tak support? Ha? Pernah?" Giliran Sarah pula bercakap.

"Tapi kan Lia.. tak sangka lah. Kau dah nak kahwin. Nanti mesti kau kena ikut suami kau pergi KL. Lepastu tinggal kitaorang berdua. Uruskan kafe berdua. Rindu lah nanti.." Sendu pula si budak Tiara ni.

Saja nak pancing bab sedih. Hadoi..

"Alah korang ni.. nak buat sedih pula. Bukan sekarang aku kena kahwin. Rilek lah." Ditolak sedikit kedua bahu Sarah dan Tiara.

Saja Dahlia berbuat begitu. Tak nak lah sedih-sedih. Kecoh lah. Bukannya sekarang dia kena kahwin. Ada lagi lima bulan. Si Tiara ni karang.. aku campak dalam tong sampah baru tahu.

Tengah elok mereka bertiga bersembang, tiba-tiba pintu kafe dibuka. Terjengul tiga jejaka yang baru saja melangkah masuk ke dalam kafe

Dahlia, Sarah dan Tiara memandang tepat ke arah pintu kafe. Terlebih lagi Dahlia apabila dia melihat Raja Dylan. Lagi dua orang lelaki tu dia tak kenal. Tapi herlok.. Dahlia, tunang kau ada tu. Jangan nak menggatal.

Kalau Sarah dan Tiara tu takpa. Diaorang masih solo, molo dan polo. Haha. Author dah merepek.

"Assalamualaikum." Ucap Raja Dylan memberi salam.

"Ehem. Wa-waalaikumussalam." Jawab Dahlia gagap.

Dipandang dua orang kawan baiknya. Sarah dan Tiara masih lagi memandang dua orang jejaka yang berada di belakang Raja Dylan.

Eh, minah dua orang ni. Tak malu ke? Terang-terang dok pandang anak teruna orang macam tu. Dahlia terus menarik hujung rambut Sarah dan Tiara. Terkebelakang kepala mereka berdua.

"Lia!" Serentak Sarah dan Tiara menyebut nama Dahlia.

Dahlia menjulurkan lidahnya. Ada aku kisah? Buat lagi. Tak malu betul. Raja Dylan senyum nipis. Comel saja dia pandang Dahlia.

"A-awak buat apa dekat sini? Hm.. m-macam mana awak tahu kafe saya?" Gagap lagi. Haih.

"Saya tanya Danish. Lagipun saya ada kerja. Melawat site projek resort tu." Beritahu Raja Dylan sambil matanya terus menatap ke dalam wajah cantik Dahlia.

Memerah wajah Dahlia apabila ditatap sebegitu oleh Raja Dylan. Jangan lah pandang lama-lama. Itew malu..

"Oh. Awak dah makan?" Raja Dylan menggeleng menjawab pertanyaan Dahlia.

"Awak nak makan apa?"

"Saya tak tahu. Awak masak lah apa-apa."

"Tapi.. saya tak tahu selera awak."

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now