ILYMC : 38

2.3K 157 3
                                    

"Terima kasih Lia masakkan sarapan. Bonda boleh balik lambat lah pula." Bukan tak sengaja tapi memang sengaja.

Saja Puan Sri Hasrita nak uji menantunya ini. Tengku Adrian pula awal-awal sudah diberi tugas untuk memantau Dahlia. Bukan berniat jahat ya.. hanya sekadar ingin melihat bagaimana cara dan perangai Dahlia.

Tapi bagus. Puan Sri Hasrita memang sudah yakin dari dulu 100% tentang Dahlia. Dahlia memang yang tepat untuk anaknya.

Alhamdulillah.

"Takpa lah bonda. Sikit je ni. Lagipun Lia memang nak turun tolong bonda buat sarapan. Tapi abang Ad kata bonda takda. Jadi Lia lah yang masak. Tapi simple je lah." Rasa serba salah pula Dahlia dibuatnya.

Dia hanya memasak nasi goreng seafood serta dibuat cekodok pisang dan air teh panas. Itu saja. Dia sendiri pun tak tahu sangat nak masak apa. Apa yang terlintas di fikirannya pagi tadi, itu lah yang dia masak.

"Simple pun sedap, Lia." Puji Tan Sri Raja Darian.

"Terima kasih, baba." Ucap Dahlia.

Semua yang berada di meja sekadar menayangkan senyuman. Sedap. Masing-masing memuji nasi goreng seafood Dahlia. Raja Dylan pula sudah bangga kerana masakan isterinya dipuji.

Dia siap cakap 'tengok lah suaminya siapa..' hek eleh. Cepuk karang.

Senang hati Dahlia apabila masakannya kena dengan citarasa ahli keluarga Raja Dylan. Takut juga tadi. Rasa berdebar. Kot-kot tak kena ke. Hm.

"Tengok lah si Aisyah tu. Asyik berkepit dengan pak ngah dia je dari tadi. Mama dan papa dia ni langsung tak pandang dah." Kata Raja Darina sambil memandang anaknya yang dipangku oleh Raja Dylan.

Sedari tadi Tengku Aisyah tak boleh berenggang langsung dengan Raja Dylan. Asal Tengku Adrian nak ambil saja pasti dia kalihkan badan tak nak ikut papa nya. Leher Raja Dylan pun dipeluk dengan erat bagai tak nak lepas.

Menoleh Dahlia memandang si kecil yang berada di atas paha suaminya itu. Geram saja dia tengok pipi montel Tengku Aisyah. Sesekali pasti dia cium dan cubit sedikit.

Tapi Tengku Aisyah budak bijak. Kesan ciuman Dahlia di pipinya pasti dikesat guna tangannya.

~~~~~~~~~~

Berpaling kepala Dahlia tatkala pintu bilik dibuka. Dia memandang gerangan yang baru saja melangkah masuk ke dalam. Siapa lagi kalau bukan suaminya.

Terukir senyuman manis Dahlia melihat suaminya yang berjalan menuju ke arahnya. Raja Dylan membalas senyuman sang isteri.

"Hai awek." Sapa Raja Dylan seraya melabuhkan punggungnya di atas katil menghadap Dahlia.

"Hai balak." Balas Dahlia dengan tergelak kecil.

"Awek buat apa tu?" Soalnya.

"Buat bodoh je balak." Jawab Dahlia ringkas. Mengangguk Raja Dylan tanda mengerti.

"Awek ni cantik lah. Dah berpunya ke belum?" Dahlia mengemam rapat bibirnya. Rasa nak tergelak.

"Belum. Kenapa? Balak nak mengorat awek ni ke?" Dahlia mengangkat kedua alisnya beberapa kali.

Raja Dylan menolak isian dalam pipinya dengan lidah. Dia pun rasa nak tergelak. Tapi kena tahan. Jangan ketawa lagi.

"Boleh ke?" Raja Dylan mencuit sedikit bahu Dahlia.

"Pandai ke?" Soalan dibalas soalan. Dahlia membalas dengan mencuit dagu Raja Dylan.

Tak lama selepas itu, masing-masing meletuskan tawa. Tak dapat nak tahan lagi dah. Geli hati betul dengan perangai masing-masing.

"Come here. Abang nak peluk sayang." Pantas Dahlia mendekati suaminya dan memeluk tubuh tegap sang suami.

Raja Dylan memeluk isterinya dengan erat. Ditarik Dahlia sehingga Dahlia terduduk di atas pahanya. Badan mereka digoyangkan ke kiri dan ke kanan.

Setelah itu, Raja Dylan menyembamkan wajahnya di celah leher Dahlia. Dihidu bau wangian yang terbit dari sang isteri. Rasa tenang sangat.

"Aisyah tidur dah ke?" Tanya Dahlia. Tadi dia ada main juga sekejap dengan Tengku Aisyah. Tapi selepas itu dia naik ke bilik sebab sakit perut. Nak rehat.

"Keluar dengan kak long." Beritahu Raja Dylan ringkas.

Usai itu, Dahlia merenggangkan sedikit pelukan mereka berdua. Mata mereka saling bertaut dan memandang bagai ingin meluahkan sesuatu. Tapi tiada apa yang patut diluahkan.

"Perut sayang sakit lagi?" Mengangguk Dahlia selari mencebikkan bibir.

"Sayang period. Baru kena tadi." Beritahu Dahlia dan dia melentokkan dahinya di atas bahu Raja Dylan.

Tersenyum kecil Raja Dylan dengan tingkah manja isterinya. Dia menggosok belakang badan Dahlia dengan lembut. Dicium tepi kepala sang isteri.

"Sayang ada craving apa-apa tak? Nak makan something? Coklat?" Terus Dahlia mengangkat kepalanya dan memandang suaminya dengan wajah teruja.

"Nak coklat. Sayang nak banyakkkk coklat! Boleh?" Tersungging senyuman lebar Raja Dylan melihatkan tingkah manja dan teruja si isteri.

"Of course. Cupcake coklat pun nak juga?" Antusias Dahlia mengangguk mahu. Dah lama tak makan cupcake.

"Nak, nak, nak! Yeayyy!! I love you my baby husband!!! Muah!" Lantas dikucup seluruh wajah suaminya. Bibir Raja Dylan menarik membentuk senyuman lebar tatkala wajahnya dihujani dengan ciuman dari isteri tercinta.

Setelah puas mencium wajah suaminya, baru lah Dahlia berhenti dan merenung serata wajah tampan Raja Dylan. Kedua tangannya naik mengusap pipi si suami. Ditatap dalam wajah kacak itu.

"Hensemnya. Kalau kita ada anak lelaki, mesti anak kita hensem macam abang. Kan?" Ujar Dahlia secara tiba-tiba menyebut tentang anak.

Ternaik kedua kening Raja Dylan. Dia menarik Dahlia agar lebih rapat dengannya. Sebelah tangan merangkul pinggang ramping Dahlia dan sebelah lagi membelai belakang tubuh Dahlia lalu menyelitkan rambut Dahlia yang terjuntai di hadapan ke belakang telinga.

"Kenapa sebut tentang anak?" Soal Raja Dylan ingin tahu.

Dahlia melepaskan keluhan. Dicium kedua pipi suaminya lalu menetap semula wajah tampan itu. Dia turut mengukirkan senyuman manis kepada Raja Dylan.

"Sebab sayang suka tengok abang layan Aisyah tadi. Sayang terbayang macam mana kalau kita ada anak sendiri nanti. Sayang bayangkan wajah mereka. Sayang bayangkan hidup kita bila ada anak-anak. Abang nak anak lelaki ke anak perempuan?" Tutur Dahlia selari bertanya. Saja nak tahu.

Tersungging senyuman Raja Dylan. Dia mengusap lembut pipi Dahlia.

"Dua-dua. Lelaki dan perempuan. Abang nak ada mini Raja Dylan dan mini Dahlia. Dapat sepasang pun dah okay. Lagi best kalau kembar. Tapi abang serahkan semua pada sayang. Ini badan sayang. Abang tak nak sayang rasa sakit atau tak selesa. Dan selebihnya kita berserah dan berdoa pada Allah. Insya-Allah.. kita akan ada zuriat kita juga. Okay?" Jelas Raja Dylan panjang lebar sembari mengusap lengan Dahlia.

Kata-katanya tadi bagaikan memujuk si isteri.

Dahlia yang mendengar jawapan dari suaminya sudah tersenyum senang. Suka dia dengar jawapan yang diberi Raja Dylan.

"Mini Raja Dylan and mini Dahlia?" Angguk Raja Dylan.

"Okay. Nanti kita buat mini-mini kita." Bisik Dahlia di hadapan wajah Raja Dylan.

Memerah wajahnya. Malu. Dia yang cakap, dia yang malu. Macam mana tu? Entah lah.

"Tak sabar." Kata Raja Dylan meluahkan perasaannya yang tidak sabar ingin segera menimang cahaya mata.

Tapi mereka masih lagi di awal hubungan perkahwinan mereka. Masih lagi dia dalam mood honeymoon. Jadi wat lek wat peace je.


Tbc..

Last update
Enjoy..🤭

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now